Alhamdulillah, 25 Disember yang lepas Aisyah Sukimin selamat diijabkabulkan. Majlis akad nikahnya berlangsung di kampungnya dekat Inas, Johol. Tahniah Aisyah. =)
Walaupun tak dapat datang ke majlisnya, tapi liputan daripada Cik Syamimi Jani buat saya sungguh teruja. Bukan saya je excited, rakan-rakan yang lain pun sama. Haruslah excited sebab Aisyah orang pertama dalam batch kami yang berkahwin dulu. Hehe. Lagi pun hari bergelar menjadi isteri bukanlah perkara main-main. Ini bermakna tanggunggjawab semakin besar. Nervous ok.
InsyaAllah majlis Aisyah tahun depan fibi datang. Mesti mau datang.
Gambar ihsan dari cik Syamimi dan Pn. Aisyah ;)
(facebook)
Lagi gambar ihsan cik syamimi
bersama pasangan pengantin
(facebook)
Mengetahui Aisyah sudah memasuki alam rumah tangga, teringat artikel yang bertajuk Menjadi Satu Kerana Yang Satu yang ditulis oleh Ustaz Pahrol Mohammad Juoi. Dalam artikelnya ada mengatakan;
Dua hati yang beriman akan mudah disatukan.
Jika dua hati mengingati Yang Satu pasti mudah kedua-duanya bersatu.
Dua hati suami isteri akan mudah bersatu apabila iman dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.
Ingat, hanya dengan iman, takabbur akan luntur, cinta akan subur.
Apa yang saya dapat simpulkan ialah jika niat kita dari awalnya kerana Allah, insyaAllah segala urusan akan dipermudahkan. Bila niat dimulakan kerana Allah, amalan mengingati Nya juga tidak akan luput.
Lagi sekali nak petik ungkapan terakhir dalam artikel yang sama;
Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat.
Kita dan dia hakikatnya satu.
Hati kita masih dua, tetapi dengan iman hati menjadi satu.
Bukan satu dari segi bilangan tetapi satu dari segi rasa,
Fibi nak bagi kata-kata gempak pun fibi tak kahwin lagi. Hehe.Semoga Aisyah berbahagia dengan encik suami hingga ke akhir hayat. Amin.
P/s : Semoga Allah permudahkan urusan saya juga.
8 comments:
kak qilah nnti jgn lupe jemput tauuu :P
ha'ah kak qilah..nanti jemput tau :p
hehe..kak qilah bila?
haha..tak kan lupe jemput kamu semua..
tapi ini post fokus kat Pn.Aisyah k..
qilah belum lagi la..adeh..
qilah bile lak ni..hehehhe
tunggu kak yana dulu =)
tibe2 nak kawen..tp calon xde lagi..hahaha...
gna, ko buat cara tradisional
suh mak yah carikan..mcm seronok je cara tu..hehe
Post a Comment