Followers

Monday, March 15, 2010

Jagalah Auratmu Wahai Wanita


"Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya selain dari yang nyata. Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher dan tiada memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi. Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah s.w.t."
(An-Nur:31)

 
Tiada alasan lagi buat kita, kaum hawa untuk tidak mentup aurat. Sesungguhnya Allah sendiri sudah menurunkan perintah kepada kita. Tapi kenapa masih ramai yang tidak menurut perintah tersebut?? huhu..

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Rambut mereka laksana goh-goh unta. Sungguh mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya."
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Takut! Mereka yang meingkari perintah Allah ini tidak akan masuk syurga. Bau syurga juga tidak dapat dihidu. Bagaimana dikatakan dengan pakaian yang menutup aurat? Rasanya ramai dah sinonim dengan poster ini. Tapi mungkin hanya sekadar pandang tanpa membaca dan menelitinya. Gunalah sedikit masa untuk menghayati. Tidak semua perempuan bertudung itu benar-benar menutup aurat.

*klik gambar untuk besarkan*

Jadi, kenapa masih leka? Sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada. Amalkan. Peringatan buat diri saya juga. Renung-renungkan dan selamat beramal! hehe..


P/s : Gembirakanlah Allah dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang, Allah dan rasulNya dapat menggembirakan kamu.

7 comments:

zura said...

*azura likes this post*

Ila Aqilah said...

Zura, kalau ada button like cam kat FB mesti ko dah click kat ctu kan? hehe..

afiqah abdullah. said...

pqah likes too.

ok kengkawan.

tudung bese, tudung labuh?


sy pilih: asalkan menutup aurat.

:D

Ila Aqilah said...

pqah..tudung bese pun bolehla, asalkan ia menutup aurat..hehe..

sekarang suka g bukak blog ko tengok iklan baju2 labuh..hoho..

zura said...

ehhh ada iklan baju ke kat blog pkah? kena serbu neh. hahah

tudung labuh @ tak, asalkan menutup aurat. aku pun still cuba utk menyempurnakan tuntutan. doakan kita sama2 istiqamah k? :)

semoga mendapat redha Nya. ameennn~

afiqah abdullah. said...

aah kan.ak da cam pengiklan x rasmi.


zura,
yew~yew~ ;p

ak doakan.ameen. :)

Ila Aqilah said...

zura : haha..serbu2..fibi mmg selalu serbu blog pqah..baju dia cantik2 tau..sama2 zura, kita berdoa..amiinn..

pqah : a'ah..byk bebenau iklan eh..ko umpama promoter x rasmi la..haha..