Bagaimana perkembangan kajian tindakan kamu?
Soalan ini ditanyakan khas untuk tuan empunya blog ni dan kepada mereka yang rasa nak jawab soalan ini. ;)
Hari tu dah cerita sikit tentang draf proposal dan hari ni nak cerita lagi tentang perkembangan kajian tindakan ini.
Sebelum kami cuti untuk raya cina ni, kami dimaklumkan yang kami akan dapat seorang pensyarah penyelia yang akan membantu dan membimbing kami untuk melaksanakan kajian tindakan ini dan saya akan dibimbing oleh Dr. Salwa. Theee.
Dr. Salwa dan rakan sekelas
Saya dan Yuva sempat berjumpa dengan Dr. Salwa sebelum cuti hari tu. Ok, Yuva classmate saya juga sama-sama di bawah bimbingan Dr. Salwa. Saya mencdangkan penggunaan kaedah petak sifir untuk menghafal sifir. It might be simple but at least it help pupils a lot, hopefully.
Macam-macam perkara kami bincang dan kami tetapkan untuk berjumpa setiap minggu. Untuk minggu pertama perjumpaan kami, kami diminta untuk membawa siap-siap :
- Draf proposal
- Perancangan mingguan
- Kajian lampau atau artikel berkaitan
Alhamdulillah setakat ni saya hampir menyiapkan apa yang patut. Hopefully dengan bantuan Dr.Salwa, saya mampu melaksanakan dan menyiapkan kajian tindakan ini dengan jayanya! Nervous wei!
Gambate Nur'Aqilah!
P/s : Encik Bos, orang lain akad nikah jangan kamu pula yang nervous =p
No comments:
Post a Comment