Followers

Monday, March 14, 2011

Selamat Hari Lahir En.Dzulfadli

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Entri kali ni untuk Encik Dzulfadli yang dah genap 23 tahun pada 8 Mac lepas.

En.Dzulfadli a.k.a En.Bos

Walaupun agak lambat post entri ni, tapi masih nak post sebab suka hatilah, ini kan blog saya. Haha.

Ok serius balik, lambat post entri ni sebab agak sibuk dengan tugas-tugas di sekolah. Ecece. Tak tipu, memang sibuk tau. Tambahan lagi kena kosongkan bilik asrama maka bertambah sibuklah saya. Bila balik rumah internet tak boleh connect. Penuh dugaan tak nak post entri ni? hehe.


Tapi hari ini, saya telah berjaya post ini entri. Jadi ucapan special untuk Dzulfadli atau Apad atau Ali atau Wantang atau Tiger (nickname yang last ni kurang pasti..haha) dan apa jua panggilan yang diberi;
  • Selamat Hari Lahir
  • Moga panjang umur
  • Murah rezeki
  • Bahagia dunia akhirat di samping mereka-mereka yang kamu sayang =)
Honestly, saya tak pernah plan kenakan orang. Tapi ok pe first time plan menjadi. Hehe. Itu pun selepas mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar, Cik Anis Syuhada, Cik Nurul Hazwani dan Encik Fakhrullah. Tanpa mereka tak jadi gak plan ni. Terima kasih eh . 


Plannye simple je, saya bagi tau En.Bos mau teman Wani keluar cari barang naik teksi walhal kami keluar dengan Anis sekali. Memandangkan Anis ada kereta tak perlulah naik teksi. Dah siap cari kek dan lain-lain, kami kumpul di Dataran Jam. Saya mesej En.Bos, dia tak reply. Sudah. Try call, dia angkat. Hmm. Baru bangun tidur. Dan sketsa pun bermula.

Wani, pelakon terbaik!
Yang tolong amik gambar ni pun =p

Saya mintak tolong dia jemput kami kat Dataran Menara Jam dengan alasan teksi yang kami naik rosak. Memandangkan dia pun baru bangun tidur, tanpa banyak soal dia layan je. Kami tunggu kat gerai makan yang berdekatan. Bila dia sampai dengan En. Shamsul, watak utama yang kedua, watak sampinganlah kiranya..hehe..saya dengan kekoknya berlakon cakap purse tertinggal kat dataran. Nasib baik Wani yang pernah menang pelakon terbaik support saya. Haha.

Makanya, dengan arahan Wani, kami pergi mencari purse di dataran. Sesampai je di dataran, saya cuba tahan nak gelak sebab saya nampak mereka yang bersembunyi duk terjengah-jengah. Haha. Tapi nasib baik bos tak nampak. Berlakon 2,3 minit cari purse..mereka pun keluar.."Selamat Hari Jadi!"..nyanyi sampai habis. Sekarang saya baru boleh gelak. hehe

Antara yang sabar bersembunyi =)

Jadi, sorry kalau bos rasa tak selesa atau tak best ke atau ada rasa kurang ke. Tapi sempena final year kita kat sini, tak salah kan kita celebrate. Thee. Pasni dah takde dah nak celebrate cam ni lagi. Huhu.

Terima kasih buat kawan-kawan yang sangat-sangat supportive. Walaupun sibuk praktikum tapi still join ini prank. Hehe. Terima kasih tau.


Semoga ia jadi kenangan manis buat kamu-kamu semua =)

P/s : Gambar cantik dari kamera cantik Anis Syuhada ;)

18 comments:

TunTeja said...

alaaa.tak aci! gambar dya takde.sobs

btw.happy belated birthday en bos aqilah! ;)

Ila Aqilah said...

haha..dya datang lambatlah..mungkin ada selit2 dalam kamera anis..thee

thanx dya =)

Izaty said...

ehem,ehem, ehem, besday ruby nak pos camni gak, tak kire,xkire!!!

Anonymous said...

ahem...qila, nnt aku nak upah ko utk blakon surprise party utk en kekasih aku plak ek? mls nak cari actress jauh2..kau pun dh cukup..kali ni kau ckplah kasut ko hilang plak..=P

Ila Aqilah said...

ruby, iya..sabaula..birthday kamu bulan 6 kot..haha..nanti ingatkan balik boleh,takut lupe =p

Ila Aqilah said...

shap, agak-agakla..en.kekasih kamu, kamulah yg berlakon..upah qilah hancur kot..hehe..

anisyud_01 said...

akhirnya, muncul gak post nih..
hahaha..bau bahagia la post nih..=p
_taun depan lg sweet sawit nih_
psst:mau seat VVIP kat mjlis korng ti..=)

Ila Aqilah said...

hehe..setelah dipostponed beberapa lama kan?
ok anis..kamu nak seat yg ada pelepah sawit atau seat yang ada buah sawit? =p

Jalak Lenteng said...

wahhhhhhh.........cikgu yong peng.....hahahaha

koala lady said...

comel ^^

Aziwan88 said...

qila:tiger ke lion??huhu..

Fareha Noor said...

baca sambil tersenyum...hehehe..dan tak boleh berhenti senyum sebab sweet sgt

Ila Aqilah said...

jalak lenteng! haha..luqman, letak nama sendiri boleh tak?
nama cikgu yong peng tu ko ngan qayyum yg bagi..sampai skang qilah ingat tau! hehe

Ila Aqilah said...

mira, siapa comel? hehe

Ila Aqilah said...

wan, qilah pun konpius..tiger ke lion..huhu

Ila Aqilah said...

hehe..fareha, stop senyum..nanti org kata gila plak senyum sorang2 =p

Jalak Lenteng said...

hahaha..baru trademark....smoga berbahgia selalu ek cikgu yong peng....hehehe

Ila Aqilah said...

haha..yelah, trademarklah tu..
thanx luqman =)