Followers

Wednesday, December 21, 2011

Puding Roti

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Entri ni tanda penghargaan buat kedua sahabat termanis saya Fasihah dan Ruby sebab diorang rajin masak. Hehe.

Okies, hari tu Puan fasihah sempat share resepi puding roti dengan kami. Jadi kami (Ruby dan saya) sangatlah excited nak mencuba. Jom cuba sekali! Ini resepi dia;

Bahan-bahan

8 keping roti tawar
Susu segar/ susu sejat
4 sudu besar gula
4 sudu besar butter
2 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
sedikit esen vanilla

Cara Membuat:

Potong roti tawar dalam bentuk dadu dan rendam dengan susu segar sehingga kembang dalam loyang.

Pukul gula, butter, telur, tepung jagung dan esen vanilla.

Tuangkan bahan yang sudah dipukul ke dalam roti yang sudah direndam.

Bakar dengan suhu 180*C selama 30 minit.

Dan fuuuh! Siap untuk dihidang :)

*Puding roti Teacher Ruby*

Ruby ngan Fasihah bubuh kismis kat puding diorang, tapi saya tak bubuh. Tabur je eh kismis tu sebelum bakar dalam oven.

*okies ni homemade :p*

Ada lagi tau resepi-resepi terhebat daripada mereka berdua ni. Nanti bebile saya share lagi eh?

Selamat mencuba!

13 comments:

TunTeja said...

nyummy!! nak try! :)

Ila Aqilah said...

jangan lupa try tun teja :)

ahsfantasy24 said...

Wah.. nampak macam best !
kita tak pernah lagi cuba buat puding
yang kena bakar ni, hehe..

Latest Post:
1. Menarik tentang PMR 2011. Menarik?
2. Memang sudah ditakdirkan untuk sementara.

lola said...
This comment has been removed by the author.
lola said...

peh,,,,kompom sedap nie kan

LiLy @ MumMyQiStInA said...

yummeh..
akak pernah buat puding roti ni..
tapi tak cantik mcm ila buat.. ;)

Ila Aqilah said...

ahsfantasy..thee..ce try :)

Ila Aqilah said...

elly, taklah sangat sedap, tapi boleh dimakanlah..haha

Ila Aqilah said...

akak, biasa je, taklah cantik..dia kembang kot..

Sakura Liss said...

Wut2~ awak tuu..puding roti..waa..lama da x mkn..hehe

Ila Aqilah said...

haha..lizah, ce la try :)

Juliet_iRa~" said...

wahh mcm sedap..hee

nt nak try..:)

Ila Aqilah said...

ira trylah :)

ila nak buat apam polkadot awak plak pasni :)