Menu kami hari ini, ikan caru bakar, sambal asam dan sayur lemak labu..nyum3..Oleh sebab saya masak sayur lemak labu ni, saya nak kongsilah resepi dia. Theee..
Bahan A :
Kunyit
1 biji bawang putih
8 biji bawang merah
Ikan bilis
Garam
Bahan B :
1/2 biji labu
4 batang kacang panjang
1/2 mangkuk santan
2 cawan air
Cara Memasak :
- Tumbuk bahan A sehingga separa lumat (nak kisar pun boleh). Ikan bilis dan garam tu ikut sesedap rasa masing-masing la eh.
- Masukkan bahan A yang telah ditumbuk tadi ke dalam periuk
- Masukkan air ke dalam periuk yang sama.
- Kemudian masukkan labu yang dah dipotong ke dalam periuk yang sama juga. Gaulkan ia sehingga rata.
- Panaskan periuk tersebut sehingga labu empuk.
- Apabila labu sudah empuk, masukkan kacang panjang yang sudah dipotong-potong.
- Biarkan seketika.
- Apabila kacang panjang sudah masak, masukkan santan dan gaulkan ia sehingga ia mendidih.
- Sudah masak boleh dihidangkan. Nyum!
P/s : Ok, ni masakan orang yang baru-baru nak belajar masak. Mak kata saya masak 'cemplang'..isk..kena banyak belajar lagi wo..hehe..
2 comments:
sedap beb labu lemak..
da la fvret aku sayur..
resepi ikan caru bakar
1. letak penutu periuk ats dapur.
2. Lumur minyak
3. bakar ikan 2!
yup dekyah..simple je ikan bakar ni..tp dpt letak bumbu lg sedap dekyah..wahahaha..tetibe teringat ikan bakar umah mak angkatla..
Post a Comment