Dalam minggu ini, lebih kurang 3 kali nenek mintak cekodok pisang. Sedap memang sedap tapi kalau dah selalu sangat makan jemu la nek. Huhu. Tapi sebab nenek yang mintak, kami tunaikan juga permintaan beliau. Macam biasa, kita layan neneknya resepi..zzzaaassss...
Bahan-bahan
Sesikat pisang emas (lebih kurang 10 biji)
Secubit garam
1 sudu gula
3 senduk tepung
1 gelas air
Minyak
Cara Memasak
1. Masukkan kesemua pisang ke dalam mangkuk dan leyekkan ia.
2. Kemudian bubuh secubit garam dan sesudu gula lalu leyekkan bahan-bahan ini bersama.
3. Masukkan tepung ke dalam bahan tadi. Gaul ia bersama.
4. Tuangkan air ke dalam bahan di atas dan gaulkan ia lagi.
5. Panaskan kuali dan tuang minyak. Tunggu sehingga minyak panas.
6. Apabila minyak dah panas, goreng bahan tadi. Masukkan bahan guna sudu boleh, guna jari pun boleh..hehe..
7. Goreng sehingga masak dan siap untuk dimakan. Nenek! Dah masak! Nyum3..
Nenek suka kalau letak potas. Fungsi dia untuk kembangkan cekodok ini. Bila nak masukkan potas? Masukkan secubit je sekali ketika masukkan tepung.
P/s : Actually, tak berapa elok letak potas tau!
4 comments:
nyum2..cdapnye..
potas 2 slalu org pkai utk wat kek gula hangus
*br tau bole gne kt jmput pisang
haha..bleh dekyah..nenek qla suka letak potas..ala, tp x sesedap muffin n nasi lemak ko! hehe..
Potas tu mende?
potas tu mak qla kata sodium bikarbonat..kalo x silapla..dia cam tepung penaikla..
Post a Comment