Bermulalah kisah-kisah cikgu praktikum di observe baik di observe oleh guru pembimbing atau pun pensyarah. Ada yang tenang-tenang je menghadapi ujian ini, ada yang agak kelam kabut. Kadang-kadang bukan kelam kabut sebab tak prepare, tapi keadaan sekeliling yang juga mempengaruhi situasi observation ini.
Tak kurang juga dengan kehidupan guru-guru praktikum yang diasak dengan tugasan-tugasan di sekolah. Pembaca sekalian, sila ambil tahu bahawa tugas seorang guru bukanlah mengajar sahaja tapi macam-macam. Guru boleh jadi tukang kebun, polis, pengawal, setiausaha, babysitter dan macam-macam lagilah. Hebat kan kerjaya guru ini?
Walau apa pun, sila hadapi semua ujian ini dengan ikhlas eh. Hati kita mungkin rasa berat untuk menerima tugasan dari pihak sekolah tambahan lagi tugasan dari pihak IPG yang memang nak tak nak perlu dilaksanakan. Kalau boleh tolak, kita cuba tolak dengan cara yang baik, kalau tidak, terimalah dengan hati yang ikhlas. Kalau hati kita ikhlas, insyaAllah semua kerja kita laksanakan dengan seronok. Try to be positive. Tak rugi kita menolong sebab ingatlah setiap perkara baik yang kita lakukan, Allah akan beri balasan yang baik juga. InsyaAllah.
Jadi di sini, saya nak share doa agar dipermudahkan urusan..
"Ya Allah! Berlemah-lembutlah dengan kami.
Mudahkanlah segala urusan yang sukar.
Sesungguhnya memudahkan setiap yang sukar itu amatlah mudah di sisi-Mu."
Semoga setiap perkara yang kita lakukan, Allah permudahkan.
Selamat beramal.
P/s : Ya Allah, permudahkanlah urusan saya..amiiin.
2 comments:
aku kena observe dengan guru pembimbing english tadi. dia kedekut markah sikit lah. isk
takpe malek, mintak dari Allah agar Allah lembutkan sikit hati guru pembimbing ko tu..hehe
Post a Comment