Followers

Saturday, June 11, 2011

Birthday's Bingka Labu

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Siapa tak pernah makan bingka labu? Kesian. Ekeke. Kuih ni bukanlah kuih kegemaran saya time kecik-kecik dulu. Ia termasuk dalam list kuih yang saya kurang suka. Haha. Tapi bila dah besar ni dah pandai merasa, menilai *eceh* terasa kuih ni sedaplah, nak makan lagilah, tak cukup satu lah, macam-macamlah.

Hari tu sempat gak try buat bingka labu ni dengan mak. Itu pun selepas terjumpa sebiji labu dalam peti sejuk. Ce cuba resepi ni.

Bahan-bahan
1 biji labu
3 senduk tepung gandum
2 senduk gula
1/3 camca garam
3/4 mangkuk santan
2 biji telur

Cara-cara Membuatnya
Kopek dan potong labu dan kemudian, rebuskannya sampai ia empuk

Sementara tu, gaulkan tepung, gula, garam, santan dan telur.

Labu dah empuk, toskan dan lenyekkan ia.

Lepas tu masukkan bahan yang dah digaul tadi dengan labu yang dah dilenyekkan.

Gaulkan bahan-bahan ni sekali

Dah gaul dengan rata, tuang dalam loyang dan bakar

Bakar dengan suhu 200*C selama 40 minit.


Dah masak, boleh hidang :)

P/s : Sesiapa yang lahir bulan Jun, asik makan kek je..nah Birthday's Bingka..Hehe

4 comments:

NIA said...

whoahhh tak penah makan dan tak penah buat.kikiki.mungkin boleh try lepas ni :D

Ila Aqilah said...

sangat boleh cik sizuka :))

qila~ said...

adeh time lapa lak bole mlawat ke sini kan,huhu..

len kali buat antaq sini sket ;)

Ila Aqilah said...

qila..dah buat, post kat blog awak bleh :p