Followers

Thursday, December 6, 2012

Kilim Geoforest Park

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Haip! Dah 3 minggu bercuti dari sekolah baru sekarang update. Oh! Bila kat rumah kadar kelembapan nak update makin tinggi pulak. Ya Allah, jauhkanlah diriku ini dari sifat pemalas. Amiin. Thee.

Apa yang menarik bila cuti sekolah ialah mak ayah pun turut bercuti sebab mereka pun guru pendidik anak bangsa. Cewaah. Admire sangat kat mereka berdua sampai whole life carrier pun  saya follow. Ehehe. So, bila mereka pun bercuti, any adhoc plans senang dilaksanakan.  Bila adk-adik perempuan saya takde je kuliah dan free until weekend, kami pun decide untuk family's trip as we did every year. Destinasi kami ke Langkawi!

Hmm takde nak cerita panjang lebar pun, tapi cuma nak share satu tempat ni, Kilim Geoforest Park. Kami sempat buat tour selama 2 jam. Actually dia ada banyak pakej tau dari pakej 1 jam sehingga 4 jam. Memandangkan kitorang sampai petang, so kitorang amik pakej yang sempatlah sebelum jeti tu tutup; pakej 2 jam.


Perjalanan kami menggunakan bot sebab laluan kami air belaka.



Untuk pakej 2 jam, kami dibawa melawat ke Gua Kelawar.
Ok gambar kelawar tak dapat nak tangkap sebab takut kelawar terkejut. 

Jadi tengok gambar kami senyum luar gua la eh. :)



Lepas tu kami sambung naik bot pergi tengok ikan!

Nampak tak ikan apa tu?
Pari!



Excited pegang belangkas! Hehe.

Tengok aksi ikan sumpit makan. Paling comel!


Kami juga dibawa ke gua buaya. Katanya. 




Kawasan banyak helang. 
Tapi tak clearlah, kamera handphone biasa je. Isk.
Seriously, sini tempat helang bertumpu untuk 
lunch, dinner mereka.


Hijau je, cantik kan? Purely peace :)


Kemudian, kami di bawa meronda-ronda sekitar 
Laut Andaman.

Sempadan Thailand aukk.

Pulau Kasut! Comel!

2 jam tu rasa kejap je tau. Tak puas! Hehe. Lepas ni kalau nak pergi amiklah pakej sampai 4 jam siap boleh picnic makan-makan lagi.


Apa pun saya sangat me 'recommend' kan anda-anda semua ke sini. Berbaloi! Penat saya promote, pergi tau! 

P/s : "Last trip dengan Ila sebelum Ila jadi isteri orang" 
P/s/s : Bergenang air mata kita tau! Waaaaaa ;(

Tuesday, November 6, 2012

Follow Sampai Pening

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Lama tak join segmen-segmen cenggini 
dan seangkatan dengannya. Hehe. Excited!
Saya dapat tau segmen ni pun dari  Cik Puan Ibu Lala. Mekasih ;)




Followers saya seramai!
174 orang!


Nak join boleh Klik Sini

Okies, selamat berkenalan semua thee.

Friday, October 26, 2012

Balik! Balik Beraya!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Rabu
Pagi-pagi pergi sekolah macam biasa. Dapat je balik, terus balik rumah pom pam pom pam kemas-kemas barang dan puh! Kak Ida dan Kak Hurul sampai jemput kami orang. Hehe. Yea! Journey to the airport. 

Tau tak perasaan waktu tu? Senyum sepanjang jalan. Hehe. 

Sampai je Airport Miri, solat, makan-makan dan tiba masa naik belon! Berlepaslah ke semenanjung, LCCT Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan saya tido sebab kalau boleh bangun-bangun je dah sampai. 

Khamis
Bangun pagi, celik mata, oh saya di rumah. Yea, dah kat rumah! Selepas 2 bulan tak balik, mampu gak saya beli tiket belon balik rumah. Ehehe. Home sweet home!

Jumaat
Tiada yang lagi best melainkan menyambut hari raya di rumah bersama family tau! Selamat Hari Raya buat warga blogger yang lain :)


P/s : Pas ni hitung hari nak balik cuti hujung tahun plak. 

Tuesday, October 16, 2012

Jatuh Cinta

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Seriously, saya dah jatuh cinta! Thee. Jatuh cinta dengan karya Ramlee Awang Murshid (RAM). Hehe. Ada yang silap tafsir ke?

Sebelum-sebelum ni ada je dengar rakan-rakan terdekat baca novel karya beliau tapi kan waktu tu belum rasa nak baca lagi. Sekarang ni amik! Bukan main marathon baca novel beliau. Hehe.


Bagaikan Puteri
Haryani di zaman sekarang amat mencintai Laksmana Sunan di kurun 15. Pertemuan mereka dalam satu dimensi yang sukar dijangkau manusia. Hijab pemisah antara mereka ialah kematian. Dani pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma terus jatuh hati. Dia berusaha bawa Haryani pulang ke abad 21.
*penuh thnriller, tak dapat nak duga tau apa yang berlaku*


Fiksyen 302
Kisah pembunuhan yang sangat kejam. Kesemua pelakunya mempunyai perkaitan, dan perkaitan itu ialah pesakit mental. Angka 302 dilakar di dahi setiap mangsa pembunuhan.
*meremang bulu roma baca novel ni, tak berani baca sorang-sorang*

Memang genre saya sukakan novel, movie, cerita bersiri thriller. Hehe. Ada baca novel cinta sampai nangis-nangis tapi kali ni dah jatuh cinta sesangat dengan novel-novel thriller RAM.

P/s : Membaca sepanjang anak-anak exam. 

Friday, October 12, 2012

Selamat Bertugas!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera



Nak jadi awesome muslimah tau!
ehehe

Selamat bertugas buat rakan-rakan guru yang baru
di posting kan 

Buat yang ke Sabah dan Sarawak,
saya pernah rasa macam awak-awak semua rasa.
InsyaAllah, semoga semua urusan kita dipermudahkan Nya.

http://www.emocutez.com

P/s : Niat hati nak menenangkan sahabat sorang ni, last-last menangis sesame.
P/s/s : Rindu dah ni nak balik rumah!


Tuesday, October 9, 2012

Raya Di Sibu

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Zaman belajar kat IPG dulu, kami sekelas pernah beraya ke rumah rakan-rakan sekitar Johor since IPG kami di Johor kan. Selepas masing-masing dah bawa diri posting dan kebetulan majoriti posting ke Sarawak, maka raya tahun ini kami sempat buat mini reunion sambil berayalah kononnya. hehe. Destinasi kami, Sibu!

*here we are!*

"Raya di Sibu". Tak pernah terlintas pun kami akan jumpa balik kat sini. Haha. Gelak macam tak percaya okey. Dan masih tak percaya. *sigh*

Hampir setahun dah kami kat sini dan sememangnya banyak perubahan fizikal melanda diri memasing. Hmm. Tapi kan perangai masih sama. Kalau bahan orang tak ingat dunia! haha

Sepanjang kami di Sibu, kami di bawa melawat kawasan sampai ke Mukah kot! Hebat rakan-rakan Sibu bawak kami jalan-jalan. 


Perjalanan dari satu tempat ke satu tempat agak jauh since jalan dia agak tak berapa elok. Huhu. Tapi Alhamdulillah semua selamat sampai.

*berehat sebentar*

Di Mukah ni kan terkenal dengan Pesta Kaul tau. Pesta Kaul merupakan acara tradisi Kaum Melanau dan ia disambut setiap tahun.  Kaul dilihat sebagai satu majlis keagamaan untuk menenangkan roh-roh laut,tanah,hutan dan ladang. Sebab itu perayaan ni penting buat mereka. Tapi waktu kitorang pergi ni takde pape pesta lah. Hehe.





*pelangi senja*


Dah penat ambil angin kat pantai Mukah, Anis bawa kami makan seafood sekitar kawasan ni. Serius, makanan dia superb! Sedap! 


Umai antara salah satu menu makanan yang baru buat kami. Untuk yang pertama kalinya, saya makan umai dan ia sedap boleh diterima tekak. Hehe. Boleh cuba you all!

Keesokkan hari kami menuju ke rumah Sarah dan suami. Masih dikira pengantin baru lah kan, sebab diorang baru kahwin bulan 5 lepas. 


Ini kira official open house buat Bacarz sekelas lah. Kami dijamu dengan nasi kerabu! Bukan senang nak dapat original nasi kerabu kat Sarawak. Teruja!


Akhir sekali, mini reunion ni pun sampai ke penghujung. Sob3. Dari rumah Sarah kami bergerak pulang ke ganggang memasing. 


Saya bergerak pulang ke Miri bersama mereka yang seangkatan. Manakala yang lain ada pulang ke Sarikei, Song, Bintulu dan Sibu itu sendiri. Yang balik pedalaman masuk pedalaman balik, yang balik bandar duk bandar balik.

Kami yang pulang ke Miri dan Bintulu, sempat singgah sini!


Ini merupakan tokong yang tertua di Sibu dan terbesar di Asia. Salah satu tarikan pelancong ke sini.



Finally, semua selamat sampai balik ke sekolah masing-masing. Mood waktu tu sayu kejap. Huhu. Sekarang pun sayu lagi. Bila jauh ngan family kan, mereka lah yang banyak membantu. Terima kasih.

P/s : Tak sabar nak balik rumah beraya!

Monday, October 8, 2012

Mereka Bergelar Ibu!

Assalammmualaikum & Salam Sejahtera

Baru-baru ni saya menerima banyak berita daripada rakan terdekat, mereka selamat menimang cahaya mata mereka yang pertama. Alhamdulillah. Tahniah buat mereka dan maka di sini bermulalah tanggungjawab seorang ibu. Mesti excited kan? hehe. Kita pun tumpang excited lah ;)

Expected baby daripada acik best friend kita, Fasihah. Rasa macam baru semalam je datang walimah dia. Sekarang dah selamat melahirkan anak perempuan, A'isyah Syaurah. Sedap kan nama dia? 


*A'isyah Syaurah*
A'isyah awak tau tak mata awak ikut mata ummi awak?
Serius tau..hehe

Baby seterusnya, Harith Qausar! Anak buah Encik Bos, hero Akilla dengan Abang Din. Memang hero tau, tengok gaya dia tidur lah. Haha. Pakcik Harith tak sabar bebenau nak balik jumpa Harith tau!


*Harith Qausar*
Nanti pakcik balik, Harith pau dia bebanyak eh!
ehehe

Okies yang comel ni, baby Nurul Ain, Nur Muhammad Qayyum. Hehe. Jelesh sangat bila tau Ruby,Husna semua pergi lawat awak jumpa baby! Dapat mms gambar Qayyum. Hehe. Comel je :)

*Nur Muhammad Qayyum*
Ain betul ke eja cam ni?
Manis tau Qayyum senyum!


Dan lagi kan, Amalina Iman :) Lebat sangat rambut dia! Amalina welcome to our family! Tunggu Acik Ila turun KL eh..hehe..Tahniah Kak Mar dan Abang An, Alisha dah dapat adik!


Tahniah dan sejuta-juta tahniah buat mereka yang bergelar ibu. Pengorbanan ibu sangat besar bermula di saat mereka mengandungkan kita. Bayangkanlah seorang manusia mampu menangung kesakitan sehingga 45del (unit kesakitan) tapi seorang ibu yang melahirkan anak mampu menanggung kesakitan sehingga 57 del. Sakit tau tak! huhu. Sebab itu Allah menganugerahkan pahala yang sangat besar buat mereka. Oh mak! Huhu.Terima kasih! Rindu! *nangis kejap*

*Semoga anak-anak ini menjadi anak yang 
soleh dan solehah untuk ibu bapa mereka*

Semoga saya yang solehah untuk mak ayah saya
isk

Tak lupa juga buat mereka yang bakal bergelar ibu, Kak Zam dan Dekyah, selamat berjihad. Hehe. Semoga semua dipermudahkan. Amiiiin :) Oh Qilah ada satu tip! Klik Sini. Tak banyak pun tapi buat tambahan la eh. thee.

P/s : Sayang ibu tak pernah luak buat anak-anak mereka.


Sunday, October 7, 2012

02.06.2012

Asslammualaikum & Salam Sejahtera

Macam biasa, saya masih, masih dan masih menyesuaikan diri hidup di sini. Sebab tu blog ini sepi je. Hampir setahun dah saya kat bumi Sarawak. Kejap je kan masa berlalu? Dalam tempoh penyesuaian diri ini banyak sangat perkara berlaku dan teringin sangat nak share kat semua! *Walaupun takde siapa nak tahu kan..haha*

Untuk sekian kalinya biarlah saya share yang satu ni;



P/s : Okies, sehingga ke post yang seterusnya!





Monday, May 7, 2012

Nailofa Ris

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

30 April 2012
Nailofa Ris, 
Happy Birthday :)

*Tekalah mana satu Nailofa mana satu Neelofa* 
ekeke

Takut nak bagi lebih-lebih. Takut naik 4kg!
So, bagi kek 1 slice cukup la eh?

Apa pun, kami doakan Cik Nailofa cepat membesar,
dimurahkan rezeki, panjang umur dan
selamat melayari bakal bahtera perkahwinan yang dibina.

Last sekali, semoga dapat pindah semenanjung selepas Qilah pindah la eh? 
Oyea!


P/s : Nah lagu untuk Cik Nailofa. Semoga terhibur. 

video