Followers

Saturday, January 8, 2011

Geng Memasak


Dulu kami main masak-masak sama-sama. Zaman kanak-kanak riang dulu la. Tapi sekarang kami dah tak main-main lagi. Sebab kalau kami masak main-main nescaya kebulurlah seisi rumah tak makan. Hehe.

How time flies kan? Diam tak diam saya dah ada dua orang adik perempuan yang dah besar panjang, yang dah pandai masak, yang dah pandai kemas rumah, yang dah pandai membebel dan dah pandai semualah. 

Tapi saya paling suka part mereka yang dah pandai memasak. Sebab sangat meringankan beban mak yang sangat rajin buat kerja dalam dan luar rumah. Haha. Lagi-lagi bila mak sibuk pergi sekolah, makanya sangat-sangatlah meringankan beban saya juga. Ekeke. 

Bila kami bertiga,geng memasak kat dapur, kecohnya umpama orang tengah rewang kenduri kahwin. Al-maklumlah masing-masing nak tunjuk skill pandai memasak masing-masing kan, ada yang kata macam tu tak sedap, macam ni tak kena, macam tu nenek tak suka, macam ni mak marah dan macam-macamlah. Macam-macam pendapat pun hasilnya memang ummph la (walhal masaknya tak seberapa =p). Tapi hasil air tangan orang yang ikhlas nak memberi tak pernah menghampakan =)

Tapi yang sweetnya, kami saling tolong-menolong tau. Automatik kalau Ila siang ikan, Tqa tolong kopek bawang, Cla tolong siang sayur, nanti masak sama-sama walaupun kadang-kadang ada yang curi-curi makan sambil masak. Takpe Ila maafkan. Suweetkan Ila? Haha


Apa yang saya nak sampaikan ialah, saya rasa sangat bertuah ada ramai adik perempuan. Honestly, Ila sangat kagum dengan kamu berdua ok! Zaman Ila umur macam kamu pun belum tentu Ila pandai masak. Semoga yang baik-baik untuk adik-adik Ila yang comel-comel ni. Saranghae Unni Tqa & Unni Cla! (Ila dah pandai cakap korea ok)


Dan untuk mak yang capable doing every single homeworks, terima kasih eh sebab didik 'geng memasak' dalam rumah. Hehe. We really appreciate it chef mama!

P/s :  Partner in crime saya di kampus ialah chef zaila.

8 comments:

insyirah said...

partner in crime zai dah rmi yg pindah blok..huhu..tinggal b'4 je kat cni..alamat x berasap la dpur 2..:p

SYAFIQAH / S said...

geng memasak? cool :)

Ila Aqilah said...

zai, berempat pun ok wat? haha..ko la jd ketua crime.

Ila Aqilah said...

adik-adik saya cool kan? hehe..thanx

TunTeja said...

adik beradik qla memang super duper comel + ceria macam kakak die jugak!!! :)

Ila Aqilah said...

ko puji kakak diorang skali eh dya?
blushing..haha

~An-nur~ said...

touching. u're such a good sister and havng good sisters like them really make me jealous ok ;-)

Ila Aqilah said...

hehe..sorry ruby
kamu perlu jelous sebab kamu anak bongsu..=p