Followers

Wednesday, February 2, 2011

Anak Januari

Entri ini khas untuk mereka yang lahir bulan Januari. Tapi saya buat entri ini di bulan Februari. gagagaga. Saya tahu saya lambat, sorry kawan-kawan.

Ok, pertama sekali saya nak ucapkan selamat hari lahir khas untuk pemilik handphone ini.


Tak payah teka sebab pemilik handphone itu ialah Nurul Hazwani yang lahir pada 2hb Januari. Dengar cerita dia nak tukar handphone. Hehe. Hanya empunya badan je la yang tahu.


Dia la yang pernah sambut birthday 2 kali setahun dengan saya. Nak tau, baca sini. Saya kenal cik wani ni sebab kami sekelas dan kami pernah jadi blockmate. Sepanjang perkenalan kami ; cewah ayat nak dramatik..haha; dia seorang yang matang dan sering jadi tempat berkongsi masalah. Mungkin sebab sifat seorang kakak itu ada dalam diri dia. 

Wani, kalau kamu baca ini post harap kamu touching. Haha. Qilah doakan kamu panjang umur, murah rezeki dan berbahagia dengan mereka-mereka di sekeliling kamu. Honestly, qilah senang berkawan dengan kamu. Kamu seorang kawan yang sangat baik dan sangatlah memahami. Terima kasih sebab banyak tolong qilah. Nanti kita pergi kursus kahwin sama-sama eh. *tetibe*. Sayang kamu =)

Ucapan seterusnya untuk Cik Athalia. Ramai yang selalu tersilap panggil nama dia, ada yang panggil Atilia dan ada yang terpanggil dia Altantuya. Ish. Tapi qilah tak pernah panggil nama kamu salah tau Atha. Hehe. 

*nampak tak cikgu athalia?*

Cik Athalia ni juga pernah jadi blockmate saya dan kami pernah sama-sama ber 'PBS' dan praktikum di sekolah yang sama. Apa yang saya kagum dengan dia ialah dia seorang yang serba boleh. Masak pandai, jahit boleh, bertukang pun mampu tau. Dia juga seorang yang sangat independent. Dia memang nampak tegas tapi hati dia sangatlah lembut. Hehe. Dalam hati ada taman tu beb. Dengar-dengar dia nak menamatkan zaman bujangnya tahun ini. Amiiin. Qilah doakan yang terbaik untuk kamu. 

Last but not least untuk Cik Sidah merangkap blockmate saya dan dia masih blockmate saya eh.

*Sidah bertudung hijau eh*

Sidah yang saya kenal seorang yang manja. Hehe. Dia juga seorang yang hiperaktif bersesuaian dengan kerjaya dia sebagai cikgu Pendidikan Jasmani. Ada je aktiviti dia. Sidah, semoga kamu dipanjangkan umur, murah rezeki dan berjaya mecapai apa yang kamu nak capai eh. ;)

Cukuplah entri khas ini untuk mereka bertiga. Lain hari lahir lain orang plak eh.

P/s : Bangga tau lahir bulan Januari, sebab saya pun lahir dalam bulan ni juga. =p

4 comments:

TunTeja said...

happy belated bday semua :)

Ila Aqilah said...

yup, happy belated birthday semua =)

@R+_GaLaXY said...

hahaha.. qila sengal... jgn bocor rahsia la weyh.. btw.. thanks... n happy bufday bebeh..

Ila Aqilah said...

haha...yela
pape pun qila amiin kan =)