Followers

Thursday, December 30, 2010

Contest Aku dan Generasiku

Saya baca entry contest ni kat blog Adik Fini dan agak tertarik untuk join contest ni. Terima kasih fini =).

Ok, ni first time saya join contest sebegini. Apa yang menariknya contest ni ialah ia khusus untuk para pendidik juga bakal pendidik macam saya. Jadi saya layak join contest ni kan? hehe.




Syarat-syarat pertandingan:

  • Jadi Follower blog ieqa.
  • Copy banner di atas dan letakkan pada entry dan sidebar blog anda serta link kan ke entry ini. *tak nak letak kat sidebar pon tak pe. Tapi wajib letak kat entry ok*
  • Buat satu entry tentang contest ini . Tajuk: Contest Aku dan Generasiku.
  • Upload gambar anda bersama-sama anak didik/murid anda. [tak kisah bilangan murid tu. Sorang pun boleh ok]
  • Tuliskan pada caption:

1) Anda cikgu dari sekolah / IPG / IPT mana.
2) Cerita tentang gambar yang dipertaruhkan. Contoh: "gambar ni diambil masa buat praktikal / PBS di................." haa, paham tak?? hehe

  • Akhir sekali, tinggalkan link entry anda pada komen.
  • Tarikh tutup contest pada 11 / 1 / 11. (11 Jan 2011 @ 11.59 p.m). Gud luck yer! 

Dengan rendah dirinya, saya pertaruhkan gambar ini..


Saya Aqilah Hamzah, bakal pendidik dari IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bharu. (macam melapor diri tak? haha)

Gambar ni di ambil waktu praktikal dekat Sek. Keb. Tunku Abdul Rahman 2 atau lebih dikenali as STAR 2. Sekolah ni semua lelaki sebab tu tak wujud murid perempuan dalam gambar ni. Bukan sebab saya gatal nak amik gambar dengan budak lelaki je eh..ekeke.. 

Time ni ada latihan rumah sukan dan mereka tersangatlah excited. Tengok gambar pun tahu betapa excitednya mereka.

Yeah! Go Bendahara!
Cikgu pun semangat tau pakai baju sama warna dengan kamu semua. hehe.

P/s : Jom join sesiapa yang mau join.

Tuesday, December 28, 2010

Barakallah Ya Aisyah

Alhamdulillah, 25 Disember yang lepas Aisyah Sukimin selamat diijabkabulkan. Majlis akad nikahnya berlangsung di kampungnya dekat Inas, Johol. Tahniah Aisyah. =)

Walaupun tak dapat datang ke majlisnya, tapi liputan daripada Cik Syamimi Jani buat saya sungguh teruja. Bukan saya je excited, rakan-rakan yang lain pun sama. Haruslah excited sebab Aisyah orang pertama dalam batch kami yang berkahwin dulu. Hehe. Lagi pun hari bergelar menjadi isteri bukanlah perkara main-main. Ini bermakna tanggunggjawab semakin besar. Nervous ok. 

InsyaAllah majlis Aisyah tahun depan fibi datang. Mesti mau datang.

Gambar ihsan dari cik Syamimi dan Pn. Aisyah ;)
(facebook)

Lagi gambar ihsan cik syamimi 
bersama pasangan pengantin
(facebook)

Mengetahui Aisyah sudah memasuki alam rumah tangga, teringat artikel yang bertajuk Menjadi Satu Kerana Yang Satu yang ditulis oleh Ustaz Pahrol Mohammad Juoi. Dalam artikelnya ada mengatakan;

Dua hati yang beriman akan mudah disatukan.
 Jika dua hati mengingati Yang Satu pasti mudah kedua-duanya bersatu. 
Dua hati suami isteri akan mudah bersatu apabila iman dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan. 
Ingat, hanya dengan iman, takabbur akan luntur, cinta akan subur. 

Apa yang saya dapat simpulkan ialah jika niat kita dari awalnya kerana Allah, insyaAllah segala urusan akan dipermudahkan. Bila niat dimulakan kerana Allah, amalan mengingati Nya juga tidak akan luput.  

Lagi sekali nak petik ungkapan terakhir dalam artikel yang sama;
Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. 
Kita dan dia hakikatnya satu. 
Hati kita masih dua, tetapi dengan iman hati menjadi satu. 
Bukan satu dari segi bilangan tetapi satu dari segi rasa,

Fibi nak bagi kata-kata gempak pun fibi tak kahwin lagi. Hehe.Semoga Aisyah berbahagia dengan encik suami hingga ke akhir hayat. Amin.

P/s : Semoga Allah permudahkan urusan saya juga.

Saturday, December 25, 2010

Kain Pertama

Lagi hasilnya..



Setelah belajar jahit baju kurung,
maka haruslah saya meneruskan sesi pembelajaran
dengan belajar jahit kainnya pula.

So far, jahit kain boleh la.
Tak banyak nak gunting-gunting 
macam gunting kain untuk baju.
Tapi masih ada part-part yang agak merumitkan.
Adat orang baru nak belajar.

Menjahit memerlukan ketelitian yang sangat tinggi.
Mak cik saya merangkap guru jahit saya pesan,

"kalau tak ada minat jangan belajar jahit,
buang masa orang mengajar je."

Jadi bila ada minat, perkara-perkara lain datang dengan sendirinya.

=)

P/s : Minat tak jadi cikgu?

Wednesday, December 22, 2010

:: words 9 ::

"..be patient
without no action
is no use.."



P/s : Kamu cukup berani.

Monday, December 20, 2010

The Last Cheerleader


This book was a gift from lovely friends, Lia and Emmy. 


Aren't they so sweet? 


Yes, sweet enough to have them as my friends =)

I love this book as I already read it for the fourth time. This novel was about a literary agent, Mary Beth who face a lot of troubles after her ex husband and her bestselling author were killed. It was not enough when an old friend, Lindy, suddenly shows up with troubles of her own. Everything turns into mess but still she face it toughly. She was accused for killing her ex husband and her author. She needs to find the real killer and on her way trailing the killer she uncover more than she bargained for.


P/s : Teringat zaman orientasi duduk kat dorm ngan kome-kome semua.

Sunday, December 19, 2010

Kuih Talam Pisang

Bosan minum petang asyik makan cengkodok pisang je, mak pun ajak buat kuih talam pisang ni. Rumah ni banyak sangat pisang emas. Tak kuasa nak bawa pergi belayar, kami buatla makan sendiri. Hehe. Jom try.

Bahan-bahan A (layer bawah)
Sesikat pisang
1 cawan gula merah
1 biji telur
1 cawan kelapa parut
sedikit garam

Bahan-bahan B (layer atas)
1 cawan santan
3 sudu tepung
sedikit garam

Cara-caranya :
Lenyek pisang dan gaulkan sebati dengan gula merah.

Kemudian, masukkan telur, kelapa parut dan sedikit garam. Gaul lagi sehingga sebati.

Bila dah sebati, sapukan minyak atau marjerin dalam loyang.

Masukkan adunan di atas ke dalam loyang dan ratakan. 

Kukus ia lebih kurang 15 hingga 20 minit.

Sementara menunggu bolehlah sediakan layer atas dia pula.

Gaulkan santan, tepung dan garam sehingga sebati.

Bila adunan yang dikukus tadi hampir masak, masukkan pula adunan layer atas ini.

Biarkan dalam15 hingga 20 minit juga.

Siap untuk dihidang!  

Hiasan semata
(Amik kat google)

P/s : Ayah cakap sedap, mak bukan main bangga lagi. =)

Saturday, December 18, 2010

Baju Pertama

Setelah sekian lama menuntut akhirnya inilah hasilnya!




2 baju pertama hasil jahitan sendiri ni.
Jangan zoom! jahitan tak kemas, harap maklum. =p

Mana kainnya?
Untuk pengetahuan umum, saya tak belajar lagi jahit kainnya. Haha.

Tapi jangan risau, saya pasti belajar jahit kain baju kurung.
Sebab saya takkan pakai baju ni tanpa kainnya.
Siapa yang nak pakai baju ni tanpa kain dia kan? isk.

Tapi kan kalaulah disuruh buat lagi satu baju kurung,
memang takkan dapat sebab dah lupa step.
Huhu. Ok, need more practices qilah.

P/s : Mak ayah cakap saya slow learner. Haha.

Thursday, December 16, 2010

2 Kali Setahun

Biasa orang sambut birthday sekali setahun, tapi kami sambut 2 kali setahun. Siapa sangka, saya dan Wani sambut birthday 2 kali tahun ni.  Tak tau la nak rasa berlagak atau pun malu. Haha.

kami mangsa penipuan..isk

Ini semua gara-gara Anis yang tetiba ada hati nak sambut birthday kami awal. Padahal awal tahun ni kitorang kena 'krek' sama-sama. Tak caya, baca sini . Kami celebrate sama-sama lagi. Anis banyak sangat menipu hari tu dan bersama-sama beliau Ira, Mesul dan Syah. Korang memang pandai sangat berlakon hari tu. Serius qilah betul-betul terkejut wei! Haha. Anis, nasib baik kamu tak kena sakit perut betul-betul =p.

Oh ya, kejadian tipu-menipu ini berlaku waktu kami di Putrajaya selepas selamat menghadiri kenduri kahwin Kak Amin dan Abg Hafiz Ahad lepas. Tahniah Kak Amin =). Selingan jap buat pengantin baru. Hehe.

Plan korang memang menjadi. Tempat nak celebrate tak nak sweet plak, depan tasik, atas tangga, bawah lampu. Ecece, tak sangka kamu-kamu ni sweet kan. Hehe. Kek yang sedap sangat-sangat sampai Wani yang mengidam cupcake pun lupa cupcake lepas makan kek tu. Thee. Terima kasih. Touching. Isk3. Next year sambut lagi eh. Haha

siapa ntah yang potong kek comot.

P/s : Lupa nak bagi kek kat bos. Thee..Sorry bos =(

Tuesday, December 14, 2010

Muffin

Minggu lepas sempat cuba buat muffin. Selepas refer banyak resepi dari macam-macam sumber, kami putuskan guna tepung muffin sedia ada yang tinggal tambah air, telur dan dan butter. Haha. Mak cakap kita kena ada confidence. So nak build confidence untuk buat muffin ni kita mulakan dengan benda yang senang-senang.

Guess what? Percubaan pertama buat muffin menjadi! Oyea! Gembira sampai setiap masa asik ngadap muffin yang dah siap bakar. Walhal pakai tepung sedia ada je. Thee..Takpe lepas ni boleh try resepi muffin Teacher Ruby dan Teacher Dekyah


P/s : Tqa ngan Cla buat kek coklat! Cayala adik ila =)

Wednesday, December 8, 2010

Hijrah

"Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan'

Seringkali kita terdengar bait-bait senikata lagu ini berkemundang ketika datangnya awal Muharram. Sememangnya ia berkait rapat dengan proses hijrah Kaum Muhajirn ke Kota Madinah. Jom kita singkap sejarah   hijrah kaum ini serba sedikit serta perkaitan dengan lirik ini.

Hijrah itu Perjuangan.
Penghijrahan kaum Muhajirin dari Mekkah ke Madinah atau Yathrib pada ketika itu adalah satu perjuangan menyebarkan agama Islam.  Di Mekah, pada ketika itu dikuasai oleh kaum Musyrikin dan mereka tidak memberi ruang kepada umat Islam membentuk masyarakat Islam. Makanya mereka berhijrah ke Madinah untuk membentuk masyarakat Islam.

Hijrah itu Pengorbanan
Kaum Muhajirin telah melakukan banyak pengorbanan ketika berhijrah. Terdapat dua keadaan yang sukar diterima untuk kaum ini iaitu :

  1. Meninggalkan tanah air, sanak saudara dan harta benda.
  2. Pergi ke satu tempat belum tentu menjamin kehidupan yang lebih baik.

Hijrah itu Persaudaraan 

Rasulullah s.a.w bertindak mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Kaum Ansar dan tindakan ini dipersetujui kedua-dua kaum ini. Setiap orang Ansar akan mengambil seorang Muhajirin untuk dijadikan saudaranya. Dengan persaudaraan ini, orang Muhajirin dan Ansar dapat menyebarkan agama Islam dengan lebih luas lagi.

Hijrah Membentuk Perpaduan
'Kesatuan dan perpaduan sesama mukmin merupakan asas kekuatan masyarakat dan umat.' Atas dasar ini, Rasululullah s.a.w mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar sekaligus membentuk perpaduan antara kedua kaum ini. 

Harap input ini sedikit sebanyak memberi kesan buat kalian. Renung-renungkan dan selamat beramal ;).

P/s : Ayuh berhijrah ke arah yang lebih baik =)

Sunday, December 5, 2010

Cuti oh Cuti

6 minggu saya bercuti. Panjang tak? 6 minggu ni gak saya banyak menghabiskan masa kat rumah. Tak berminat nak amik kerja part time kat luar jadi saya buat part time sendiri kat rumah jadi suri rumah. Haha. Haruslah tolong mak kat rumah. Tolong ringankan kerja mak. Bukan senang nak buat kerja rumah. Kan mak kan? 

But still saya ada perancangan saya sendiri sepanjang cuti ni. Antaranya;

Saya belajar menjahit. Fuuh. Caya tak caya? Ok kelas menjahit akan bermula minggu depan. Belajar dengan makcik. Senang nak deal. Hehe. Good Luck Aqilah! 

*kain yang bakal jadi mangsa saya =p*

Belajar memasak. Yup ni ongoing process. Tiap kali balik rumah memang saya ada kat dapur. Tapi kali ni nak try masak macam-macam. Kalau boleh nak try masak muffin, kek, kuih dan lain-lainlah. Sedap tak sedap nasib badan yang kena makan. Haha.

Lagi, saya sedang gila tengok cerita Hana Kimi versi Jepun. Tak taula tajuk dia ni betul ke tak tapi rasanya memang ni la tajuknya. Jadi dalam cuti ni saya akan habiskan cerita ni. By hook or by crook kena abiskan gak. Cerita siri cam ni tak boleh nak tangguh-tangguh. 


Cuti macam ni gak saya amik peluang membaca sebanyak yang mungkin. Memang itu hobi pun. Ceh, lame hobby. Hehe. Terbaru, Tqa ngan Afiq promote komik, Lawak Kampus dan Eli. Komik pun satu bahan bacaan.

Menghabiskan masa main sudoku. Addicted wei! Dah habis sebuku ni, duk padam buat balik, padam buat balik sebab nak tunggu beli buku baru tak beli-beli. Ada sesiapa nak sponsor? ;)



Banyak lagi benda nak buat. Tapi cukuplah setakat ini. Perkara lain yang biasa saya buat akan diteruskan macam biasa. Harap cuti ni akan dimanfaatkan sebaiknya =)

P/s : Cuti kedua terakhir sebelum jadi guru sepenuhnya.


Friday, December 3, 2010

Program Solidariti IPG KTI di Bumi Kemboja

Okey, saya lambat..bukan lambat sehari, 2 hari atau 3 hari tapi dah hampir seminggu saya lambat untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan JPP ke 45 sebab berjaya melaksanakan Program Solidariti di Bumi Kemboja. Tak kisahlah, janji saya nak juga ucapkan tahniah. Hehe.

Bagi mereka yang tak tau apa benda sebenarnya program ni, meh cik Affini tolong terangkan lebih lanjut. (Sila klik pada nama cik Affini, sekian.)

Serius, program ini memang memberi banyak pengalaman buat mereka yang mengikutinya. Orang kata belajar dari pengalaman tu lagi berkesan. Tapi bagi mereka yang tak dapat ikut program ini pun still boleh dapat macam-macam input gak. Tak caya, cuba baca blog Nurul Hidayah . Banyak perkara baru yang di share penulis kat sini tau. *promote ni dekyah ;)* 

Membaca dan mendengar pengalaman dari Malek serta rakan-rakan yang lain, saya berasa amat bersyukur kerana mampu untuk hidup dengan kemudahan yang serba serbinya cukup. Alhamdulillah. Harap masyarakat di Kemboja juga akan menggapai kesenangan yang mereka impikan.

Pada masa yang sama juga, rakan saya yang ni masih sempat masuk contest dengan menghantar gambar seorang warga tua dari Kemboja. Rakan-rakan pembaca sila undi gambar candid  Hazwan Serman. Thee..terima kasih! Good Luck Wan.

Papehal pun, tahniah kawan-kawan =).

P/s : Mak qilah cakap, dia nak join kalau korang buat program camni lagi..haha.