Followers

Showing posts with label ...praktikum.... Show all posts
Showing posts with label ...praktikum.... Show all posts

Monday, July 4, 2011

Internship Cikgu

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Tulisan langsung dari sekolah ni. Ekeke. Eh, saya tak ponteng mengajar tau. Masih menunaikan tanggungjawab sebagai seorang guru pelatih. Sambil-sambil cari maklumat berkaitan penyelidikan tindakan ni sambil-sambil tu tulislah dalam entri ni. Hehe.

Yup! Saya tengah ber internship sekarang. Kalau sebelum ni saya berpraktikal selama 3 bulan, sekarang saya perlu menjalankan internship selama sebulan. 

"Eh, cikgu pun ada internship?"

"Bukan cikgu ada praktikal je ke?"

Mestilah ada! Kata nak melahirkan siswa siswi guru. Tugas guru sekarang bukan sekadar mengajar. Banyak kerja lain juga. Semua yang ada kaitan dengan sekolah ada kaitan dengan guru. 

Hari Sukan Sekolah, guru terlibat tak mungking tukang kebun. Hari Terbuka Sekolah, guru terlibat bukan kerani lah. Bila ada event-event besar macam ni, guru memang terlibat 100%. Jadi, siapa kata kerja guru mudah? Tak semudah yang disangka ok.

Jadi inilah inilah fungsi internship. Kami belajar mengenai pengurusan sekolah. Di samping itu, kami menyiapkan penyelidikan tindakan yang dijalankan di sekolah juga.   

Tapi masa praktikal pun memang dah belajar. Ini kira pembelajaran berganda-gandalah. Thee.

Buat rakan internship, good luck! :)


P/s : Mintak semua berjalan lancar. Huu.

Thursday, May 5, 2011

Belajar Dengan Kami

Asslammualaikum
Salam Sejahtera

Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran hampir tamat,

Cikgu : Esok, hari last cikgu eh kat sini. 
Murid : Cikgu nak gi mane?? http://www.emocutez.com

Cikgu : Cikgu nak sambung belajarlah.


Murid : Ala, cikgu sambung je la belajar kat sekolah ni.


Cikgu : Kalau kat sekolah ni, cikgu nak belajar dengan sape?


Murid : Belajarlah dengan kami, kami boleh ajar.


Cikgu : Erk..


*sempat je tulis time buat latihan cikgu*
P/s : Terima kasih. Banyak cikgu belajar dengan kamu.
 http://www.emocutez.com

Monday, May 2, 2011

Minggu Akhir Praktikum

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Setelah sekian lama berehat (almaklumlah observation dah abis) baru hari ini mau update blog. Rasanya tak banyak habuk pun kat blog ni tapi nak lap-lap lah sikit. Thee

Hari ni cuma nak share betapa sukanya hati ini sebab observation dah habis. Setelah hampir 3 bulan berjuang berhempas pulas memastikan semua perkara berjalan dengan baik dan Alhamdulillah semuanya dah pun selesai. Saya sangat tengah suka hati. Haha. Ok dah share pun suka hati ini.

Jadi tinggal lagi 4 hari kat sekolah ni apa mau buat?

Pelajar cemerlang semestinya akan tulis rekod pengajaran harian panjang lebar macam biasa dan menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran seperti biasa. Jadi sebagai pelajar yang cemerlang, saya akan buat semua perkara ni seperti biasa. Hmm. 

Tambahan lagi, dalam minggu ni gak saya dan rakan-rakan sepraktikum akan menghabiskan masa dengan kerja-kerja sekolah yang tertunggak. Gambate!


Habiskan masa lagi dengan anak-anak murid yang sentiasa comel baik muka dan karenahnya. Hehe.


Dan lepas tu praktikum pun dah habis. Kejap je kan dah 3 bulan?

P/s : Lepas ni internship sebulan. Fuuh!

Tuesday, April 19, 2011

Action Research 4

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Minggu ini minggu proposal Pismp Matematik. Cop! Bukan Pismp Matematik je, satu batch kena sindrom proposal ni baik kanak-kanak Sains, RBT mahu pun PJ. Rasanyalah. Tapi apa yang confirm warga Bacarz memang tengah bertungkus-lumuslah kan? Kan??

*ini antara contoh mereka yang bertungkus lumus..hmmm*


Due date untuk assignment ni ialah 22hb April bersamaan hari Jumaat minggu ni tau. Setakat ni, semua dah ada progression masing-masing. Kat sini saya cuma nak share beberapa artikel atau jurnal yang berkaitan dengan tajuk saya, kot-kot boleh membantu yang lain. Cuba terjah :

  1. Kaedah pelbagai hafal sifir
  2. Kaedah petak sifir
  3. Penyelesaian masalah Matematik
  4. Penguasaan kemahiran asas 3M
Mana tau membantu kan, trylah terjah. Kalau ada lagi saya tambah lagi. Huhu.

P/s : Sedang khayalan tak menjanjikan, segunung kebahagiaan. *takde kaitan*

Monday, April 18, 2011

Present or Parent


Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Sewaktu mengajar Bahasa Inggeris di dalam kelas 5G.

Teacher : Now, I will read the story first and then you'll repeat after me.

Tengok, muka masing-masing, terkebil-kebil.

Teacher : Do you understand?

Kids : Yes!

Teacher : (hmm..yes kan saja)

Seperti yang dinyatakan sebelum ni, cikgu pun mulalah membaca cerita dengan penuh semangat dan murid-murid ikut. Kelihatan ada anak muridnya yang sedang berangan. 

Teacher : (oh, tak fokus!)

Cikgu berhenti membaca tiba-tiba. Semua senyap.

Teacher : If you all read well, I'll give you present.

Kid : Wei, baca betul-betul lah! Nanti mak ayah kita nak datang!
(penuh semangat murid ni tegur kawan-kawan dia)

Teacher : Hmm..

Tak tahu nak respon macam mana, tapi dalam hati senyum girang wei.



P/s : Kanak-kanak, kamu sangat comel!

Wednesday, April 13, 2011

Praktikum Fasa 3

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Tinggal lagi sebulan, lepas tu tamatlah praktikum fasa 3 ni. Yeah! Tak sabar nak habiskan praktikum ni. Tetiba terasa kejap je 3 bulan ni. Tapi kan, kalau diberi peluang suruh sambung praktikum ni still mahu tolak. Hehe.

Entri ni sepatutnya ditulis di awal praktikum ini bermula tapi tu lah, delay punya delay baru hari ini rajin nak tulis. Thee.

Praktikum kali ini saya mengajar di Sekolah Kebangsaan Mohamad Khir Johari. Sekolah ini tak jauh tapi dekat dengan IPG tercinta. Rasa cam lain macam plak ayat ni. Abaikan. 

Tentang sekolah, overall is ok! Serius ok, rasa-rasa nak pilih sekolah untuk praktikum atau nak posting, saya suggestkan kalian-kalian ke sekolah ini. Hehe.

Kalau yang lepas, saya berpraktikum dengan Ira, Lea dan Atha (teringatlah practicummates yang lepas, rindu mural diorang :p),  kali ini saya berpraktikum dengan Anantha, Grace dan Adam.  Tak lupa, dua orang adik junior yang baru start praktikum fasa 1 mereka, Sheela dan Shantiny. Merekalah practicummates saya untuk 3 bulan ni.

*Ada berapa orang dalam gambar ni?*

So, final practicum ni rasanya semua orang dah lali dengan observation. Ada yang buat sehabis baik tapi still kena condemn, ada yang buat simple tapi dipuji melambung bagai. Ini semua ujian buat kita. Praktikum ni bukan sahaja mengajar kita cara untuk mengajar kanak-kanak, tapi ia juga mengajar diri kita sendiri untuk menjadi lebih matang dalam menghadapi ujian-ujian macam ni. 

Apa pun, saya rasa semua orang sehabis baik cuba mengatasi dan menghadapi masalah-masalah yang mereka hadapi sepanjang praktikum kali ni. Tahniah kawan-kawan. Semoga Allah permudahkan urusan kalian. Amiiiin.

Walau besar macam mana pun ujian tu, sila ingat priority kita ke sekolah ialah untuk mengajar anak-anak yang comel ni. Jom tetapkan niat kita untuk mendidik mereka sehabis baik.


Buat rakan praktikum saya kali ni, serius saya katakan mereka sangat gila. Haha. I mean, gila-gila eh. Don't get me wrong Anantha, Grace. Seriously, I don't feel any pressure at all, so should be grateful. Thee. Thanks a lot guys <3

Lastly, nak bagi tau, tak sabar nak redah final observe! Hmm..

P/s : Bersyukur dengan setiap apa yang kita ada.

Saturday, February 12, 2011

Kaedah Menyelesaikan Bahagi 2 Digit


Sila kesan macam mana murid ni jawab soalan bahagi. 
Ok, pening kan?
Sebab murid ini jawab terbalik-balik.
Inilah perkara yang cikgu hadapi tetiap hari. 
Sabar.

Cikgu dah suruh murid ini tulis molek-molek dalam kertas lain.
Ok, cuba kesan lagi.
Dapat tak?


Biar cikgu terangkan eh.
Murid ni jawab soalan bahagi, 
152 749 bahagi 83

Oleh kerana sifir 83 mereka tak hafal,
cikgu pun tak hafal 
maka mereka guna teknik ini

8 dan 3 dibahagi kepada 2 column berbeza
sifir 8 disenaraikan
dan sifir 3 disenaraikan macam kat atas tu.

Contoh :
Lihat row yang pertama
1x8 = 8
maka dia tulis jawapan 8
dan 1x3 = 3
dia tulis jawapan 3

column di sebelah kanan mewakili rumah 'sa'
dan column disebelah kiri mewakili 'puluh'
jadi tambahkan 
80 + 3= 83
automatik mereka akan tahu
1x83 =83

Try, buat pada row seterusnya
dan bandingkan jawapan anda dengan teknik darab biasa eh.
Sama tak?

P/s : Kokurikulum penting tau.


Friday, February 4, 2011

Action Research 3

Bagaimana perkembangan kajian tindakan kamu?

Soalan ini ditanyakan khas untuk tuan empunya blog ni dan kepada mereka yang rasa nak jawab soalan ini. ;)

Hari tu dah cerita sikit tentang draf proposal dan hari ni nak cerita lagi tentang perkembangan kajian tindakan ini.

Sebelum kami cuti untuk raya cina ni, kami dimaklumkan yang kami akan dapat seorang pensyarah penyelia yang akan membantu dan membimbing kami untuk melaksanakan kajian tindakan ini dan saya akan dibimbing oleh Dr. Salwa. Theee.

Dr. Salwa dan rakan sekelas

Saya dan Yuva sempat berjumpa dengan Dr. Salwa sebelum cuti hari tu. Ok, Yuva classmate saya juga sama-sama di bawah bimbingan Dr. Salwa. Saya mencdangkan penggunaan kaedah petak sifir untuk menghafal sifir. It might be simple but at least it help pupils a lot, hopefully.

Macam-macam perkara kami bincang dan kami tetapkan untuk berjumpa setiap minggu. Untuk minggu pertama perjumpaan kami, kami diminta untuk membawa siap-siap :

  • Draf proposal
  • Perancangan mingguan
  • Kajian lampau atau artikel berkaitan

Alhamdulillah setakat ni saya hampir menyiapkan apa yang patut. Hopefully dengan bantuan Dr.Salwa, saya mampu melaksanakan dan menyiapkan kajian tindakan ini dengan jayanya! Nervous wei!

Gambate Nur'Aqilah!

P/s : Encik Bos, orang lain akad nikah jangan kamu pula yang nervous =p

Monday, January 17, 2011

Action Research 2

Hari tu dah buat pengenalan sedikit tentang action research dan hari ni nak sambung lagi kisah kami yang dah mula kena buat draf proposal. Draf lagi eh, belum proposal yang real tau. 

Sebagai input buat rakan  pembaca sekalian, bagi memulakan kajian tindakan atau action research ini, pengkaji perlu mempunyai perasaan atau desakan dalaman terhadap sesuatu isu atau masalah. Isu atau masalah ini yang menganggu profesion, mental atau kepuasan pekerjaan. Pengkaji perlu bertanya pada diri sendiri dan antara soalan-soalan yang bisa ditanya ialah seperti berikut :

  1. Bagaimana pengajaran saya tadi?
  2. Apa yang saya bimbang?
  3. Mengapa pelajar tidak faham?
  4. Apa yang boleh saya lakukan?
  5. Apakah tindakan yang saya boleh buat untuk meningkatkan prestasi pelajar?
Dan lain-lain soalan lagi yang boleh membantu pengkaji menyelesaikan masalah dihadapi. 

Kalau tak buat pertanyaan seperti di atas, lepas tu gatal terus nak cari literature reviews atau kajian lampau, cam ni la gamaknya.


Cuba contohi siswa siswi guru di bawah :


Comel encik koala tu..eh, silap! 
Comel Cik Anantha.


Cuba mencari kajian lampau sebanyak mungkin,
mencari dengan penuh rasa kecomelan,
baru ada feel!


 Flowers all over a boy..erk..
Pedulikan statement di atas, 
yang penting teruskan usaha untuk berjaya.
Ahem!


Ambil aura senior 
untuk completekan kajian tindakan sendiri dengan innocentnya.
Terima kasih senior-senior =)


Saranghae sarah!
Masih mampu tersenyum.
Haruslah senyum, kamera on kot..ekeke..

Walaupun cari kajian lampau sahaja, tapi penat tau. Otak berfikir, jadi tenaga banyak digunakan untuk berfikir. Maka haruslah makan untuk regain tenaga yang telah digunakan.


P/s : Cik PKO, ini boleh dikira bukti tak kami cari bahan?

Tuesday, January 4, 2011

Action Research



Cuba sebut ACTION RESEARCH berulang kali

Laju sedikit

Lagi laju

Ok, gelak sendiri. Haha (entah apa yang lawak ntah). Tapi terbeli-belit kan?

Agaknya macam tu la kot keadaan otak kita bila memikirkan action research.



Action research atau kajian tindakan ialah pembelajaran secara individu atau kolaborasi yang diekpresikan dalam bentuk refleksi kendiri. Tujuan utama kajian tindakan ini ialah memastikan situasi sebenar dan permasalahan dalam bidang pendidikan dan kehidupan sosial seharian diperbaiki kelemahan-kelemahannya. Ini sumber dari buku Mok Soon Sang eh. Boleh refer sendiri.

Good luck kepada kawan-kawan including saya yang akan buat kajian tindakan tahun ini. Sila cari tajuk kajian tindakan anda daripada sekarang yeh macam roommate saya sedang lakukan, bukan  saya. Ish.

Sekian, itu saja yang saya nak tulis. Hehe.

P/s : Ihsan internet dari broadband roommate. Terima kasih roommate =)

Monday, August 16, 2010

Rakan Praktikum Yang Awesome!

      Lately ni ramai benar yang suka guna perkataan 'awesome'. Jadi, saya pun nak guna juga perkataan 'awesome' khas untuk rakan-rakan sepraktikumku Syahira, Zulaiha dan Athalia. Kamu bertiga memang awesome!



      Praktikum kali ini lebih meriah dengan adanya mereka. Haha. Haruslah gelak besar nak tunjuk rasa meriah tu. Walaupun kadang-kadang memang ada rasa tension tapi dengan adanya rakan-rakan sepraktikum yang awesome ini hilanglah sedikit rasa tension. Mereka banyak membantu memeriahkan suasana. Ececeh. Tapi itulah hakikat. Sekarang saya admit, 'The more, the merrier' is sooooo true! 

      Now kami ada less than a week untuk menghabiskan masa di Sek. Keb. Taman Damai Jaya. Banyak kenangan kami dalam sekolah ini baik pahit baik juga yang manis. Jadi untuk tidak melepaskan kenangan kami pergi macam itu je, kami sempat preserved some of the moments in the pictures. Here some of our moments...



Persembahan khas dari kami..nasib baik ada 2 orang penyanyi maktab

Hasil contengan kami khas untuk bilik Matematik

Hidup dengan nombor


Hasil kerja kami



Lagi hasil kami



P/s : Buat Atha dan Lea yang bakal menghadapi final observes minggu ini, wishing both of you all the best!


Thursday, August 12, 2010

Final Observes, Done!

      Hari ini umpama hari terakhir saya berpraktikal. Ok, highlight word umpama disitu. Umpama sahaja. Hakikatnya, saya ada lagi seminggu atau lebih tepat tak sampai seminggu pun. Kemudian, selamat tinggal Sek.Keb. Taman Damai Jaya.


      Apa yang menyebabkan saya berkata umpama hari terakhir saya berpraktikal ialah saya sudah selesai dicerap (bak kata ayah) atau kata nama lainnya di observe oleh pensyarah dan guru pembimbing. Minggu yang saya rasakan entah boleh dilalui atau tidak telah selamat saya lalui. Mana taknya, dalam minggu ini ada 2 kali final observe, satu untuk subjek minor, Pend.Jasmani dan satu lagi untuk subjek major,Matematik. Dengan keadaan diri yang kurang sihat ini memang menambahkan lagi rasa kurang keyakinan diri.

     Tapi alhamdulillah, semuanya telah selesai. Markah atau gred yang tinggi bukan matlamat saya tetapi pengalaman bersama murid-murid yang pelbagai karenah ini yang dicari. Saya tak bagus tetapi saya belajar dan masih belajar untuk menjadi bagus.

      Terima kasih En.Azhari dan En.Hisham selaku pensyarah pembimbing yang banyak membantu saya dan partner saya, Syahira Shukri. Tunjuk ajar dan tips yang diberikan banyak membantu kami.

     Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah, saya sangat lega. Akhirnya 2 bulan praktikal ini hampir berlalu. Saya akan cuba buat yang lebih baik untuk praktikal semester hadapan kelak.

P/s : Cepat sungguh waktu berlalu. Subhanallah.

Sunday, July 11, 2010

Papan Tanda 1 Linus

Diam tak diam sudah 2 minggu saya menjalani praktikum. Masa berlalu, tugasan dan cabaran makin bertambah. Mahu atau tidak kita perlu harunginya. 

"Time and tide wait for no men"

Semalam sempat kami menyiapkan 3 papan tanda untuk kelas 1 Linus. Atas kerjasama rakan-rakan praktikum sempat kami siapkannya dalam masa setengah hari. Alhamdulillah. At least saya belajar sesuatu yang baru walaupun terpaksa melakukan kerja yang tak sepatutnya dilakukan. *Try to be positive*. Hey Atha, Lea! Qilah dah pandai guna pemotong polistrin.haha. Mari lihat hasil kerja kami;


  qilah sentiasa menyokong kau dari belakang! Go atha go!

1 papan tanda dah siap, 2 more to go!

Ini bukan lakonan, memang saya yang cat papan ni..hehe

Nak lihat lagi? Baca blog saudari Athalia. Hehe.

P/s : Walaupun penat tapi weekend saya dipenuhi dengan aktiviti bersama keluarga, keluarga kandung, keluarga bacar dan keluarga blok E. =). Mood saya gembira!

Tuesday, June 22, 2010

Second Practicum

A week left, not really a week actually..*sigh*..then here it comes, PRACTICUM. If last semester we face it for a month, but for the next semester it will be 2 months. Yup, 2 months. Can I undergo next 2 months successfully? Yes you can. (try to be positive..hehe..)

What I am feeling right now is...hmm..I feel nothing. gagagaga. Hey where is my nervous system go?? Yaiy! I think 2 or 3 days before practicum i will feel something. Hopefully calmness will be my feeling.

Next practicum I will teach Mathematics (of course la since it is my major) and Physical Education. Good Luck Teacher Aqilah! It is quite tough babeh..huhu..

Hopefully everything will run smoothly. Lecturer's guidance will be need. En.Azhari and En. Hisham, tolong tunjuk ajar saya! They are my pensyarah pembimbing.



P/s : Wish all the best for others too.

Thursday, April 15, 2010

Snake's Ladder

Hey! Look what I have here...


SNAKE'S LADDER!

It is one of my teaching aids. I got the idea from my friends..Wani,Dya & Sarah.. It is simple. Made from mahjung's paper and crayons while the dice from any square box and wrapped it with sugar paper and pop! Here come the snake's ladder..weeeee.

Special thanx too my partner syahira syukri who helped me drawing the snakes since I'm not good with drawings. Hehe.

Well, kids love games. So when I bring this game in class they were so excited. To prevent them from making noises, set up the rules first. Or else you can't control them. Huhu. I learned from my experience.

How we can use this snake's ladder in class? 

I used it during group activity. As an example, first group throw the dice and let say they got 2. So they have to answer my question, if they can answer they may move to check number 2 but if the can't, they have to stay at their check before.

Try it!

P/s : Apad already rented it!

Wednesday, April 14, 2010

Hero-Hero 2 Wira

They are my kids for a month.











Hiiii...they are so cute and adorable..
They are noisy..yup! can't deny..kids are like that..
But I just can't scolding them..because they are good indeed.

Love you kids...