Followers

Sunday, June 26, 2011

Lawatan dan Ziarah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Lawatan dan ziarah cam sama je kan maksudnya tapi sebenarnya berbeza tau. Sila rujuk kamus Dewan Bahasa dan Pustaka untuk jawapan yang lebih terperinci eh. Entri ini kesinambungan dari entri yang lepas. Entri tentang Kabin 1 tu. Hehe.

Semalam, sempat kami buat rancangan adhoc untuk menziarah keluarga sahabat kami, Nurul Norsilah di Batu Pahat. Silah baru kehilangan ayah, jadi kami ingin menziarah dan buat tahlil ringkas untuk arwah ayah dia. Al-Fatihah untuk arwah ayah sahabat kami. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amiiin.

*rasa macam baru semalam je datang beraya rumah Silah*
Silah dan mak dia yang 2 kanan 

Kunjungan kami disambut baik oleh mak dan adik beradik Silah. Memang betullah, orang Jawa tak kan mengecewakan tetamu. Walaupun niat asal kami tak mahu menyusahkan family tapi tengoklah apa yang dihidangkan mereka. Macam-macam juadah tau. Segan, tapi makanan dah tersedia kan, kita makan je lah. Bak kata Anis, rezeki jangan ditolak. Thee.



*sedap sampai biji durian pun nak telan..haha*

Lama gak kami duduk di rumah Silah, sempat jumpa keluarga Nurul Hidayah Isnin, comel-comel je keluarga dia. Sempat gak lah berehat bagai,siap adik Silah pasangkan movie Karak lagi untuk kitorang. Tima kasih Silah sekeluarga :)

Alang-alang dah sampai Batu Pahat, kami brainstorm lah tempat menarik nak lawat lepas ziarah keluarga Silah. Bincang sana bincang sini, kami decide untuk ke Air Terjun Sungai Bantang, Bekok. Teruja gak la. Mana tak teruja, ada antara kami yang bertahun-tahun tak pernah jumpa ayam, eh silap-silap! Bertahun-tahun tak pernah pergi air terjun. Haha. Jakun dah semua jumpa air terjun. Best!



*ihsan gambar google*

Lepas dah penat meneroka alam, kononnya lah, haha, ahli rombongan ni singgah rumah saya jap. Tumpang solat maghrib dan rehat-rehat sambil pekena mee hailam. 

Kat sinilah zoo free. Yang tak kenal ayam, dah kenal ayam, yang tak pernah nampak anak burung dah nampak anak burung. Nasib baik time maghrib semua haiwan dah balik rumah masing-masing. Kalau tak boleh jumpa biawak, monyet, itik pulang petang, macam-macam lagilah. Kampung lah kata kan. Ekeke.

*anak burung ni sangat lapar tau*

Dah siap makan, kemas semua, kami pun mintak izin bertolak pulang. Mak ayah, Ila balik JB eh? Ingatkan hangatnya trip kitorang dah selesai. Rupa-rupanya tidak. Sampai kat highway Machap, jalan jem. Kereta tak bergerak langsung dekat sejam wei. Rupanya, tak jauh dari tempat kami berhenti tu ada kemalangan. Kami nampak asap kepul-kepul tau. Kira kemalangan tu baru berlakulah. Semua orang dah keluar kereta masing-masing nak tengok kemalangan kat depan tu termasuklah 2 orang rakan kami, Malek dan Man.

Nak dijadikan cerita, sedang 2 orang mamat ni pergi berjalan konon-kononnya nak usha-usha tengok keadaan kemalangan kat depan tu, tiba-tiba semua kenderaan pun bergerak sebab polis dah sampai nak bagi tolong elak kesesakkan. 

Apa lagi, kereta masing-masing pun bergeraklah tanpa boleh menunggu mamat 2 orang ni. Ha amik kau! Berlari-lari masing-masing pergi cari kereta masing-masing. Haha. Malek sempat naik kereta tapi Man tak. Bayangkanlah tengah-tengah highway yang sesak ada orang berlari-lari cari kereta. Nasib baik jumpa! Dah menjertit-jerit masing-masing panggil member tertinggal ni. Sampai ada yang kata, ni nak shooting cerita Karak 2 ke apa ni? Haha.

*bayangkanlah diorang berlari tengah-tengah kenderaan sesak*
apa pun boleh!

Tapi kan walaupun trip ni satu hari je tapi seronok. Terima kasih Allah sebab bagi kenangan manis ni untuk final sem kami kat sini :)

P/s : Lepas ni nak lawat mana?

10 comments:

Niena Muhammad said...

ska tgk pic kt ats tu.. ank burung tu cumeelll !!

erm.. bebudak skang ni pndai mntak mcm2.. kte dulu, tv pn xbrapa nk kenal lgi huhu

shafmechy said...

bleh imagine part mamat 2 orang tertinggal tu..haha

ishiko said...

huhuu.. g bekuk eh.. ^^

Ila Aqilah said...

kak niena, anak burung tu skinny lah..lapar sangat..huhu

kan? zaman dah lainlah..huhu

Ila Aqilah said...

shafmechy kelakar kan? haha..naseb baik semua selamat..thee

Ila Aqilah said...

ishiko, pergilah..nanti dah abis study tak sempat nak pergi..thee

NIA said...

AHAHA sabor je lah berkejar-kejaran dkt hway pulok.

Ila Aqilah said...

tulah..dia main kejar-kejar kat highway..haha

Tipah Va Va Voom said...

best la entry kak qila kali ni...happening sngat...mashyuuk laa

Ila Aqilah said...

thanx tipah..kalau ko ada kat tempat kejadian mesti rasa nak rakam je diorang berlari tengah-tengah highway..haha