Followers

Sunday, June 26, 2011

Kabin 1

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Minggu pertama semester 8 ini telah selamat dilalui. Minggu pertama ni pun dah macam-macam peristiwa dah berlaku. Peristiwa kereta dirantai, kereta disaman, dimarah pensyarah, peristiwa 'sgm' *Dekyah dan Wan di prank*, result exam, kisah konvo dan kisah semalam.

Kisah semalam best! Serius, semalam short trip yang bestlah! Entri lain kali saya kongsi eh? Ada kisah zoo free, Man lari-lari di highway dan macam-macamlah. Ni baru seminggu dah macam-macam, tak tahulah minggu-minggu seterusnya. Harap akan datang lebih baiklah. Hehe.

*prank birthday lah..thee*

Tak dapat nak  stay kat Kabin 3 lagi sebab kali ni kelas kami kat kabin 1. Isk. Tata Kabin 3, kami pergi kabin depan tu je eh? Takpe kan? Jangan risau, hari-hari kami skodeng kamu. Ekeke. 

*excited je nak masuk kabin*

Duduk kat Kabin 1 tak banyak beza pun dengan duduk dalam Kabin 3 sebab dua-dua ni kabin. haha. Tapi input yang kami terima semestinya berbezalah. Untuk permulaan semester ni, kami akan stay selama dua minggu belajar dalam Kabin 1 lepas tu kami akan pergi internship dekat sekolah masing-masing. Internship akan berlangsung selama sebulan bermula 4hb Julai hingga 29hb Julai. Good Luck eh! 

Internship bukan waktu senang lenang goyang kaki tau, ada la kerja kena buat jadi sila buat-buat rajin. Pihak sekolah akan evaluate kita. Jadi buatlah terbaik yang mampu. Thee.

Lepas habis internship ni, duduk balik dalam Kabin 1 habiskan semua kredit hour dah fuuh hampir tamatlah semester ni. Lepas tu dah boleh posting. Johor! Nak balik Johor! Teruja ni!

Semoga warga-warga tersenior kat kampus ni tabah mengharungi semester ni. Se ma ngat!

*jauh tau..ekeke*
P/s : Dah boleh countdown ke? isk ;(

4 comments:

Fareha Noor said...

good luck for internship!

Ila Aqilah said...

fareha..thanx :)

Kacang Pool said...

Dapat merasa duduk kabin 4 masa semester 1..kehkeh
tapi tak selesa belajar dalam kabin...kecik sangat! heheh

Good Luck untuk internship tu kak!
tak sabar nak balik Johor?..
akak bukan orang Johor ke?..kuikui :)

Ila Aqilah said...

kabin 4 sebelah kabin 3 lah kan? tak sempat nak berjiran dengan korang..

thanx azam!

hehe..a'ahla, akak orang johor..haha..bukan org johor panggil JB tu johor ke? ekeke