Followers

Tuesday, July 27, 2010

Selamat Hari Lahir Afiq Hamzah


"Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Afiq Hamzah."

kacak seyh makise!

Ucapan khas buat Afiq, Selamat Hari Lahir bro! Hari ini genaplah umur kamu 14 tahun. Semoga apa yang diimpikan tercapai.

Pesanan penting dari Ila :
  1. Belajar rajin-rajin
  2. Jangan tinggal solat
  3. Be good to your parent and your sisters (kamu sangat manja..buekks!)
  4. Stop bullying me! This is an order. hehe.
duduk kita sama tinggi, diri kita tetap sama tinggi

Lain-lain pesanan akan disampaikan terus secara lisan bila kita jumpa di rumah ok?

P/s : Nak hadiah apa? Ila mintakkan kat mak eh..hehe

Saturday, July 17, 2010

Besarkan Guru di Mata Anak-Anak

Kalau dulu jika anak-anak ditegur atau dihukum, ibu bapa menganggap itu sebagai salah satu cara guru untuk mendidik anak-anak mereka menjadi lebih baik. Tetapi sekarang, anak-anak baru ditegur atau dihukum sikit, ibu bapa mula menyerang sekolah, menyaman guru kerana menganggap itu sebagai satu penderaan yang menyebabkan anak-anak mereka akan menjadi lebih teruk. Ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak menyebabkan mereka hilang rasa hormat terhadap guru lantas mula ada yang berani bertindak kurang ajar terhadap guru-guru mereka.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu ketenangan dan kesopanan dan rendahkanlah dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya."
(Riwayat al-Dalami no.23)

Melalui pembacaan saya menerusi majalah Solusi isu no.19, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak menghormati guru-guru mereka. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ibu bapa ialah:
  1. Ibu bapa perlu sokong guru di hadapan anak-anak.
  2. Ibu bapa mesti menyebelahi guru dalam apa jua keadaan.
  3. Terapkan kepada anak-anak sikap berbakti kepada guru.
  4. Ibu bapa perlu bersabar jika anak-anak dihukum.
  5. Sentiasa menghargai guru-guru.
  6. Ajar anak-anak berdoa untuk gurunya .
  7. Hormati sesiapa sahaja yang memberi tunjuk ajar.
Sesungguhnya guru itu seorang insan yang mulia. Tidak rugi kita mendoakan mereka.


P/s : Kita juga bakal bergelar ibu atau bapa, jadi besarkan guru di mata bakal anak-anak kita.

Sumber : Rashidah Mustaffa, Solusi Isu No. 19

Sunday, July 11, 2010

Papan Tanda 1 Linus

Diam tak diam sudah 2 minggu saya menjalani praktikum. Masa berlalu, tugasan dan cabaran makin bertambah. Mahu atau tidak kita perlu harunginya. 

"Time and tide wait for no men"

Semalam sempat kami menyiapkan 3 papan tanda untuk kelas 1 Linus. Atas kerjasama rakan-rakan praktikum sempat kami siapkannya dalam masa setengah hari. Alhamdulillah. At least saya belajar sesuatu yang baru walaupun terpaksa melakukan kerja yang tak sepatutnya dilakukan. *Try to be positive*. Hey Atha, Lea! Qilah dah pandai guna pemotong polistrin.haha. Mari lihat hasil kerja kami;


  qilah sentiasa menyokong kau dari belakang! Go atha go!

1 papan tanda dah siap, 2 more to go!

Ini bukan lakonan, memang saya yang cat papan ni..hehe

Nak lihat lagi? Baca blog saudari Athalia. Hehe.

P/s : Walaupun penat tapi weekend saya dipenuhi dengan aktiviti bersama keluarga, keluarga kandung, keluarga bacar dan keluarga blok E. =). Mood saya gembira!

Sunday, July 4, 2010

:: Words 5::

" ..you appear just like a dream to me, 
you love me for who i am..."


P/s : Miley Cyrus - When I Look At You