Followers

Tuesday, May 31, 2011

Header tu!

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Ce tengok header atas tu. Cantik tak? Baik puji! Haha. Sebab pujian ni untuk Cik Chempakasari. Tengok blog dia sana, header dia cantik-cantik. Terima kasih Cik Chempakasari. 

Ada satu design yang dia buatkan untuk saya tapi dalam macam-macam bentuk sampai rambang mata la nak pilih. Nak tengok tak? Meh la tengok hasil beliau.

::1::
(ni sama yang cam kat atas tu)

::2::





::3::




 ::4::

 
::5::

Rajin tak beliau? Memandangkan cuti ni dia tak motong sawit, eloklah kiranya dia main-main buat header untuk saya. Haha. Thanks again dear! Nanti Qilah bagi upah biji sawit satu :p

Kamu rasa header mane lagi suit? Ce pilih, ce pilih..hehe

P/s : Nak belajar guna gimp lah!

Monday, May 30, 2011

Setahun Sudah

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Pejam celik, pejam celik..eh, dah setahunlah! Mood sekarang sangat teruja. Haha. Ok, apa yang setahun? Cuba tanya Encik Bos. Bila kena tanya Encik Bos, rasa dah faham la kan? Hehe

Yup, ini tentang kami.



Tak mintak banyak, tak nak mintak sikit..tak demand gak, cuma nak hubungan ni kekal hingga akhir hayat. Siapa sangka, daripada kawan sekelas hampir 4 tahun sekarang sekelas lagi tapi lebih dari kawan. Haha. 

Seriously, saya tak pandai nak luahkan perasaan dengan romantiknya atau dalam bahasa jawa *dia javanesse, saya mix..haha*. Tapi ikhlas ni; 

Thank you for accepting me as I am.
May our relation will be bless and long lasting till the end. 

Cukuplah, thee..sekian. 

P/s : Who knew.

Saturday, May 28, 2011

Nora Elena

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Perasan tak ada cerita ni kat TV3?


Yup, yang ada Aaron Aziz tu dengan Siti Saleha. Tajuk dia Nora Elena. Cam dalam banner tu maklumkan, ia diadaptasi dari novel ni


Jangan tanya saya pasal novel ni sebab saya tak pernah baca. Hehe. Tapi ramai yang kata novel dia best tau, tu yang rasa tertariklah nak tengok cerita ni. 

Cerita ni main kat Slot Akasia kat TV3 dari pukul 7.00 malam sampai 8.00 malam. Waktu kritikal, waktu maghrib. Huhu. Memang confirm tak boleh nak tengok. Maghrib waktunya singkat, jadi sila utamakan hubungan anda dengan Allah eh.

Try cari alternatif lain, 

http://www.emocutez.com
*semangat menggoogle ni*

saya google cerita ni kat internet dan saya tak jumpa pape tapi Tqa Hamzah jumpa Kepala Bergetar. Terjah la link Kepala Bergetar tu.  Masalah saya selesai  *eceh macam masalah besar kan..hehe*

Rasanya, ramai yang mengikuti cerita ni sebab hero dia Aaron Aziz. Oooppss. Haha. Tak,tak bukan sebab dia tapi sebab jalan cerita dia menarik kot. Apa pun, selamat menonton :)

P/s : Zul pandai berlakon..hehe




Friday, May 27, 2011

Giveaway from Moscow by Miszlullaby



Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Dah lama tak join giveaway cam ni, asal join tak pernah bertuah. Isk. Hopefully kali ni bertuah la eh. Tima kasih adik Azam tag akak. Thee.


Syarat-syarat penyertaan :

Buat satu entri bertajuk ' Giveaway from Moscow by Miszlullaby'

Copy dan letak banner di atas dalam entri tersebut

Jadi follower Miszlullaby

Tag 5 rakan blogger dan make sure mereka tahu ;)

Tinggalkan link entri ni di ruang komen blog Miszlullaby.

Sekarang, 
saya nak melaksanakan syarat ke empat, saya tag :



Semoga bertuah Ila Aqilah. Hehe

P/s : Al-fatihah buat arwah ayah Nurul Norsilah. ;(

Thursday, May 19, 2011

::words 15::

Don't use to be 'muallim'
Try to be 'murabbi'


P/s : Selamat Hari Guru.

Saturday, May 14, 2011

Tudung Pilihan

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Setelah beberapa hari merajuk ngan Encik Blog, hari ni baru mau update. Thee..padan muka Encik Blog, sape suruh buat hal.

Kali ni nak cerita pasal tudung. Memandangkan sekarang ada banyak sangat jenis-jenis tudung, saya cuma nak taulah, banyak-banyak pilihan tudung ni, agak-agaknya mane pilihan kamu eh?

Mula-mula sekali tudung bawal. Tengok eh Cik Heliza pakai. Tu lah tudung bawal. Jenis tudung ni tak lapuk dek zaman tak lekang dek hujan. Ni mak saya cakaplah. Hehe.

*terima kasih en.google*

Lepas tu tengok tudung Pn. Wardina pakai pulak. Tudung sarung ni paling mudah sangat. Tak payah susah-susah nak gosok dah cantik dah bentuk dia.

*terima kasih en.google*

Ada orang panggil tudung ni tudung Ekin tau. Sebab mungkin tudung ni sangat familiar dengan Pn. Ekin.

*terima kasih en.google*

Ke anda suka jenis tudung selendang macam Cik Yuna biasa pakai.

*terima kasih en.google*

Cukuplah tiga, cepat pilih mana paling best pakai. Nak tau ni!

Apa yang penting, pakai tudung macam mana pun make sure cover your aurat eh? Tau kan apa yang perlu ditutup. Ini tuntutan tau!


P/s : Manis bertudung :)

Wednesday, May 11, 2011

Mana Semua????

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Mula-mula sekali, nak bagi tau, tersangatlah frust! Bukak blog,semua kosong!

Semua blog list yang saya follow semua dah hilang. Wahaha. 

Cam ne nak settle masalah ni? Isk..

http://www.emocutez.com

P/s : Ada sesiapa boleh tolong tak? Clueless. Huhu.

Monday, May 9, 2011

Trip Kami

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Lihat muka-muka ahli kembara semalam. *kembaralah sangat*. Terserlah keexcitedkannya. Memancor-mancor. Hehe. 

Semalam kami sempat keluar berama-ramai melihat keindahan alam. Takdelah kembara macam merentas desa, hanya rentas kelapa sawit, pokok getah. Thee.

Dah kumpul baca-baca doa, semua berlari-lari nak naik kereta. Berlari-lari tu tak patut kan? 

 First group yang leading. 
Kira mereka ni umpama pemandu arah kamilah
*gps*


Second group yang kuat mengaum. (kereta maziah).
Haha
*mantan blok G ni*

Third group yang baik je mengalah. Thee.
*ramai artis dalam group ni*

Lepas semua berebut-rebut naik kereta., kami terus ke sini.
Berebut-rebut pun tak patut. Adess!


Motif ke sini, sekadar bergambar. 
Tengok monyet, beruk 2,3 ekor kejap.
Lepas tu terus bergerak naik kereta pergi sini plak.



Sampai sini ada yang bertanya, rombongan dari sekolah mana dik. Hmm. Tak terjawab. Isk.

Secara keseluruhannya, semalam orang ramai. Wahahaha. Masuk berbayar ikut kepala, satu kepala RM7.50 kalau anda ada mycard. Kalau tiada, RM10.00. Apa la nilai wang tu jika nak dibandingkan dengan ukhwah antara kami yang tak ternilai ni. Hehe. Macam mana pun, trip ad hoc ni menjadi dan semua orang sangat membantu.

Kata-kata famous untuk hari semalam :

 "Aku serius dalam dua dua benda. pertama kucing, kedua air."

Sekian, tu je lah nak share. 

P/s : Sahabat selamanya!
http://www.emocutez.com

Saturday, May 7, 2011

Cecite Kartun

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Cecite saya tengok zaman kecik-kecik dulu kan..

Nak tau tak apa?

Ni lah dia..thee


..Tomatoman dan rakan-rakan..
*suka tengok Tomatoman main kayu tik tok*


..Papa Yokies dan family..
*riang gembira senang hati, adik comel dan digemari
Mari bersama kita hiburkan hati
Riang gembira kita nyanyi
lalalalala.....*




..Sailormoon..
Dengan kuasa bulan! Akan menghukummu!
*trademark*


..Power Rangers..
*go go power rangers!*
Cop, amik warna pink!


..Ultraman..
*lampu tu biru, ultraman ada banyak tenaga lagi :p*


..Doraemon..
*suka pintu ajaib doraemon*

Saja nak share, rindu zaman kanak-kanak wo!

P/s : Sekarang dah tak tengok kartun dah.
http://www.emocutez.com
Betul, tak tipu!

Friday, May 6, 2011

Mengidam Kek Keju

Assalammualaikum
Salam Sejahtera


Tengah duduk belek-belek majalah Anis edisi lama-lama, stop kat page resepi jap. Ada banyak resepi kek dan biskut. Terliur wei. Isk. Tiba-tiba nampak resepi kek keju. Serius, rasa nak makan kek keju. 


Nak belikan? 
Tak mau?

Nak buatkan? 
Tak mau gak?


Takpelah, saya amik resepi kek keju ni, bila-bila free buat sendiri. Isk.
 *ayat nak pasrah*




Bahan-bahan :
15 biji telur
400g gula halus
400g tepung naik sendiri
500g keju
100g mentega

Cara membuatnya :
Campurkan telur, gula halus,tepung naik sendiri dan masukkan keju

Pukul bahan di atas hingga kembang

Kemudian masukkan mentega dan pukul.

Bakar bahan hingga masak.

P/s : Ada sukatan bahan resepi ni yang lagi mudah tak?

Thursday, May 5, 2011

Belajar Dengan Kami

Asslammualaikum
Salam Sejahtera

Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran hampir tamat,

Cikgu : Esok, hari last cikgu eh kat sini. 
Murid : Cikgu nak gi mane?? http://www.emocutez.com

Cikgu : Cikgu nak sambung belajarlah.


Murid : Ala, cikgu sambung je la belajar kat sekolah ni.


Cikgu : Kalau kat sekolah ni, cikgu nak belajar dengan sape?


Murid : Belajarlah dengan kami, kami boleh ajar.


Cikgu : Erk..


*sempat je tulis time buat latihan cikgu*
P/s : Terima kasih. Banyak cikgu belajar dengan kamu.
 http://www.emocutez.com

4 Perkara

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Entri kali ini saya nak lunaskan hutang  Cik Chempakasari dan Adik Fini. Lepas jawab tag ni mesti lega sebab dah jawab ini hutang. Hehe.

4 perkara tentang diri saya :
Simple
Bakal guru
Perempuan
Tak tinggi

4 nama manja :
Ila
Qilah
Aqilah
Fibi

4 perkara baik saya buat hari ini :
Mengajar
Teman practicummate cuci kereta
Mendengar cerita roommate
Teman cari barang murid

4 Tempat yang nak sangat pergi :
Rumah mak ayah
Bakal rumah sendiri
Rumah cantik-cantik
Rumah kemas-kemas

4 benda wajib bawa kalau keluar :
Handphone
Purse
Bedak
Lip balm

4 perkara akhir sebelum join contest ini :
Main game
Main mesej
Melayan karenah Maziah, Ira, Zaila
Tengok video 'angry bird make a peace'


4 orang yang paling sayang dalam dunia :
Family (mak, ayah tqa, cla, afiq)
Ila Aqilah..thee
Encik Bos
Muslimin Muslimat 

4 jenis ragam manusia yang jumpa hari ini :
Rajin tengok cerita korea
Kelam kabut
Annoying macam annoying orange..haha
Berbudi bahasa

4 misi yang perlu dicapai tahun ini :
Belajar menjadi bakal guru sebaik mungkin
Mengenali rakan IPGKTI dengan lebih baik
Pertingkatkan amalan baik
Jauhi amalam tidak baik

4 tabiat buruk:
Suka tidur meringkuk
Cerewet
Kuat mengunyah
Slow

4 perkara saya fobia :
Barbie doll

*ni semua sebab chucky!!*

Kucing itu sangat comel *treatment*
Kerang
Bola hoki

4 sebab join tag ini :
Kena tag oleh chempakasari
Kena tag oleh fini
Takde keje nak buat
Suka hatilah

P/s : Sesiapa yang baca, sila jawab tag ini! Amaran keras..:p

Monday, May 2, 2011

Minggu Akhir Praktikum

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Setelah sekian lama berehat (almaklumlah observation dah abis) baru hari ini mau update blog. Rasanya tak banyak habuk pun kat blog ni tapi nak lap-lap lah sikit. Thee

Hari ni cuma nak share betapa sukanya hati ini sebab observation dah habis. Setelah hampir 3 bulan berjuang berhempas pulas memastikan semua perkara berjalan dengan baik dan Alhamdulillah semuanya dah pun selesai. Saya sangat tengah suka hati. Haha. Ok dah share pun suka hati ini.

Jadi tinggal lagi 4 hari kat sekolah ni apa mau buat?

Pelajar cemerlang semestinya akan tulis rekod pengajaran harian panjang lebar macam biasa dan menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran seperti biasa. Jadi sebagai pelajar yang cemerlang, saya akan buat semua perkara ni seperti biasa. Hmm. 

Tambahan lagi, dalam minggu ni gak saya dan rakan-rakan sepraktikum akan menghabiskan masa dengan kerja-kerja sekolah yang tertunggak. Gambate!


Habiskan masa lagi dengan anak-anak murid yang sentiasa comel baik muka dan karenahnya. Hehe.


Dan lepas tu praktikum pun dah habis. Kejap je kan dah 3 bulan?

P/s : Lepas ni internship sebulan. Fuuh!