Followers

Sunday, December 19, 2010

Kuih Talam Pisang

Bosan minum petang asyik makan cengkodok pisang je, mak pun ajak buat kuih talam pisang ni. Rumah ni banyak sangat pisang emas. Tak kuasa nak bawa pergi belayar, kami buatla makan sendiri. Hehe. Jom try.

Bahan-bahan A (layer bawah)
Sesikat pisang
1 cawan gula merah
1 biji telur
1 cawan kelapa parut
sedikit garam

Bahan-bahan B (layer atas)
1 cawan santan
3 sudu tepung
sedikit garam

Cara-caranya :
Lenyek pisang dan gaulkan sebati dengan gula merah.

Kemudian, masukkan telur, kelapa parut dan sedikit garam. Gaul lagi sehingga sebati.

Bila dah sebati, sapukan minyak atau marjerin dalam loyang.

Masukkan adunan di atas ke dalam loyang dan ratakan. 

Kukus ia lebih kurang 15 hingga 20 minit.

Sementara menunggu bolehlah sediakan layer atas dia pula.

Gaulkan santan, tepung dan garam sehingga sebati.

Bila adunan yang dikukus tadi hampir masak, masukkan pula adunan layer atas ini.

Biarkan dalam15 hingga 20 minit juga.

Siap untuk dihidang!  

Hiasan semata
(Amik kat google)

P/s : Ayah cakap sedap, mak bukan main bangga lagi. =)

8 comments:

3yd@ said...

ingtkan gmbar tu snap sniri..hehehe
pasni blh r qiqah kat aras 2..

Ila Aqilah said...

haha..nak snap sendiri,
tapi talam tak potong lagi..
boleh, tapi takut letak kat bilik je dah zaila dah abiskan..haha

TunTeja said...

yeszaaa......itu dia :)

Ila Aqilah said...

yeah tu dia talam..hehe

Nurul Hidayah Isnin said...

sdapnya qilah..
nk cuba gak la..

Ila Aqilah said...

dekyah cuba la..qilah nak cuba lepat pisang ko, tapi malas nak balut2 pakai daun pisang..isk..

ReDPRiNCeSs said...

waaaa...cm sedap jek...akak ni da la big fan of pisang...hehehe...

p/s: pisang emas yg bebanyak tu xyah bawak belayar, pos jek kat akak ni ha...hehehe

Ila Aqilah said...

haha..kak elly suka pisang?
elokla..nanti qilah pos..haha