Followers

Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday Day #8

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Murid satu kelas ada 3 orang je kan.
Memang whiteboard ni diorang yang punya je la.
Hehe!

P/s : Mereka yang 100% berbangsa Iban.

Tuesday, February 28, 2012

Sekolah Pertama, SK Sungai Saeh

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Lama dak kamek tak update. Kihkih. Dah pandai sikit cakap bahasa melayu Sarawak. Kau orang boleh? *berlagak untuk sedapkan hati* Hehe.

Alhamdulillah setakat ni saya boleh sesuaikan diri dan terima dengan keadaan kat sini. Overall ok lah. Untuk entri kali ini, saya nak share sikit tentang sekolah. 

Status sekolah saya pedalaman tahap 1. Ni kira pedalaman yang kurang dalamlah. Dia ada tiga tahap pedalaman tau. Kalau dapat pedalaman tahap 3, tu paling dalamlah yang mana air tadah air hujan, elektrik tak ada unless guna generator dan line telefon memang ada tapi dalam mimpilah dan kawasan sekolah  jauh yang amat dari bandar. Kadang nak ke bandar boleh jadi 7,8 jam. Huhu.

Sekolah saya juga dikategorikan sebagai sekolah kurang murid (SKM). Jumlah murid untuk tahun 2012 ni ada 13 orang. Comel je kan murid sekolah 13 orang. Thee.

Guru-guru yang berkhidmat kat sekolah ini ada 10 orang dan semuanya baik-baik belaka. Mereka banyak sangat membantu dan membimbing saya selama saya yang baru terkedek-kedek ini belajar hidup mengajar di sini. Alhamdulillah.

Banyak lagi nak share, tapi sambung lain kali boleh? Hehe. Sebelum tu meh layan pemandangan SK Sungai Saeh.

*jauh perjalanan, luas pemandangan.*

*bangunan sekolah, vintage kan?*

*sang harimau jaga sekolah, sekolah kau orang ada? ekeke*

*Subhanallah :)*


*Laluan dari sekolah ke kuarters*

*kuarters guru dan tong biru buat tadah air hujan*

Awal mula hidup kat sini memang terasa sangat susah. Semua benda nak buat rasa susah. Rasa nak balik rumahlah, malas nak mengajarlah, semua tak kenalah. Tapi fikir-fikir balik, ada yang lagi susah, lagi teruk dari saya hadapi sekarang boleh je survive. Kadang dah leka dengan hidup senang, sekali merasa susah mula merungut. Huhu. Terima kasih ya Allah, banyak yang Kau dah permudahkan. Bersyukur sangat-sangat.

Alhamdulillah :)

P/s : Tak sabar nak cuti sekolah! Oyea!