Followers

Showing posts with label ...resepi.... Show all posts
Showing posts with label ...resepi.... Show all posts

Thursday, May 8, 2014

CheeseKut

Assalammualaikum

Sekarang ramai orang dah update resepi cheesekut ni kat blog memasing. Saya mula perasan cheesekut ni pun kat FB. Ada sahabat sorang ni (Dekyah!) share kat FB. Since bahan dia mudah didapati dan senang untuk dibuat saya pun try lah. Thee.

Oh resepi saya amik dari blog Cik Epal . Mudah dan senang!


Hasil agak comot sebab kelam kabut tetibe dengar anak merengek. Takpe comot janji dapat rasa cheesekut ni. Haha. Ayat sedapkan hati sendiri.

Lepas ni nak try buat Lasagna Telur Bercheese resepi daripada Celoteh MJ . Cuma tak tau nak buatnye bila. Save dulu resepi. Ada masa ada oven boleh jalan. Yezzaa!

Teringat sehari sebelum bersalin sempat buat kek marble & donat. Nak makan punya pasal. Haih Asyraf Asyraf.


Wednesday, December 21, 2011

Puding Roti

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Entri ni tanda penghargaan buat kedua sahabat termanis saya Fasihah dan Ruby sebab diorang rajin masak. Hehe.

Okies, hari tu Puan fasihah sempat share resepi puding roti dengan kami. Jadi kami (Ruby dan saya) sangatlah excited nak mencuba. Jom cuba sekali! Ini resepi dia;

Bahan-bahan

8 keping roti tawar
Susu segar/ susu sejat
4 sudu besar gula
4 sudu besar butter
2 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
sedikit esen vanilla

Cara Membuat:

Potong roti tawar dalam bentuk dadu dan rendam dengan susu segar sehingga kembang dalam loyang.

Pukul gula, butter, telur, tepung jagung dan esen vanilla.

Tuangkan bahan yang sudah dipukul ke dalam roti yang sudah direndam.

Bakar dengan suhu 180*C selama 30 minit.

Dan fuuuh! Siap untuk dihidang :)

*Puding roti Teacher Ruby*

Ruby ngan Fasihah bubuh kismis kat puding diorang, tapi saya tak bubuh. Tabur je eh kismis tu sebelum bakar dalam oven.

*okies ni homemade :p*

Ada lagi tau resepi-resepi terhebat daripada mereka berdua ni. Nanti bebile saya share lagi eh?

Selamat mencuba!

Saturday, November 5, 2011

Kek Marmar

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Hari itu dah try, test, cuba resepi kek marmar atau kek marble ni. Alhamdulillah menjadilah. Hehe. Jadi sempena Hari Raya Aidil Adha ni nak buat lagi lah. Buat makan-makan kita-kita beraya. Terima kasih kat Majalah Jelita sebab bagi resepi percuma kepada kami! Kredit gak untuk Syahira Shukri sebab bagi pinjam majalah ni. Ekeke.


*Cantik Irma bertudung :)*

Ada resepi terbaik ni eloklah share kan? Hehe. Selamat mencuba resepi ni eh ;

Bahan-Bahan :

2 cawan tepung gandum 
1 cawan gula halus
1 cawan marjerin
1/2 cawan susu pekat
4 biji telur gred A
1 camca besar serbuk penaik
1 camca besar esen vanilla
1 camca besar serbuk koko

Cara Membuatnya:

 Ayak tepung bersama serbuk penaik. Ketepikan.

Pukul gula bersama marjerin sehingga kembang.

Masukkan telur sebiji demi sebiji, kemudian susu dan esen vanila. Kacau sebati.

 Masukkan tepung, pukul sehingga sebati.

Asingkan 1 senduk adunan dan campurkan dengan serbuk koko.

Bubuh adunan dalam loyang dan bubuh adunan koko di tengahnya.

Lorekkan lingkaran pada adunan coklat menggunakan garpu.

Bakar 45 minit atau sehingga kek masak.


Ini kek tradisional, tak pandai nak buat kek yang macam secret recipes tapi kan teringin nak buat. Thee. Satu hari nantilah, belajar daripada kawan-kawan. Mereka superb! Hehe.

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua.

Untuk pakcik Kahar, Cik Mariana, Cik Sidah semoga selamat di tanah suci sana, balik dengan haji yang mabrur. Amiiin :)

Monday, July 11, 2011

Mi Siput

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Macam lama je tak update ini blog. Macam lah. Hehe. Banyak benda nak share tapi tak boleh nak share semua, takut tak muat entri ni. Thee. Oleh sebab yang demikian, hari ni saya nak share pasal makanan ni dulu eh.


Gambar di atas ihsan google sebab time makan semalam tak sempat nak amik. Teruja sangat jumpa mi siput sampai tak ingat dunia. *over*

Semalam on the way balik Johor Bharu, kami sekeluarga singgah Bandar Penawar sebab nak hantar si kecik balik asrama. Macam biasa, ayah ajak mengeteh dulu. Perkara wajib tau mengeteh. Ekeke. 

Tak tau nak makan apa sekali ternampak satu gerai ni ada balang yang penuh dengan mi siput. Orang yang paling excited, adik saya, Tqa

"Sedap! Sedap! Orderla sana, nak dua!"

Tanpa fikir panjang, saya order. Lama kot tak makan mi siput ni. Last makan masa sekolah rendah dulu tak silap. 

Kalau nak tahu, mi siput ni famous kat Johor. Dia macam keropok tapi makan cicah dengan sambal tumis. Ada yang makan dengan sambal kicap. Mi siput ni pun ada banyak versi. Kat belah utara pun ada mi siput tapi lainlah dari sini. Nak try. Jomlah!

P/s : Sesekali makan makanan tradisional. Jawalah katakan. 

Saturday, June 11, 2011

Birthday's Bingka Labu

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Siapa tak pernah makan bingka labu? Kesian. Ekeke. Kuih ni bukanlah kuih kegemaran saya time kecik-kecik dulu. Ia termasuk dalam list kuih yang saya kurang suka. Haha. Tapi bila dah besar ni dah pandai merasa, menilai *eceh* terasa kuih ni sedaplah, nak makan lagilah, tak cukup satu lah, macam-macamlah.

Hari tu sempat gak try buat bingka labu ni dengan mak. Itu pun selepas terjumpa sebiji labu dalam peti sejuk. Ce cuba resepi ni.

Bahan-bahan
1 biji labu
3 senduk tepung gandum
2 senduk gula
1/3 camca garam
3/4 mangkuk santan
2 biji telur

Cara-cara Membuatnya
Kopek dan potong labu dan kemudian, rebuskannya sampai ia empuk

Sementara tu, gaulkan tepung, gula, garam, santan dan telur.

Labu dah empuk, toskan dan lenyekkan ia.

Lepas tu masukkan bahan yang dah digaul tadi dengan labu yang dah dilenyekkan.

Gaulkan bahan-bahan ni sekali

Dah gaul dengan rata, tuang dalam loyang dan bakar

Bakar dengan suhu 200*C selama 40 minit.


Dah masak, boleh hidang :)

P/s : Sesiapa yang lahir bulan Jun, asik makan kek je..nah Birthday's Bingka..Hehe

Friday, May 6, 2011

Mengidam Kek Keju

Assalammualaikum
Salam Sejahtera


Tengah duduk belek-belek majalah Anis edisi lama-lama, stop kat page resepi jap. Ada banyak resepi kek dan biskut. Terliur wei. Isk. Tiba-tiba nampak resepi kek keju. Serius, rasa nak makan kek keju. 


Nak belikan? 
Tak mau?

Nak buatkan? 
Tak mau gak?


Takpelah, saya amik resepi kek keju ni, bila-bila free buat sendiri. Isk.
 *ayat nak pasrah*




Bahan-bahan :
15 biji telur
400g gula halus
400g tepung naik sendiri
500g keju
100g mentega

Cara membuatnya :
Campurkan telur, gula halus,tepung naik sendiri dan masukkan keju

Pukul bahan di atas hingga kembang

Kemudian masukkan mentega dan pukul.

Bakar bahan hingga masak.

P/s : Ada sukatan bahan resepi ni yang lagi mudah tak?

Sunday, April 24, 2011

Ketam Tumis

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Pagi tadi lepas jogging, sempat sarapan dengan beberapa orang rakan Bacarz. Make nasi dagang. Kira sarapan beratlah tu kan? hehe. Makan-makan, teringat masakan kat rumah pulak. Huhu.

Last week balik rumah sempat try masak ketam tumis. Ketam cuma ada 2 ekor je, nak masak lemak macam tak berbaloi je, tu yang tumis kan je. Nak try tak? ce try, ce try..thee


Bahan-bahan
Ketam
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Cili
Lada besar
Garam 
Gula

Cara Memasak
Pertama sekali mestilah siang, basuh ketam semua tu kan.

Lepas tu hiris bawang besar, bawang putih, halia, cili dan lada besar.

Panaskan minyak, dan masukkan semua bahan yang dihiris.

Tumis sampai naik bau baru masukkan ketam.

Letak sikit air, garam dan gula.

Gaul sampai rata dan rasa.

Dah ok, tunggu ketam masak lepas tu dah boleh hidang.



Memang simple pun..haha..sebab nak gak masak ketam 2 ekor tu. Inilah first time try masak ketam. Huhu.

P/s : Kalau arwah nenek ada, mesti ada je bahan dia tambah..nenek pandai masak.

Tuesday, March 15, 2011

Ikan Pais



Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Hari ni mau share resepi daripada nenek lagi, resepi ikan pais. Ikan pais ni ala-ala ikan bakar, dia ada banyak cara tapi yang ni simple punya. 

imej dari google

Bahan-Bahan
2 ekor ikan mata besar
8 biji cili
2 biji lada besar
8 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Sedikit kunyit
Sedikit halia
Garam secukup rasa
Air asam jawa
Minyak
Daun pisang


Cara Memasak
Siang dan basuh ikan macam biasa dan biar ditoskan.

Tumbuk semua cili dan lada besar sampai lumat

Kemudian tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit, halia dan garam. (nak kisar bahan-bahan ni pun boleh)

Dah tumbuk semua bahan, curahkan air asam

Selepas itu, gaulkan bahan-bahan ini atas ikan tadi.

Bungkus ikan dengan daun pisang.

Letak sedikit minyak pada kuali, dan bakar dalam 20 hingga 30 minit.

Siap untuk dihidang!

P/s : Ni pun resepi orang jawa kot.

Sunday, December 19, 2010

Kuih Talam Pisang

Bosan minum petang asyik makan cengkodok pisang je, mak pun ajak buat kuih talam pisang ni. Rumah ni banyak sangat pisang emas. Tak kuasa nak bawa pergi belayar, kami buatla makan sendiri. Hehe. Jom try.

Bahan-bahan A (layer bawah)
Sesikat pisang
1 cawan gula merah
1 biji telur
1 cawan kelapa parut
sedikit garam

Bahan-bahan B (layer atas)
1 cawan santan
3 sudu tepung
sedikit garam

Cara-caranya :
Lenyek pisang dan gaulkan sebati dengan gula merah.

Kemudian, masukkan telur, kelapa parut dan sedikit garam. Gaul lagi sehingga sebati.

Bila dah sebati, sapukan minyak atau marjerin dalam loyang.

Masukkan adunan di atas ke dalam loyang dan ratakan. 

Kukus ia lebih kurang 15 hingga 20 minit.

Sementara menunggu bolehlah sediakan layer atas dia pula.

Gaulkan santan, tepung dan garam sehingga sebati.

Bila adunan yang dikukus tadi hampir masak, masukkan pula adunan layer atas ini.

Biarkan dalam15 hingga 20 minit juga.

Siap untuk dihidang!  

Hiasan semata
(Amik kat google)

P/s : Ayah cakap sedap, mak bukan main bangga lagi. =)

Tuesday, December 14, 2010

Muffin

Minggu lepas sempat cuba buat muffin. Selepas refer banyak resepi dari macam-macam sumber, kami putuskan guna tepung muffin sedia ada yang tinggal tambah air, telur dan dan butter. Haha. Mak cakap kita kena ada confidence. So nak build confidence untuk buat muffin ni kita mulakan dengan benda yang senang-senang.

Guess what? Percubaan pertama buat muffin menjadi! Oyea! Gembira sampai setiap masa asik ngadap muffin yang dah siap bakar. Walhal pakai tepung sedia ada je. Thee..Takpe lepas ni boleh try resepi muffin Teacher Ruby dan Teacher Dekyah


P/s : Tqa ngan Cla buat kek coklat! Cayala adik ila =)

Tuesday, November 2, 2010

Terung Masak Pecel

Lagi sekali nak post masakan Jawa. Hehe. Macam biasa menu masakan Jawa ni nenek yang ajar. Dia nak sangat makan terung masak pecel. Jadi saya yang tak tahu langsung resepi ni masakkan untuk dia. Nenek guide dari jauh tu. Jom layan!

Bahan-bahan:
1 biji terung
5 biji kencor
8 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Sedikit belacan
1 biji lada besar
8 biji cili
Sedikit kelapa parut
Garam
Gula

Cara Memasak :
  1. Gorengkan belacan, bawang merah dan putih. lada besar, lada cili dan kencor sekaliharung (tak perlu dihiris).
  2. Tumbukkan bahan-bahan yang sudah digoreng (di atas) dan garam serta gula sehingga lumat (jangan terlalu lumat).
  3. Kemudian, gorengkan terung.
  4. Terung yang sudah digoreng ditoskan minyaknya.
  5. Sementara itu rendamkan kelapa parut dengan air panas.
  6. Selepas itu masukkan terung yang sudah digoreng ke dalam mangkuk dan digaul dengan bahan-bahan yang sudah ditumbuk.
  7. Selesai digaul, perahkan kelapa parut terus ke terung yang siap digaul.
  8. Gaulkan ia hingga sebati dengan bumbu terung tersebut.
  9. Siap untuk dihidang.
P/s : Nenek tak complaint! Berjaya la kiranya resepi ni..hehe..

Saturday, October 23, 2010

Pengat Pisang

Saya baru belajar masak pengat pisang. Ini pun selepas nenek suruh masak..yaiy! Dengan berkat tunjuk ajar nenek, maka terhasillah pengat pisang. hehe.

Bahan :
Sesisir pisang nipah
Santan
Garam 
Gula
Daun pandan

Cara Memasak :
  1. Masukkan pisang yang siap dipotong ke dalam periuk
  2. Masukkan santan ke dalam periuk yang sama dan didihkan.
  3. Bila pisang dah masak, masukkan sedikit garam dan gula.
  4. Gaul dan masukkan daun pandan.
  5. Biarkan ia didih, dan siap untuk dihidang.
P/s : Simple je, tapi malas nak buat. Haha. Selamat mencuba!

Monday, September 13, 2010

Ayam masak Ungkep

Ini salah satu masakan orang Jawa eh. Dia ala-ala rendang tapi bukan rendang, kita panggil dia ungkep. Hehe. Jom try!

Bahan:
1 ekor ayam (siap dicincang)
Santan
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
Sepeket ketumbar
Jintan
Halia
Kunyit
Garam
3 batang serai
Lengkuas
Daun limau

Cara Memasak:
  1. Tumbuk ketumbar dan jintan sehingga lumat.
  2. Kemudian tumbukkan sekali halia, bawang merah, bawang putih, kunyit dan garam secukup rasa.
  3. Panaskan minyak dalam kuali.
  4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk ke dalam kuali dan tumiskan.
  5. Hiriskan lengkuas dan gaulkan sekali.
  6. Tumbukkan serai dan masukkan ia ke dalam kuali juga.
  7. Bila dah naik minyak, masukkan ayam dan gaulkan semua bahan sehingga rata.
  8. Masukkan pula santan dan tutup bahan-bahan tersebut.
  9. Biarkan sehingga ayam jadi empuk.
  10. Bila ayam dah empuk, buka tudung kuali dan masukkan daun limau.
  11. Gaul dan biarkan ia sehingga ia sedikit kering.
Makanan boleh dihidang. Kalau nak pedas boleh letak lada kering ke lada cili ke. Terpulang pada citarasa masing-masing. Yang ni tak pedas punya. Masa bila nak masukkan? Masukkan time masukkan bahan yang dah ditumbuk tu.

P/s : Sesekali cubalah masakan jawa. Hehe.

Thursday, June 10, 2010

Sayur Labu Masak Lemak

Menu kami hari ini, ikan caru bakar, sambal asam dan sayur lemak labu..nyum3..Oleh sebab saya masak sayur lemak labu ni, saya nak kongsilah resepi dia. Theee..

Bahan A :
Kunyit
1 biji bawang putih
8 biji bawang merah
Ikan bilis 
Garam

Bahan B :
1/2 biji labu
4 batang kacang panjang
1/2 mangkuk santan
2 cawan air

Cara Memasak : 
  1. Tumbuk bahan A sehingga separa lumat (nak kisar pun boleh). Ikan bilis dan garam tu ikut sesedap rasa   masing-masing la eh. 
  2. Masukkan bahan A yang telah ditumbuk tadi ke dalam periuk
  3. Masukkan air ke dalam periuk yang sama.
  4. Kemudian masukkan labu yang dah dipotong ke dalam periuk yang sama juga. Gaulkan ia sehingga rata.
  5. Panaskan periuk tersebut sehingga labu empuk.
  6. Apabila labu sudah empuk, masukkan kacang panjang yang sudah dipotong-potong.
  7. Biarkan seketika.
  8. Apabila kacang panjang sudah masak, masukkan santan dan gaulkan ia sehingga ia mendidih.
  9. Sudah masak boleh dihidangkan. Nyum!

P/s : Ok, ni masakan orang yang baru-baru nak belajar masak. Mak kata saya masak 'cemplang'..isk..kena banyak belajar lagi wo..hehe..

Thursday, March 18, 2010

Cekodok Pisang

Dalam minggu ini, lebih kurang 3 kali nenek mintak cekodok pisang. Sedap memang sedap tapi kalau dah selalu sangat makan jemu la nek. Huhu. Tapi sebab nenek yang mintak, kami tunaikan juga  permintaan beliau. Macam biasa, kita layan neneknya resepi..zzzaaassss...



Bahan-bahan
Sesikat pisang emas (lebih kurang 10 biji)
Secubit garam
1 sudu gula
3 senduk tepung
1 gelas air
Minyak

Cara Memasak
1. Masukkan kesemua pisang ke dalam mangkuk dan leyekkan ia.
2. Kemudian bubuh secubit garam dan sesudu gula lalu leyekkan bahan-bahan ini bersama.
3. Masukkan tepung ke dalam bahan tadi. Gaul ia bersama.
4. Tuangkan air ke dalam bahan di atas dan gaulkan ia lagi.
5. Panaskan kuali dan tuang minyak. Tunggu sehingga minyak panas. 
6. Apabila minyak dah panas, goreng bahan tadi. Masukkan bahan guna sudu boleh, guna jari pun boleh..hehe..
7. Goreng sehingga masak dan siap untuk dimakan. Nenek! Dah masak! Nyum3..

Nenek suka kalau letak potas. Fungsi dia untuk kembangkan cekodok ini. Bila nak masukkan potas? Masukkan secubit je sekali ketika masukkan tepung.

P/s : Actually, tak berapa elok letak potas tau!

Saturday, March 13, 2010

Telur Masak Kicap

Semalam bermulanya cuti mid-semku. Say hurrraaayyyy! Sesampai sahaja di rumah, nenek mintak telur masak kicap..nyum3..Mak cakap nenek tak ada selera makan, so dengan rasa senang hatinya, saya tunaikan permintaan nenek. Jom3! Kita belajar masak ,walhal senang je menu ni..haha..tapi tak kira, nak ajar gak!

Bahan:
2 biji telur ayam
3 biji cili siap dihiris
1/2 biji bawang besar siap dihiris
sedikit minyak
kicap sesedap rasa

Cara memasak :
1. Panaskan minyak dalam kuali beberapa minit.
2. Kemudian masukkan semua bawang dan cili
3. Gaulkan bawang dan cili dan masukkan telur.
4. Biarkan sehingga telur ayam seakan-akan masak. Tapi jangan biarkan sampai terlalu masak!
5. Akhir sekali masukkan kicap sesedap rasa anda. Gaulkan ia dengan telur dan ia siap untuk dimakan!

P/s : It might be simple, but it is sincerely from the bottom of my heart. Ok nenek, ila dah masakkan telur kicap, nenek jangan garang-garang lagi ea..hehe..

Saturday, February 20, 2010

Kek Batik

Sempat lagi membuat kek sebelum pulang ke IPG tercinta..kek batik..nyum3.. Ada banyak resepi untuk membuat kek batik dan semua resepi boleh diaplikasikan. Setelah menganalisis beberapa resepi, saya telah menyimpulkan untuk membuat kek batik dengan resepi yang saya gabungkan daripada beberapa resepi dan inilah hasilnya :


Bahan-bahan :
  500gm biskut Marie
  1/2  butter
  1     cawan milo
  1     sudu nescafe
  3/4  cawan gula
  2     biji telur
  1     tutup esen vanilla

Cara memasak :
  1. Panaskan kuali dengan api yang sederhana
  2. Masukkan butter dan gula ke dalam kuali. Kacau sehingga larut.
  3. Setelah larut, masukkan nescafe dan milo. Kacau lagi sehingga sebati.
  4. Apabila sudah sebati, masukkan telur dan kacau lagi.
  5. Masukkan biskut marie yang sudah dipatahkan terlebih dahulu ke dalam kuali tadi dan kacau sehingga sebati.
  6. Setelah sebati, masukkan ke dalam loyang dan ratakan. 
  7. Biarkan sehingga sejuk dan ia sedia untuk dimakan. 
P/s : Selamat mencuba rakan-rakan!