Followers

Showing posts with label ...family.... Show all posts
Showing posts with label ...family.... Show all posts

Wednesday, April 30, 2014

Tips Membeli Kelengkapan Menyambut Si Kecil

Assalammualaikum

Tajuk entri macam seorang yang profesional je kan. Haha. Padahal pertama kali kot. Tak kisahlah, saya nak share gak!

Sebelum bergelar ibu, saya banyak jengah cuci mata tengok barangan bayi. Haih kalau ikutkan nafsu memang rasa nak borong je semua. Comel cantik sangat baju-baju diorang! Sekarang ni pun dah bergelar ibu lagi lah rambang mata. Hehe.

Jadi saya pun masa si kecil sibuk main guling-guling dalam perut,  saya senaraikan kelengkapan yang patut dibeli sebagai persediaan menyambut si kecil ni.  Actually saya refer senarai ni dari majalah Pa&Ma. Jadi saya share edit ikut yang saya rasa patut. Meh check it out!



Bilangan tu terpulang kepada anda, jangan melampau beli sampai 10 pasang ea. Over tu. Cukup-cukup buat si kecil pakai ganti la. Murah rezeki si kecil mesti dapat banyak hadiah pakcik,makcik,atuk, nenek, kawan-kawan bagi. Kebanyakan hadiah mesti dapat baju. 

Pampers pun jangan beli sekali 2, 3 beg. Beli 1 beg dulu kadang bayi ni takut kulit tak serasi. Kita kena cuba jaya. Yea!

Untuk krim ruam saya cadangkan krim drapolene. Krim ni khusus untuk ruam lampin atau pampers. Setakat ni Asyraf pakai berkesan. Kesan melecet pakai pampers pun boleh sapu krim ni. Ni pun akak ipar saya suggestkan. Thee. Kalau tak saya pun tak tahu.

*Imej dari En.Google*
Krim Drapolene available di mana-mana farmasi.

Selain dari krim drapolene, saya pun guna bedak ruam pureen. Alhamdulillah pun berkesan pada Asyraf. Ada satu masa muka, badan dia macam naik ruam. Nak sapu krim drapolene tak yakin walaupun ada yang kata krim ni boleh sapu pada badan,muka. Jadi saya try bedak ruam pureen. 

* Sumber imej En.Google lagi*

Sebelum dapat bedak ruam pureen saya guna petua mak mertua bagi, letak tepung ubi. Tepung ubi tu sejuk tau. Poncotkan macam sup bunjut tu then sapu kat kawasan ruam. 

Semua kelengkapan bayi yang dah beli saya susun elok-elok dalam bakul. Hari-hari duk belek cek apa lagi yang tak cukup. Walaupun dah cukup pun duk belek gak susun-susun. Angau ibu mengandung. Haha.

*Abah dia excited amik gambar siap*

Okies ni baru kelengkapan bayi, kelengkapan ibu berpantang pun kena sedia gak. Entri untuk ibu berpantang lain la eh. Eceh. Buat bakal ibu selamat membeli belah! Harap tips ni membantu.

P/s : Sediakan bajet untuk bayi anda dari awal anda mengandung. 

Tuesday, April 29, 2014

Assalammualaikum Asyraf Rahimi

Ahad 23.02.2014

Pagi tu macam biasa saya bangun solat subuh. Masuk toilet. Tak rasa sakit takde rasa mulas-mulas alih-alih ada darah. Hmm. Termenung jap betul ke ni? Revise balik, cik puan nurse cakap kalau ada darah cepat-cepat pergi hospital. 

So, keluar bilik cari mak dengan tenangnya  "Mak, ada darah." Mak cepat-cepat suruh packing barang yang patut. Kita ke hospital. Mak ayah yang hantar. Mekacih mak ayah!

On the way sempat singgah warung dulu breakfast. Ye lah waktu tu tak ada rasa sakit, rasa cam biasa. Jadi makan dulu isi perut siap bungkus kuih keria nak makan dalam hospital. Teringin ibu mengandung kan nampak makanan yang nampak sedap ditelan siap bungkus walaupun dah kenyang. Hehe.

Sampai kat hospital, tunggu giliran. Rupanya ramai ibu mengandung tunggu masa macam saya gak. Dalam masa tengah tunggu giliran ada la sorang akak ni tanya kenapa saya datang. Saya jawab, ada darah keluar. Dia pun bercerita pengalaman dia masa anak dia yang pertama dulu pun  keluar darah a.k.a kembar darah. Dia cerita la bisa dik, sakit tak tahan akak bla bla bla...dan saya hanya senyum kelat. Haih kita pun pertama kali ni kak oi makin nervous jadinya. Sampai turn saya, doktor cek dah ada bukaan 3cm, jadi saya kena tahan duduk dalam wad. 

Sepanjang duduk dalam wad saya duk fikir macam mana la agaknya sakit nak bersalin kan. Haha. Ye la anak pertama mana ada pengalaman. Tambah dengar pengalaman akak tu.  

Sebelum tu mak dah call bagi tau suami yang saya dah kena admit, untung suami waktu tu kat Miri, terus dia beli tiket flight balik. Lepas asar suami dengan family sampai hospital melawat.

Masa tu dah mula rasa kontraksi. Ok begini rupanya rasa kontraksi nak bersalin. Mula-mula ok lagi boleh tahan sampai waktu maghrib sakit kontraksi tu makin kerap. Selang 5 minit mesti rasa sakit. Waktu tu nak baring tak selesa, nak duduk tak selesa semua rasa tak kena la. Saya jumpa nurse bagi tau yang sakit kontraksi makin kerap jadi terus dia panggil bagi tau doktor. Doktor cek dan bagitau bukaan dah 6cm. Dia minta saya call suami bagitau yang saya nak masuk bilik bersalin.

Pukul 9.30malam lepas siap-siap kemas bagi tau suami saya pun ditolak naik kerusi roda ke wad bersalin. Sebelum tu sempat gelak-gelak makan roti minum air semua sebab ingat mak kawan-kawan pesan suruh makan nanti nak guna banyak tenaga. Waktu kat bilik bersalin masih lagi fikir macam mana agaknya rasa sakit nak melahirkan. Dengar orang sebelah nangis-nangis tahan sakit, saya pun dah cuak gak. Mulut kumat kami berzikir mintak dipermudahkan. Tak lama doktor dan bidan masuk cek. Suami pun ada sekali.

Rasa sakit makin kuat. Saya mula rasa tak tahan, rasa memulas tu melampau-lampau. Bidan bagi tau cara meneran dengan betul. Suami diminta bantu tolak badan saya. Saya ambil nafas dalam-dalam, saya meneran, suami tolak badan saya dan tak lama lepas tu Asyraf Rahimi pun keluar. Assalammualaikum Asyraf Rahimi! Tepat pukul 10.23 malam. Sebenarnya saya pun tak expect Asyraf keluar cepat macam kejap je rasanya baru 2,3 kali teran. Haha. 

Perasaan masa tu sukar nak digambarkan. Eceh. Klisye sungguh tapi betullah memang sukar hehe. Apa pun bersyukur sangat Allah permudahkan urusan saya. Terima kasih ya Allah! 

Okies, now I'm an Ibu!
Asyraf Rahimi
3.26kg

Macam tak percaya kan. Thee. Lama dah perap entri ni. Masa dalam pantang taip sikit tidur. Rasa letih je. Mungkin lepas ni ada banyak lagi entri #AsyrafRahimi. Hehe. 

Alhamdulillah.

P/s: Rasa sakit kena jahit dengan bidan lebih sakit dari sakit nak melahirkan.Huhu.



Sunday, February 3, 2013

#HappyBirthdayToMe#


Assalammualaikum & Selamat!

Jarang-jarang dah bukak blog, once bukak blog haruslah blogwalking scroll down abis baca semua entri-entri rakan blogger yang terlepas.Isk. 

Untuk tahun 2013 ni kan, saya dah pun selamat genap berumur 2_ tahun pada 20 Januari lepas. Umur wanita ini rahsia boleh? haha. Since kita ni duduk jauh di perantauan, family duk kat seberang Laut China Selatan sana kan, hanya doa dan ucapanlah yang diterima. Menangis kerinduan wo!


*Tengok-tengok! Ayah call Ila via viber gitu! *
Ni first time guna viber itu pun pas ayah call. 
Ayah lagi up to date. Adess.

Untung ada girlfriends yang sentiasa teman saya kat sini. Takde mereka hilang satu kemanisan dah duk kat sini. Dan untunglah ada encik bos kat sini. Ehehe. *berbunga kejap*

Mekacih! (^o^)/

Apa pun kan, saya berharap sangat bila usia semakin meningkat ni, banyak amalan yang bertambah dan diperoleh. Harap sangat apa yang dihajati akan kesampaian. Dan boleh tak mintak sangat dapat pindah mengajar balik dekat dengan family. Harap siapa-siapa yang membaca entri ni mintak doakan saya eh? Doa bebanyak dan banyak! Mana tau rezeki doa kalian, Allah perkenan. Thee.

Nak conteng tulis banyak lagi tapi kan sekarang Aizat ada kat tv9! Hehe okeh babai!

P/s: Seriously still counting days nak balik rumah, and there will be another 4 more days ;) Yeeehhhaaaa!






Thursday, December 6, 2012

Kilim Geoforest Park

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Haip! Dah 3 minggu bercuti dari sekolah baru sekarang update. Oh! Bila kat rumah kadar kelembapan nak update makin tinggi pulak. Ya Allah, jauhkanlah diriku ini dari sifat pemalas. Amiin. Thee.

Apa yang menarik bila cuti sekolah ialah mak ayah pun turut bercuti sebab mereka pun guru pendidik anak bangsa. Cewaah. Admire sangat kat mereka berdua sampai whole life carrier pun  saya follow. Ehehe. So, bila mereka pun bercuti, any adhoc plans senang dilaksanakan.  Bila adk-adik perempuan saya takde je kuliah dan free until weekend, kami pun decide untuk family's trip as we did every year. Destinasi kami ke Langkawi!

Hmm takde nak cerita panjang lebar pun, tapi cuma nak share satu tempat ni, Kilim Geoforest Park. Kami sempat buat tour selama 2 jam. Actually dia ada banyak pakej tau dari pakej 1 jam sehingga 4 jam. Memandangkan kitorang sampai petang, so kitorang amik pakej yang sempatlah sebelum jeti tu tutup; pakej 2 jam.


Perjalanan kami menggunakan bot sebab laluan kami air belaka.



Untuk pakej 2 jam, kami dibawa melawat ke Gua Kelawar.
Ok gambar kelawar tak dapat nak tangkap sebab takut kelawar terkejut. 

Jadi tengok gambar kami senyum luar gua la eh. :)



Lepas tu kami sambung naik bot pergi tengok ikan!

Nampak tak ikan apa tu?
Pari!



Excited pegang belangkas! Hehe.

Tengok aksi ikan sumpit makan. Paling comel!


Kami juga dibawa ke gua buaya. Katanya. 




Kawasan banyak helang. 
Tapi tak clearlah, kamera handphone biasa je. Isk.
Seriously, sini tempat helang bertumpu untuk 
lunch, dinner mereka.


Hijau je, cantik kan? Purely peace :)


Kemudian, kami di bawa meronda-ronda sekitar 
Laut Andaman.

Sempadan Thailand aukk.

Pulau Kasut! Comel!

2 jam tu rasa kejap je tau. Tak puas! Hehe. Lepas ni kalau nak pergi amiklah pakej sampai 4 jam siap boleh picnic makan-makan lagi.


Apa pun saya sangat me 'recommend' kan anda-anda semua ke sini. Berbaloi! Penat saya promote, pergi tau! 

P/s : "Last trip dengan Ila sebelum Ila jadi isteri orang" 
P/s/s : Bergenang air mata kita tau! Waaaaaa ;(

Friday, October 26, 2012

Balik! Balik Beraya!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Rabu
Pagi-pagi pergi sekolah macam biasa. Dapat je balik, terus balik rumah pom pam pom pam kemas-kemas barang dan puh! Kak Ida dan Kak Hurul sampai jemput kami orang. Hehe. Yea! Journey to the airport. 

Tau tak perasaan waktu tu? Senyum sepanjang jalan. Hehe. 

Sampai je Airport Miri, solat, makan-makan dan tiba masa naik belon! Berlepaslah ke semenanjung, LCCT Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan saya tido sebab kalau boleh bangun-bangun je dah sampai. 

Khamis
Bangun pagi, celik mata, oh saya di rumah. Yea, dah kat rumah! Selepas 2 bulan tak balik, mampu gak saya beli tiket belon balik rumah. Ehehe. Home sweet home!

Jumaat
Tiada yang lagi best melainkan menyambut hari raya di rumah bersama family tau! Selamat Hari Raya buat warga blogger yang lain :)


P/s : Pas ni hitung hari nak balik cuti hujung tahun plak. 

Tuesday, November 15, 2011

11.11.11

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

11.11.11 tarikh yang cantik kan? Tapi ada yang kata 20.11.2011 lagi cantik. Dan ada yang kata, dua-dua tak cantiklah, tak nampak apa pun yang cantik. Yelah, cantik tu kan subjektif. Lain orang lainlah taste dia.

Tapi 11.11.11 tarikh yang cantik dan bermakna buat Puan Sepupu saya; Puan Syazana. Tarikh ni merupakan tarikh beliau diijabkabulkan. Thee. Tahniah! :)

Tak mau cite panjang lebar, meh kita tengok gambar pengantin baru ni.

 *Ooppss! yang ni bukan. Haha. Saja merasmikan pelamin. Thee.*
Sweet! :)

 Ini baru pengantin baru :)



Hantaran daripada pihak lelaki. 

Kami pun nak merasmikan pelamin!

Orang-orang kuat ni. Oyea!

Bertambah dah ahli keluaga besar kami. Moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amiiiin :)

Wednesday, June 22, 2011

Ayah!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Hari tu yang lama dulu Hari Ibu, hari semalam, semalam, semalamnya lagi Hari Bapa. Tapi kan sebenarnya hari-hari hari buat merekalah. Kan? Kan? Kan?

*ayah kata nak bergambar kena buat peace atas kepala orang*
adehh!

Ayah selalu cakap;
"Sekarang susah nak cari lelaki baik, 
kalau ada pun ayah je la..hehe"

Saya rasa, lelaki-lelaki kat luar sana boleh berguru dengan ayah.
Haha.
Gurau je!

Ayah  tetap terbaiklah!

P/s : Patut tengok respon mak bila ayah cakap camni. Thee :)

Saturday, June 18, 2011

Tak Terlepas Juga

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Kejap je dah hari Sabtu, esok dah mula gerak balik kampus tercinta. Haruslah bersemangat, final sem ni. Thee. Se Ma Ngat! 

Sorakan semangat dah dilaung. Ok, mane itu encik semangat? Saya tunggu awak eh, esok mesti dah sampai tau! *merapu*

Nanti bila dah balik mesti jarang tengok muka mereka berdua. Isk. 

Ila main-main je
jangan marah eh nanti nampak tua :p

2 hari lepas, tengah duduk-duduk online mak datang. 

"Ila nanti downloadkan episod akhir Nora Elena. Mak nak tau ending dia."

Tak lama lepas tu, ayah datang plak;

"Ila, kau ada download Maharaja Lawak tak? Nanti sebelum balik simpankan kat laptop ayah. Ayah nak tengok. Best kan?"

Oh, tak terlepas juga mak ayah daripada fenomena tv sekarang. Haha. Baiklah. Ila tengah tunaikan. Suka tak? 

P/s : Apa pun boleh! :)

Tuesday, April 5, 2011

Nenek............

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

19.03.2011
Saya bersiap untuk pulang ke kampus tercinta. Hari ini pulang awal sehari sebab dah janji dengan roommate nak sama-sama kemas bilik dan angkut awal-awal barang-barang yang simpan dalam stor.

Ayah dah panggil, jumpa nenek dulu jap. Nenek demam.

"Nek, Ila nak balik sana eh?"

Nenek pun jawab;

"Kalau kau balik sana, siapa nak balik sini?"

Senyap kejap. Fikir apa jawapan nak bagi eh. Ok, takde jawapan yang tepat untuk diberi. Sambil tersengih saya salam, peluk, cium nenek sambil cakap ;

" Nanti lagi 2 minggu Ila balik, ok?"

Nenek senyap. Saya pesan lagi sebelum pergi ;

"Nenek jangan lupa tau, makan. Makan baru sihat."

Lately, nenek kurang selera makan. Demam kan. Huhu.

01.04.2011
Hari ini memang plan nak balik rumah. Nenek masuk hospital semalam. Dalam perjalanan pulang, mak call

"Ila, jangan rush..cakap dengan Apad, drive slow-slow."

"Ok, mak"

Baru nak tanya keadaan nenek macam mana, mak dah cakap;

"Nenek dah meninggal"

Speechless......

*Last picture saya dan nenek*

Kami tinggal dengan nenek sejak kami dilahirkan lagi. Mak ayah pergi kerja, neneklah yang jaga kami. Kami memang rapat sangat dengan nenek. Pantang silap buat kerja sikit memang confirm kena marah dengan nenek. Hehe. Nenek garang tau. Garang dia bermaksud untuk mendidik. Paling takut kalau nak masak untuk dia. Huhu. Takut tak sedap.

Nenek pemurah. Apa yang dia ada atau dapat mesti dia kongsi dengan kami. Thee. Banyak ke sikit ke mesti dia offer kat semua orang. Nenek seorang yang sangat-sangat kuat semangat. Dia jatuh, dia sakit mesti dia buat juga rutin harian dia macam biasa. No excuses. Lepas ni dah tak dengar suara nenek panggil-panggil kitorang. huhu.

Al-fatihah, semoga arwah nenek ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh serta solehah. Amiiiin.

P/s : Lepas ni dah takde cerita saya dan nenek saya. ;(

Friday, March 25, 2011

Ayah, Selamat Hari Lahir!

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Alhamdulillah, 
hari ni ayah saya dah genap sekian-sekian tahun. 
Tak mahulah kantoikan umur ayah. 
hehe

Selamat hari lahir ayah!
Cantik tak tulisan ayah? 
Tulisan seorang cikgu memang cantik..thee

Buat ayah,
Selamat hari lahir Ila ucapkan. 
Moga Allah panjangkan umur ayah serta memberkatinya. 
Lagi, Ila doakan agar disihatkan tubuh badan, 
hindar dari segala penyakit. 

Semoga ayah mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat 
di samping isteri tercinta dan anak-anak tercomel. 
Hehe. Nyempat lagi.

Siapa yang tak kenal ayah saya?
Sila angkat tangan macam usop! Hehe

Sedikit tentang ayah;
Ayah seorang yang tegas tapi kelakar. 
Hmm. Macam mana tu?

Macam mana pun, saya mau bakal suami saya
macam ayah saya, boleh tak?

Apa pun,

 Dan lagi,

P/s : Ayah nak kek secret recipe gak ke? 


Wednesday, March 16, 2011

Goodbye JJW 908

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Dear JJW 908,

It's time for you to go. It's not like we want to throw you away, it's just dad don't want you anymore. Auch! Sangat tak jaga mulut. Isk. Actually, you are not for us anymore. You'll meet a new owner and he or she must be better than us.

Hey, my mom will miss you a lot because she drives you everyday. I'll miss you too although I rarely drives you. You may count how many times I drive you. It's countable and you know it. Hehe.

Don't worry eh, we will never forget you, JJW 908. You are a part of our family.

Love you!


P/s : Patah tumbuh hilang berganti..hmm..

Sunday, January 16, 2011

Doa untuk Mereka

Mereka sporting

Tapi bila serius, mereka memang serius

Apa pun, kami beruntung jadi anak mereka =)


Terima kasih mak ayah =)

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya dengan penuh belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata) : 

" Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. "


(Al-Israa' : 24)


P/s : Masakkan mak always terbaik!

Saturday, January 8, 2011

Geng Memasak


Dulu kami main masak-masak sama-sama. Zaman kanak-kanak riang dulu la. Tapi sekarang kami dah tak main-main lagi. Sebab kalau kami masak main-main nescaya kebulurlah seisi rumah tak makan. Hehe.

How time flies kan? Diam tak diam saya dah ada dua orang adik perempuan yang dah besar panjang, yang dah pandai masak, yang dah pandai kemas rumah, yang dah pandai membebel dan dah pandai semualah. 

Tapi saya paling suka part mereka yang dah pandai memasak. Sebab sangat meringankan beban mak yang sangat rajin buat kerja dalam dan luar rumah. Haha. Lagi-lagi bila mak sibuk pergi sekolah, makanya sangat-sangatlah meringankan beban saya juga. Ekeke. 

Bila kami bertiga,geng memasak kat dapur, kecohnya umpama orang tengah rewang kenduri kahwin. Al-maklumlah masing-masing nak tunjuk skill pandai memasak masing-masing kan, ada yang kata macam tu tak sedap, macam ni tak kena, macam tu nenek tak suka, macam ni mak marah dan macam-macamlah. Macam-macam pendapat pun hasilnya memang ummph la (walhal masaknya tak seberapa =p). Tapi hasil air tangan orang yang ikhlas nak memberi tak pernah menghampakan =)

Tapi yang sweetnya, kami saling tolong-menolong tau. Automatik kalau Ila siang ikan, Tqa tolong kopek bawang, Cla tolong siang sayur, nanti masak sama-sama walaupun kadang-kadang ada yang curi-curi makan sambil masak. Takpe Ila maafkan. Suweetkan Ila? Haha


Apa yang saya nak sampaikan ialah, saya rasa sangat bertuah ada ramai adik perempuan. Honestly, Ila sangat kagum dengan kamu berdua ok! Zaman Ila umur macam kamu pun belum tentu Ila pandai masak. Semoga yang baik-baik untuk adik-adik Ila yang comel-comel ni. Saranghae Unni Tqa & Unni Cla! (Ila dah pandai cakap korea ok)


Dan untuk mak yang capable doing every single homeworks, terima kasih eh sebab didik 'geng memasak' dalam rumah. Hehe. We really appreciate it chef mama!

P/s :  Partner in crime saya di kampus ialah chef zaila.

Saturday, November 6, 2010

Emak, Selamat Hari Lahir!

6 November (tahun dirahsiakan atas permintaan empunya diri) lahirlah seorang bayi comel ke dunia ini. Hehe. Bayi ini telah diberi nama Arba'yah. Beliau emak saya.

Apa yang menarik tentang mak saya ialah dia ngaku dia cantik tapi dia kata anak-anak dia semua tak cantik macam dia. Haha. Tapi kan ramai orang kata muka saya macam mak saya. Malangnya, mak tak ngaku hal ini. Isk..fine..Tak kisahlah kalau mak tak nak ngaku muka Ila macam muka mak, Ila tetap percaya memang Ila ada muka mak. Haha.


Ok, stop menceceh. Saya cuma nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir mak. You are the greatest mom in the world. Kalau ada MQA observe mak, memang mak terbaiklah! *tak tau kenapa mesti MQA*

Moga mak dipanjangkan umur, dipelihara kesihatannya, dimurahkan rezeki, dan pelbagai lagilah. Tak lupa, berbahagia selalu di samping en.suami tercinta iaitu ayah saya dan anak-anak yang sedikit nakal iaitu saya dan adik-adik. Hehe.

P/s : Saya sayang emak saya.

Thursday, September 9, 2010

Suasana Berbuka Puasa

Kita dah semakin hampir dengan penghujung Ramadhan. Actually bukan semakin, sudah pun hampir ke penghujung Ramadhan. Esok dah masuk bulan Syawal.Selamat tinggal Ramadhan, semoga jumpa lagi tahun hadapan, insyaAllah.

Apa yang saya nak kongsi ialah suasana berbuka puasa. Bagi saya, suasana berbuka puasa paling meriah bila bersama-sama berbuka puasa di rumah bersama keluarga. Al-maklumlah bila berpuasa seharian, dia punya excited nak berbuka itu lain macam. Lagi-lagi makan masakan emak. Sedap!

Bila nak berbuka, ayah dah relax duduk dulu depan televisyen tengok-tengok apa yang menarik untuk ditonton. Emak sibuk di dapur, hidangkan juadah berbuka dan masa ini anak-anak perempuan dia pun menyibuk gak lagi-lagi Tiqah dan Silah. Haha. Berebut nak kan mi yang banyak lah, nasi yang banyak, ayam yang besar lah..haha..Kecoh kalau mereka ke dapur. Nenek selalu lambat. Hmm. Bukan apa, dia suka mandi masa dekat-dekat waktu nak berbuka dia kata dia nak ambil wudhu' terus. Afiq adalah harapan kami. haha. Dia akan setia dengar radio tunggu azan dan tengok decoder astro untuk tengok jam. Ayah kata jam astro tepat. Bila dia kata "Dah buka!", ayah pun baca doa buka puasa dan kami makan sama-sama. Seronok dan nikmat dia memang terasa.

Islam itu indah. Nampak macam perkara biasa, berbuka puasa bersama-sama, tapi banyak kelebihan dan salah satunya ialah mengeratkan ukhwah silaturrahim. Bukan sahaja di kalangan keluarga, kita juga boleh mengamalkannnya bersama rakan-rakan. Jangan hanya sekadar berbuka puasa bersama-sama, kita masih boleh meneruskan amalan sebegini dengan makan bersama-sama tidak kiralah makan tengahari, sarapan atau malam. Ia menyeronokkan daripada makan bersendirian.

P/s : Bacarianz banyak kali makan bersama-sama..hehe.

Tuesday, July 27, 2010

Selamat Hari Lahir Afiq Hamzah


"Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Afiq Hamzah."

kacak seyh makise!

Ucapan khas buat Afiq, Selamat Hari Lahir bro! Hari ini genaplah umur kamu 14 tahun. Semoga apa yang diimpikan tercapai.

Pesanan penting dari Ila :
  1. Belajar rajin-rajin
  2. Jangan tinggal solat
  3. Be good to your parent and your sisters (kamu sangat manja..buekks!)
  4. Stop bullying me! This is an order. hehe.
duduk kita sama tinggi, diri kita tetap sama tinggi

Lain-lain pesanan akan disampaikan terus secara lisan bila kita jumpa di rumah ok?

P/s : Nak hadiah apa? Ila mintakkan kat mak eh..hehe