Assalammualaikum
Salam Sejahtera
Tinggal lagi sebulan, lepas tu tamatlah praktikum fasa 3 ni. Yeah! Tak sabar nak habiskan praktikum ni. Tetiba terasa kejap je 3 bulan ni. Tapi kan, kalau diberi peluang suruh sambung praktikum ni still mahu tolak. Hehe.
Entri ni sepatutnya ditulis di awal praktikum ini bermula tapi tu lah, delay punya delay baru hari ini rajin nak tulis. Thee.
Praktikum kali ini saya mengajar di Sekolah Kebangsaan Mohamad Khir Johari. Sekolah ini tak jauh tapi dekat dengan IPG tercinta. Rasa cam lain macam plak ayat ni. Abaikan.
Tentang sekolah, overall is ok! Serius ok, rasa-rasa nak pilih sekolah untuk praktikum atau nak posting, saya suggestkan kalian-kalian ke sekolah ini. Hehe.
Kalau yang lepas, saya berpraktikum dengan Ira, Lea dan Atha (teringatlah practicummates yang lepas, rindu mural diorang :p), kali ini saya berpraktikum dengan Anantha, Grace dan Adam. Tak lupa, dua orang adik junior yang baru start praktikum fasa 1 mereka, Sheela dan Shantiny. Merekalah practicummates saya untuk 3 bulan ni.
*Ada berapa orang dalam gambar ni?*
So, final practicum ni rasanya semua orang dah lali dengan observation. Ada yang buat sehabis baik tapi still kena condemn, ada yang buat simple tapi dipuji melambung bagai. Ini semua ujian buat kita. Praktikum ni bukan sahaja mengajar kita cara untuk mengajar kanak-kanak, tapi ia juga mengajar diri kita sendiri untuk menjadi lebih matang dalam menghadapi ujian-ujian macam ni.
Apa pun, saya rasa semua orang sehabis baik cuba mengatasi dan menghadapi masalah-masalah yang mereka hadapi sepanjang praktikum kali ni. Tahniah kawan-kawan. Semoga Allah permudahkan urusan kalian. Amiiiin.
Walau besar macam mana pun ujian tu, sila ingat priority kita ke sekolah ialah untuk mengajar anak-anak yang comel ni. Jom tetapkan niat kita untuk mendidik mereka sehabis baik.
Buat rakan praktikum saya kali ni, serius saya katakan mereka sangat gila. Haha. I mean, gila-gila eh. Don't get me wrong Anantha, Grace. Seriously, I don't feel any pressure at all, so should be grateful. Thee. Thanks a lot guys <3
Lastly, nak bagi tau, tak sabar nak redah final observe! Hmm..
P/s : Bersyukur dengan setiap apa yang kita ada.
9 comments:
jawapan kpd soalan pd gambar di atas...
saya pasti!!!...3 org semuanya...hehe..
haha..pandai azam,
nah cikgu bagi 3 biji gula-gula
ok?
wah dah praktikum. mesti best kan :)
hmm..cuba rasa praktikum tu dulu..dah rasa baru tau best ke sengsara..haha..
haha asal macam sengsare je bunyiknye? ;D
haha..sengsara tak lah, penat je la..hehe..mesti tak sabar nak praktikum ni..
haha..sengsara tak lah, penat je la..hehe..mesti tak sabar nak praktikum ni..
3 biji je?...oklah..terima kasih cikgu!!
cukuplah 3 azam, bg banyak2 rongak karang ;p
Post a Comment