Bertarikh 23hb Januari, Encik YDP memberitahu dengan seriusnya bahawa pada keesokan hari, elaun akan masuk. Reaksi saya pada ketika itu hanya pandang dia dengan pandangan kosong. Bukan tak mahu percaya, tapi tak nak berharap. Eceh. Ye la, katakan kalau tak masuk, apa akan jadi pada harapan saya? isk. punah tau. Tapi hati saya seakan yakin dengan beliau. Hehe.
Jadi petang itu seperti biasa, Gadis Bacarianz merancang untuk makan bersama. Ini perkasa biasa actually. Salah seorang daripada kami merancang untuk makan chicken chop kat Hutan Bandar. Nyum! Idea yang bagus! Tanpa fikir panjang, kami terus ke Hutan Bandar dan kami orang paling awal sampai.
Kedai tak buka lagi jadi kami tunggu je dengan sabar sambil membebel sebab pakcik Chicken Chop tak bukak lagi kedai makan dia. Bebel dan bebel dan bebel lagi tetiba ternampak satu sign bertulis :
Isnin
Tutup
*gadis bacarianz yang sabar sangat menunggu*
Dah sekian lama menunggu, baru perasan itu papan tanda yang sangatlah kecil. Kecewa hati kawan tau. Isk. Tapi takpe, memandangkan gadis bacarianz ni ramai yang puasa jadi kami teruskanlah perjalanan mencari sesuap nasi. Salah seorang daripada kami memutuskan untuk makan kat Malay Village.
Malay Village beb. Tempat eksklusif tu! Bak kata cik syahira, anggaplah hari ini kita meraikan duit terakhir kita bersempena duit baru nak masuk esok. Haha. Layan.
*sentap ira makan kat sini*
*sentap ke tak sentap, dapat gak makan dengan 2 orang blogger famous ni..tak caya, baca sini..auch*
*Nyum..ada yang tak cukup makan ke?*
Lepas menjamu selera, kami menunaikan solat Maghrib dan ingat nak pulang. Ingat je la. Haha. Tak ku sangka ada lagi cadangan untuk terus meraikan lagi duit baru nak masuk esok. Ke mana eh? Kami ke sini di mana biarlah hanya kami je tau.
Ini baru hari sebelum elaun masuk. Kalau elaun dah masuk? Ish. Tak dapat nak digambarkan. Haha. Apa pun saya yakin, gadis bacarianz pandai menguruskan wang mereka =)
*Muka yang penuh yakin elaun akan masuk esok*
Apa yang berlaku pada hari elaun dah keluar esok ek? Ke mana duit itu akan digunakan ya? hmm.
P/s : Menggunakan elaun dengan sebaik mungkin.