Followers

Saturday, February 12, 2011

Kaedah Menyelesaikan Bahagi 2 Digit


Sila kesan macam mana murid ni jawab soalan bahagi. 
Ok, pening kan?
Sebab murid ini jawab terbalik-balik.
Inilah perkara yang cikgu hadapi tetiap hari. 
Sabar.

Cikgu dah suruh murid ini tulis molek-molek dalam kertas lain.
Ok, cuba kesan lagi.
Dapat tak?


Biar cikgu terangkan eh.
Murid ni jawab soalan bahagi, 
152 749 bahagi 83

Oleh kerana sifir 83 mereka tak hafal,
cikgu pun tak hafal 
maka mereka guna teknik ini

8 dan 3 dibahagi kepada 2 column berbeza
sifir 8 disenaraikan
dan sifir 3 disenaraikan macam kat atas tu.

Contoh :
Lihat row yang pertama
1x8 = 8
maka dia tulis jawapan 8
dan 1x3 = 3
dia tulis jawapan 3

column di sebelah kanan mewakili rumah 'sa'
dan column disebelah kiri mewakili 'puluh'
jadi tambahkan 
80 + 3= 83
automatik mereka akan tahu
1x83 =83

Try, buat pada row seterusnya
dan bandingkan jawapan anda dengan teknik darab biasa eh.
Sama tak?

P/s : Kokurikulum penting tau.


No comments: