Dalam subjek Bimbingan dan Kaunseling, kami belajar mengenai terapi seni. Terapi seni ini boleh dijadikan sebagai alat diagnosis untuk menganalisis lambang visual seperti lukisan. Melalui terapi seni ini juga kita boleh membina kemahiran sosial, mengubah tingkah laku, meningkatkan kesedaran diri serta menyelesaikan konflik emosi.
Pensyarah kami sempat menjalankan terapi seni ke atas kami. Terapi seni boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan dan pada peringkat permulaan, beliau memilih untuk melaksanakannya secara individu. Kebiasaannya 3 jenis lukisan digunakan dalam terapi seni iaitu :
- Potret
- Lukisan bebas atau spontan
- Lukisan keluarga
Mengikut cadangan puan pensyarah, kami diminta untuk melukis wajah dan ia kami kategorikan sebagai jenis lukisan potret.
Sejujurnya, saya tak suka melukis kerana saya tahu saya tiada bakat untuk melukis tapi saya sangat teruja melihat gelagat rakan-rakan. Ada yang bersemangat menyiapkan potret mereka dan ada juga yang bersahaja. Tapi tak dinafikan, rakan Bacarz sangat berbakat melukis potret masing-masing. Tak caya? Cuba lihat hasil mereka.
Berbakatkan?
Sempat tak sempat, kami bersama puan pensyarah menganalisis setiap potret yang telah kami lukis. Macam-macam persepsi serta pandangan terhadap setiap potret ini. Inilah terapi seni.
Berkongsi sedikit tentang memahami warna dalam seni mengikut Gregg (1988):
Merah
masalah yang berat, emosi yang mendalam, bahaya atau sakit.
Merah Jambu
Masalah atau kesakitan yang telah berkurang
Oren
Menggambarkan kekurangan tenaga atau terselamat dari situasi yang menekan
Biru Terang
Sihat, hidup dan bertenaga
Ungu
Warna diraja. Menggambarkan kawalan atau sokongan, spiritual atau kekuasaan.
Hijau Tua
Menggambarkan ego dan fizikal yang sihat, berkembang kehidupan baru atau proses penyembuhan.
Coklat Tua
Menggambarkan alam semulajadi dan sihat.
Dan ada banyak lagi warna untuk difahami dalam seni. Ini antara yang sempat saya salin dari nota kuliah.
Menarikkan subjek ni?
P/s : Man's first love is hard to forget.Huh.
9 comments:
wah qilah, sungguh pantas!
meh saya tambah sikit.
hitam : simbol tak diketahui atau ketakutan
putih : menggambarkan penekanan perasaan.
thanx dekyah =)
ada pape lg tambah eh?
hehe
dah rase dah..
seronok wat sesi terapi seni..
boleh lukis sesuka hati..
tapi setiap lakaran + pemilihan warna + bentuk + posisi + tekanan/ton warna dan tulisan ade makna siapa sebenarnya diri anda..haha
jadi, hati2..rahsia anda senang terbongkar di pandangan orang yang mahir !..huhu
seronok!
tu la bila dah tau rasa nak lukis cantik2 je
walhal tak pandai lukis..hehe
kak oumi, nnt bolehla suh qilah analisis lukisan akak..
haha..
Ini belum part2 nangis lagi. hehe. tunggu
ada part yg nangis2 ea?
wahaha
comelnyeee lukisan2 tu! :)
especially lukisan muka sendiri kan makyah?
hehe
MIHEVOLI: tengs kak qila.bguna utk presentation esok.hihi
Post a Comment