Followers

Thursday, September 9, 2010

Suasana Berbuka Puasa

Kita dah semakin hampir dengan penghujung Ramadhan. Actually bukan semakin, sudah pun hampir ke penghujung Ramadhan. Esok dah masuk bulan Syawal.Selamat tinggal Ramadhan, semoga jumpa lagi tahun hadapan, insyaAllah.

Apa yang saya nak kongsi ialah suasana berbuka puasa. Bagi saya, suasana berbuka puasa paling meriah bila bersama-sama berbuka puasa di rumah bersama keluarga. Al-maklumlah bila berpuasa seharian, dia punya excited nak berbuka itu lain macam. Lagi-lagi makan masakan emak. Sedap!

Bila nak berbuka, ayah dah relax duduk dulu depan televisyen tengok-tengok apa yang menarik untuk ditonton. Emak sibuk di dapur, hidangkan juadah berbuka dan masa ini anak-anak perempuan dia pun menyibuk gak lagi-lagi Tiqah dan Silah. Haha. Berebut nak kan mi yang banyak lah, nasi yang banyak, ayam yang besar lah..haha..Kecoh kalau mereka ke dapur. Nenek selalu lambat. Hmm. Bukan apa, dia suka mandi masa dekat-dekat waktu nak berbuka dia kata dia nak ambil wudhu' terus. Afiq adalah harapan kami. haha. Dia akan setia dengar radio tunggu azan dan tengok decoder astro untuk tengok jam. Ayah kata jam astro tepat. Bila dia kata "Dah buka!", ayah pun baca doa buka puasa dan kami makan sama-sama. Seronok dan nikmat dia memang terasa.

Islam itu indah. Nampak macam perkara biasa, berbuka puasa bersama-sama, tapi banyak kelebihan dan salah satunya ialah mengeratkan ukhwah silaturrahim. Bukan sahaja di kalangan keluarga, kita juga boleh mengamalkannnya bersama rakan-rakan. Jangan hanya sekadar berbuka puasa bersama-sama, kita masih boleh meneruskan amalan sebegini dengan makan bersama-sama tidak kiralah makan tengahari, sarapan atau malam. Ia menyeronokkan daripada makan bersendirian.

P/s : Bacarianz banyak kali makan bersama-sama..hehe.

2 comments:

zura said...

Ia menyeronokkan daripada makan bersendirian.

hahah ayat Fibi mmg terbaek. cam buat karangan pulak :P

nak wish kat sini jgk selamat hari raye! dah nak habis dah ramadhan kan. sedihnya saya tak dapat puasa SEPARUH bulan tahu sob3
bersyukurlah anda kerana dapat berbuka & beraya dgn family :)

Fibi nak duet ghayeeee ^^

Ila Aqilah said...

haha..tu la macam karangan tau..mmg karangan la zura..

isk3..sedih gak..amboi lama banau tak puasa..huhu..ada sebab takpe =)

alhamdulillah..tunggu zura balik malaysia eh, nanti buka sama-sam ngan keluarga tercinta..pergh! hehe

sorry, fibi tak kerja lagi..haha..