Followers

Saturday, February 20, 2010

Kek Batik

Sempat lagi membuat kek sebelum pulang ke IPG tercinta..kek batik..nyum3.. Ada banyak resepi untuk membuat kek batik dan semua resepi boleh diaplikasikan. Setelah menganalisis beberapa resepi, saya telah menyimpulkan untuk membuat kek batik dengan resepi yang saya gabungkan daripada beberapa resepi dan inilah hasilnya :


Bahan-bahan :
  500gm biskut Marie
  1/2  butter
  1     cawan milo
  1     sudu nescafe
  3/4  cawan gula
  2     biji telur
  1     tutup esen vanilla

Cara memasak :
  1. Panaskan kuali dengan api yang sederhana
  2. Masukkan butter dan gula ke dalam kuali. Kacau sehingga larut.
  3. Setelah larut, masukkan nescafe dan milo. Kacau lagi sehingga sebati.
  4. Apabila sudah sebati, masukkan telur dan kacau lagi.
  5. Masukkan biskut marie yang sudah dipatahkan terlebih dahulu ke dalam kuali tadi dan kacau sehingga sebati.
  6. Setelah sebati, masukkan ke dalam loyang dan ratakan. 
  7. Biarkan sehingga sejuk dan ia sedia untuk dimakan. 
P/s : Selamat mencuba rakan-rakan!

4 comments:

zura said...

wahh nanti bolela post ke sini! :D
kitorang kat sini selalu taruk peanut. best!! macam cruncy sikit la kan. silelah cuba :)

Ila Aqilah said...

peanut? rangupla cam tu ea?? haha..zura, nak letak peanut pe ek??

zura said...

fibi, taruk kacang biasa je pun takpe, ala macam kita makan kek beli kat kedai tu kat dlm dia ada mcm kacang2 sket kan. hehe. sedapp! :D

~An-nur~ said...

sodap eh