Followers

Wednesday, February 16, 2011

Anak Februari : Mirul, Malek dan Lizah

Entri kali ni pula khas untuk rakan-rakan yang lahir di bulan Februari. Insan-insan yang bertuah ini ialah Mirul, Malek dan Lizah. Sila rasa bertuah sekarang! =p

*Duta Colgate*
Mirul dan Malek

Pertama sekali, biarlah saya bercerita tentang jejaka-jejaka yang memang maintain macho dalam kelas kami iaitu duta colgate kelas kami, En. YDP atau Encik Malek Husaini dan Encik Khairul Amirul. 


Malek ni anak jati Terengganu, cuma baru-baru ni saya baru tahu dia ada darah kacukan Jawa. Jawa dari Parit Raja katanya. Hmm. Malas nak kaji salasilah keluarga Jawa dia, tapi kalau ada sesiapa nak tahu lebih lanjut mungkin boleh tanya kepada Malek terus. Hehe. 

Sepanjang saya kenal Malek ni, dia seorang yang tegas, baik, pemimpin yang bagus. Dia juga seorang yang mudah tertawa dan mudah mengetawakan orang. Dia seorang yang matang walaupun usia dia muda setahun dari kami. Itu fakta penting tentang dia.



Jejaka macho seterusnya ialah anak jati Negeri Sembilan, Khairul Amirul. Rasanya classmate Bacarz dah masak sangat dengan kelincahan beliau mempoint orang. Siapa yang tak pernah kena point dengan Mirul? Haha. Satu yang saya tahu tentang Mirul, dia pandai. Lagi satu dia memang sangat lincah. Lincah dia mengalahkan lipas kudung tau (exaggerate jap). Haha. Mirul nampak macam otai, tapi dalam hati ada taman beb. Siapa tau. =p

*Gambar tembam zaman foundation*

Dan insan yang bertuah seterusnya ialah adik manis Lizah. Yang manis tu yang pakai tudung putih eh.Kami pernah duduk satu blok, berjiran di ceruk Blok G sana. Lizah seorang yang nampak macam garang tapi sebenarnya dia blur. Erk. Lizah jangan marah. Hehe. Dia seorang kawan baik, tabah, kreatif dan seorang Jawa tulen. Haha. Cakaplah Jawa dengan Lizah, dia faham je. 

Lizah, ingat tak kalau kat blok G dulu, kau suka ketuk dinding bilik. Sampai terganggu la Zaila kat sebelah. Haha. Kalau kita buat 'gathering' makan-makan dengar Zaila ke Maziah ke Emmy ke Lia ke buat lawak, mesti kau pending jap sampai orang lain kena explain balik kat kau and benda itu dah tak jadi lawak dah. Haha. Walaupun pun dah tak jadi lawak, tapi kependingan kau tu menghiburkan kami tau. Rindu itu zaman ;)

Untuk ketiga-tiga insan yang bertuah ini, 

Selamat Hari Lahir 

Panjang umur, murah rezeki

Bahagia dunia akhirat.

Seronok dapat berkawan dengan kamu semua. Thee.

Moga Allah memberkati hidup kamu.

P/s : Saya rasa bertuah dapat tulis entri untuk mereka. 

4 comments:

Anonymous said...

terasa hensem bila ada dedikasi macam ni kan. oih tekun sungguh menulis proposal. hehe. _ malekhusaini.

Ila Aqilah said...

ya malek, kamu hensem
tak tau la itu original tekun atau buat-buat tekun =p

NORJUNILAILA AZHAR said...

qila..npe xmention nme ak pon =( ak pon dduk blok G jgk dlu2.. =( ak pon join gk korg mkn2 dlu =( aku xmola kawan da ngn ko =(

Ila Aqilah said...

alalala..juni!
ok2..fibi mana lupe ko..
isk..tak mau la camtu
kita kawan tau