Followers

Showing posts with label ..review... Show all posts
Showing posts with label ..review... Show all posts

Tuesday, October 16, 2012

Jatuh Cinta

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Seriously, saya dah jatuh cinta! Thee. Jatuh cinta dengan karya Ramlee Awang Murshid (RAM). Hehe. Ada yang silap tafsir ke?

Sebelum-sebelum ni ada je dengar rakan-rakan terdekat baca novel karya beliau tapi kan waktu tu belum rasa nak baca lagi. Sekarang ni amik! Bukan main marathon baca novel beliau. Hehe.


Bagaikan Puteri
Haryani di zaman sekarang amat mencintai Laksmana Sunan di kurun 15. Pertemuan mereka dalam satu dimensi yang sukar dijangkau manusia. Hijab pemisah antara mereka ialah kematian. Dani pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma terus jatuh hati. Dia berusaha bawa Haryani pulang ke abad 21.
*penuh thnriller, tak dapat nak duga tau apa yang berlaku*


Fiksyen 302
Kisah pembunuhan yang sangat kejam. Kesemua pelakunya mempunyai perkaitan, dan perkaitan itu ialah pesakit mental. Angka 302 dilakar di dahi setiap mangsa pembunuhan.
*meremang bulu roma baca novel ni, tak berani baca sorang-sorang*

Memang genre saya sukakan novel, movie, cerita bersiri thriller. Hehe. Ada baca novel cinta sampai nangis-nangis tapi kali ni dah jatuh cinta sesangat dengan novel-novel thriller RAM.

P/s : Membaca sepanjang anak-anak exam. 

Tuesday, January 10, 2012

Karma

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Karma atau kata lainnya kerama,kutuk atau sumpah membawa maksud semua perbuatan manusia sewaktu hidupnya di dunia.

Kalau menurut kefahaman agama hindu, hukum karma berkaitan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran ini bergantung karma mereka iaitu sama ada baik atau buruk. Kesimpulannya ia lebih kepada pembalasan atas setiap perlakuan mereka.

Hmm, sebenarnya saya bukan nak bercerita perihal pembalasan karma ni secara terperinci, tapi saya nak kongsi cerita tentang drama bersiri yang tajuk dia Karma. Hehe. Pengenalan bukan main panjang lebar lagi kan? Anggaplah ia sebagai input tambahan eh. 

Okies, siapa yang tak pernah mengikuti cerita ni? 


Jangan risau, kalian-kalian semua masih boleh menonton cerita ni dari awal dekat Malaymoviesfull ni.

Secara ringkasnya, drama bersiri ini mengisahkan Tan Sri Fahrul lakonan Dato' Ahmad Tarmimi bertemu dan bercinta dengan Karmilla lakonan Fauziah Ghous. Mereka melangsungkan perkahwinan setelah mendapat izin isteri pertama Tan Sri Fahrul, Waheeda lakonan Ziela Jalil. Tapi mahligai yang dibina tidak bahagia. Banyak dugaan yang melanda perkahwinan Karmilla dan Tan Sri. Pendek cerita mereka memang tak bahagialah. Ini semua sudah dirancang dan ia dirancang oleh Waheeda, isteri pertama Tan Sri.

Pelik kan? Kan Waheeda dah izinkan mereka berkahwin tapi still merancang untuk memusnahkan rumahtangga madu dia. Sehinggakan Tan Sri Fahrul Meninggal dunia pun dia masih tidak berpuas hati dan berterusan ingin memusnahkan hidup Karmilla. Mungkinlah, siapa tahan dimadukan. Huhu.

Siapa yang akan menerima karma yang buruk? Cewah. Zaaaas! Kita layan cerita ni eh? Hari ini episod last tau. 

*penampilan Fauziah Ghous bertudung, cantik sangat!*

*Ada abang Aaron Aziz gak tau! Ekeke.*

Selamat menonton! 

milkbottleemoticon

Friday, January 6, 2012

Lafazkan Kalimah Cintamu

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Tajuk entri tak tahan; Lafazkan Kalimah Cintamu; eceh. Hehe. Jangan salah faham eh, ini cuma tajuk novel. Novel pertama yang betul-betul saya baca dari kulit muka depan sampai ke kulit muka belakang. 


*bukan saya baca kulit depan dengan kulit belakang je tau*

Hari tu memang berniat nak beli Ombak Rindu sebab saya belum baca novel dia. Tapi kan tiba-tiba keinginan untuk membeli novel ini lebih tinggi melebihi keinginan untuk beli novel Ombak Rindu. Sebabnya satu je. 

Sebab

Watak utama dalam novel ni ialah Tengku Aqilah.

Haha.

Haruslah excited ada novel guna nama sama macam nama sendiri. Habis semua kedai buku jelajah semata nak cari novel ni. Penangan sebab terlalu excited.

Terima kasih Zaila, rumet comel saya yang terlebih awal membeli novel ini dan promote kat saya. Mesti kau bangga kan nama Qilah ada dalam novel ni. Ekeke.

Novel karya Siti rosmizah ini sangat best. Walaupun karya dia yang ni sangatlah tebal tapi saya berjaya mengikutinya tanpa skip mana-mana page pun. Karya yang bertemakan kekeluargaan berjaya menyentuh hati tisu saya. Thee. Kalau tak caya, beli sendiri dan baca. 

Okies, dah bolehlah survey-survey kat kedai buku eh?

Selamat membaca! 




Sunday, December 11, 2011

Ombak Rindu

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Tahu filem ni dah keluar berminggu kat wayang, tapi tak kisah kan kalau saya nak cerita sekarang? Ye lah sebab saya pun baru tengok Khamis lepas. Thee.

*kitorang macam buat lawatan je nak tengok movie ni..haha*

Macam saya yang tak pernah baca novel Ombak Rindu ni, saya rasa cerita dia ok lah tapi kan macam tak berapa synchronize lah. Eceh. Hehe. Macam power je nak mengkritik. Tapi buat rakan-rakan yang dah khatam novel Ombak Rindu banyak kali ni cakap, cerita dia kurang best kalau nak dibandingkan dengan novel dia dan bak kata mereka lah, part yang sepatutnya ditekankan lebih tak ditekankan. Hmm. Betul tak betul, saya kenalah baca novel ni dulu. 


Sebelum ni, saya tengok status-status rakan yang dah pergi menonton, diorang cakap cerita ni sedih sampai tak cukuplah kalau bawak sepeket tisu. Jadi saya ni yang memang hati tisu bawaklah dua peket tapi in the end saya guna sehelai tisu. Haha. Ok, maksud dia kat sini, cerita dia sedih tapi taklah sampai berjujuran air mata tak benti-benti. 


Apa pun, dapat gak kami tengok movie ni. Hehe. Zaila, tercapai gak misi kita nak tengok cerita ni kan? Terima kasih gak Mizan, Sarah, Lea, Anis, Jazli, Pali, Sepi :)

P/s : Ok misi tunggu posting cari novel ni dan baca. Haha.  

Saturday, May 14, 2011

Tudung Pilihan

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Setelah beberapa hari merajuk ngan Encik Blog, hari ni baru mau update. Thee..padan muka Encik Blog, sape suruh buat hal.

Kali ni nak cerita pasal tudung. Memandangkan sekarang ada banyak sangat jenis-jenis tudung, saya cuma nak taulah, banyak-banyak pilihan tudung ni, agak-agaknya mane pilihan kamu eh?

Mula-mula sekali tudung bawal. Tengok eh Cik Heliza pakai. Tu lah tudung bawal. Jenis tudung ni tak lapuk dek zaman tak lekang dek hujan. Ni mak saya cakaplah. Hehe.

*terima kasih en.google*

Lepas tu tengok tudung Pn. Wardina pakai pulak. Tudung sarung ni paling mudah sangat. Tak payah susah-susah nak gosok dah cantik dah bentuk dia.

*terima kasih en.google*

Ada orang panggil tudung ni tudung Ekin tau. Sebab mungkin tudung ni sangat familiar dengan Pn. Ekin.

*terima kasih en.google*

Ke anda suka jenis tudung selendang macam Cik Yuna biasa pakai.

*terima kasih en.google*

Cukuplah tiga, cepat pilih mana paling best pakai. Nak tau ni!

Apa yang penting, pakai tudung macam mana pun make sure cover your aurat eh? Tau kan apa yang perlu ditutup. Ini tuntutan tau!


P/s : Manis bertudung :)

Sunday, March 20, 2011

Cerita-Cerita Masa Cuti

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Cerita-cerita masa cuti ni bukanlah cerita gosip-gosip yang saya dengar dan ingin diceritakan kepada semua orang. Itu dah masuk kategori mengumpat secara terbuka. Tak eloklah. Thee. Cecite atau Cerita-cerita (tak tahu lah wujud ke tak perkataan cecite dalam kamus dewan, akan dirujuk semula) masa cuti ini ialah cerita yang saya tengok masa cuti bersama mereka yang yang suka gak tengok cerita-cerita ni.

Pertama sekali cerita Playful Kiss. Saya tahu cerita ni daripada partner praktikum saya yang sangat suka promote cerita ini, Cik Anantha. Hasilnya saya terpengaruh. Tahniah eh Anantha, berjaya pun kau pengaruh Qilah. Hehe. Overall, cerita ni best dan kelakarlah. Setiap malam sebelum tidur, saya dengan  Asilah, adik saya yang comel (sambil buat gaya sentap) layan cerita ni. Haha. 


Cerita korea ni mengisahkan si hero seorang yang sangat bijak pandai manakala cik heroin pula duduk di kelas yang hujung. Kalau duduk di kelas hujung tu faham-faham je lah maksud dia eh. Cik heroin sangat sukakan si hero tapi si hero dengan sombongnya mengatakan, "Saya tak suka perempuan bodoh!". Lepas tu bayangkanlah sendiri jalan cerita macam mana sebab kami tak habis tengok lagi. Kalau nak, boleh amik daripada saya, satu episod RM5. Ok?

Kedua, saya layan movie bertajuk Death Bell, movie korea gak tapi yang ni genre seram. Huhu. 


Tengok poster dia pun macam seram. Ini bukan cerita hantu eh, ini kisah pembunuh bersiri yang memang agak ganas. Huhu. Saya tertarik nak tengok cerita ni pun sebab lelaki ni.


Kenal tak? Kalau tak kenal baguslah. Biarlah saya je kenal lelaki ni. =p

Death Bell ni ada banyak siri. Ini yang pertama kalau tak silap dan saya dah tengok Death Bell 2 : Bloody Camp. 


Serius, pun seram gak. Tapi jalan cerita kedua-dua Death Bell ni lebih kuranglah. Kalau kamu-kamu berani macam saya dengan Asilah dan Atiqah (adik saya lagi) , pergilah tengok. Thee.

Ketiga, cerita hindustan tajuk Ram Milaye Jodi. Ok, ni cerita favourite mak dengan saya. Asal pukul 8.00 malam, kami terjah Zee Channel 108 tengok cerita ni. Tapi tu lah cerita ni cerita bersiri, tengok kejap setengah jam pas tu sambung esok. Huhu. Tak puas. 


Lagi, kami sefamily sempat tengok cerita Catwoman. Cerita ni dah lama bak tapi saya baru tengok. Isk. Lambat kan? Tapi takpelah. Tapi seronok tau tengok ramai-ramai. 


Last, kami sekeluarga sempat lagi tengok cerita Berkalung Noda lakonan Fasha Sandha. Walaupun dah dapat predict ending cerita ni, tapi still kitorang tengok sampai habis. Terima kasih Ayah kerana bagi laluan kepada kami nak tengok cerita ni sampai habis.Ok next time ayah nak tengok cerita apa cakaplah, asal jangan clash dengan cerita kami nak tengok. Hehe. Tak baik kan Ila?

Dalam tempoh seminggu ni, tu je lah yang saya betul-betul fokus tengok. Haha. Terima kasih kat Tqa sebab sponsor sebahagian cecite ni. Boleh lalai kalau tak pandai manage masa. Haish! Tapi kalau ada cerita baru please let me know  eh ;)

P/s : Esok dah start sekolah, fokus lebih kepada lesson plan. Hmm.

Wednesday, February 23, 2011

Gastrik



Rasanya penyakit gastrik ni dah tak asing lagi di kalangan pelajar. Mostly golongan pelajarlah yang mudah kena penyakit ini dan saya tak terkecuali. Tapi Alhamdulillah, gastrik saya taklah seteruk mana. Perut pedih tapi masih boleh dikawal. 

Lately, saya mudah diserang perut pedih. Serangan yang sukar untuk ditepis! Cewah! Hehe. Tu yang terpanggil untuk tulis entri tentang gastrik ni. 

Menerusi pembacaan saya melalui wall post yang dikirimkan Encik Bos, antara punca penyakit gastrik ini ialah :

  • Tabiat pemakanan seseorang di mana mereka tidak menjaga waktu makan mereka.
  • Memakan lebih daripada keperluan.
  • Ketinggian atau berlebihan kandungan asid dalam perut.
Bila kita ada punca-punca dia atas, kita akan mula berasa pedih di ulu hati, kepala pening dan macam-macamlah.

Bagi mengurangkan kesakitan yang dialami, kita boleh mengambil satu gelas susu segar atau susu tepung. Jangan minum air kosong kerana ia akan buat perut rasa lagi pedih.

Selain itu cuba amalkan membaca ayat-ayat al-Quran ini.

Untuk bacaan lebih lanjut, boleh refer sini.

Tapi bila sendiri terkena pedih perut ni, hanya mampu tidur sambil meringkuk macam udang kena panggang. Bila bangun sakit pun kurang. Thee. 

P/s : Terima kasih Wawa Hazwani, kamu sangat manis =)

Monday, February 14, 2011

Syurga Cinta : Mencari Cinta Hakiki


Semalam, Alhamdulillah sempat saya dan rakan-rakan menghadirkan diri ke Dewan Seri Temenggong IPGKTI untuk mendengar ceramah daripada Ustaz Pahrol. Ustaz Pahrol tu! Teruja tau sebab saya sangat suka baca penulisan beliau dalam majalah Solusi. Menyentuh perasaan.

Tahniah adik-adik Permata yang berjaya menganjurkan program ini. Kamu semua berjaya! 

Ceramah yang disampaikan banyak berkisar mengenai cinta. Seperti yang disampaikan oleh Ustaz Pahrol, cinta mempunyai kuasa yang luar biasa bila ia tepat pada masanya, orangnya dan keadaannya. Cinta bukan suka-suka, bukan kata-kata, bukan mendapat tetapi memberi, perbuatan dan tanggungjawab dunia dan akhirat. 


Siapa yang paling banyak cintanya, dia paling banyak memberi dan siapa yang paling banyak memberi?
Jawapannya, Allah s.w.t

Dan ingatlah cinta yang membawa kebaikan ialah cinta kepada Allah, cinta kepada rasul, cinta kepada ibu bapa dan cinta antara suami isteri.

Terdapat 4 pandangan cinta iaitu :
  1. Pandangan biasa iaitu pandangan golongan remaja yang beranggapan semua orang boleh bercinta.
  2. Pandangan akal iaitu pandangan ahli psikologi yang mengatakan cinta itu ialah keperluan jiwa dan ia perlu.
  3. Pandangan nafsu di mana ada golongan yang beranggapan cinta ini hanya untuk memenuhi keperluan seks. Allah mengurniakan cinta kerana nafsu ini hanya kepada haiwan. Renungkan.
  4. Pandangan hati ialah hadiah bagi mereka yang mengenalinya melalui hati.
Apabila kita bercinta, sila tetapkan apa tujuan kita bercinta. Bercintalah kerana Allah. InsyaAllah dipermudahkan segalanya.


P/s : Sangat tertarik pada slide show tentang cinta yang disediakan oleh ajk Permata. Menarik!

Saturday, January 29, 2011

Aku Terima Nikahnya

Buku pertama di bulan pertama untuk tahun 2011 ini ialah Aku Terima Nikahnya oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Kenal tak penulis ni? Dialah pemilik blog saifulislam.com . Kalau rajin, jengah-jengah la blog beliau. Banyak input yang bagus tau.


Tengok cover dia menarik tak? Saya suka warna biru, jadi saya kata cover dia menarik *bias*. Haha. Tak perlu cerita panjang, sila baca ringkasan buku ini di bahagian belakang kulit buku ini. 


Secara keseluruhannya buku ini sangat menarik. Ia menceritakan pengalaman hidup Ustaz Hasrizal dari mula dia mengenali isterinya sehingga dia berkeluarga. Di samping itu diselitkan juga nasihat serta panduan yang berguna kepada kita. Tak kisahlah kita dah melangkah ke alam rumah tangga atau pun belum, ambil kesempatan yang ada untuk menambah ilmu serta input-input yang berguna ini. 

Selamat membaca =)

P/s : Tak sabar nak baca buku kedua.

Monday, January 24, 2011

Terapi Seni

Dalam subjek Bimbingan dan Kaunseling, kami belajar mengenai terapi seni. Terapi seni ini boleh dijadikan sebagai alat diagnosis untuk menganalisis lambang visual seperti lukisan. Melalui terapi seni ini juga kita boleh membina kemahiran sosial, mengubah tingkah laku, meningkatkan kesedaran diri serta menyelesaikan konflik emosi.

Pensyarah kami sempat menjalankan terapi seni ke atas kami. Terapi seni boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan dan pada peringkat permulaan, beliau memilih untuk melaksanakannya secara individu. Kebiasaannya 3 jenis lukisan digunakan dalam terapi seni iaitu :
  1. Potret
  2. Lukisan bebas atau spontan
  3. Lukisan keluarga
Mengikut cadangan puan pensyarah, kami diminta untuk melukis wajah dan ia kami kategorikan sebagai jenis lukisan potret. 

Sejujurnya, saya tak suka melukis kerana saya tahu saya tiada bakat untuk melukis tapi saya sangat teruja melihat gelagat rakan-rakan. Ada yang bersemangat menyiapkan potret mereka dan ada juga yang bersahaja. Tapi tak dinafikan, rakan Bacarz sangat berbakat melukis potret masing-masing. Tak caya? Cuba lihat hasil mereka.

Berbakatkan? 

Sempat tak sempat, kami bersama puan pensyarah menganalisis setiap potret yang telah kami lukis. Macam-macam persepsi serta pandangan terhadap setiap potret ini. Inilah terapi seni. 

Berkongsi sedikit tentang memahami warna dalam seni mengikut Gregg (1988):

Merah 
masalah yang berat, emosi yang mendalam, bahaya atau sakit.

Merah Jambu
Masalah atau kesakitan yang telah berkurang

Oren
Menggambarkan kekurangan tenaga atau terselamat dari situasi yang menekan

Biru Terang
Sihat, hidup dan bertenaga

Ungu
Warna diraja. Menggambarkan kawalan atau sokongan, spiritual atau kekuasaan.

Hijau Tua
Menggambarkan ego dan fizikal yang sihat, berkembang kehidupan baru atau proses penyembuhan.

Coklat Tua 
Menggambarkan alam semulajadi dan sihat.

Dan ada banyak lagi warna untuk difahami dalam seni. Ini antara yang sempat saya salin dari nota kuliah.

Menarikkan subjek ni?

P/s : Man's first love is hard to forget.Huh.