Assalammualaikum
Salam Sejahtera
Duduk update folder sana sini dalam laptop, terjumpa folder picture zaman-zaman foundation.Gambar 4 tahun yang lepas. Waaa. Tak cayalah saya dah jadi student final year. Tengok gambar-gambar ni terasa macam baru semalam je daftar masuk IPG isk.
Salah satu folder gambar yang paling excited saya nak tengok ialah gambar-gambar time kami pergi Pulau Sibu untuk pendidikan luar bersama pensyarah kami, En.Md. Jasa. Tima kasih En.Md. Jasa :)
Pulau Sibu ni terletak dalam Johor. Untuk sampai ke sana, kami menaiki bot di Jeti Tunjuk Laut, Tanjung Leman, Mersing.
Perjalanan menaiki bot ni tidak mengambil masa yang lama, tak sampai 1 jam pun kalau tak silap. Tapi peninglah. Huhu.
*muka excited padahal tahan nak muntah :p*
*Mereka yang mengemudi bot ni*
...tangan di bahu mata kat atas...
Apa yang menariknya mengenai Pulau Sibu ni ialah laut dia. Laut dia tersangatlah cantik dan jernih, sesuai untuk aktiviti snorkeling. Selain snorkeling, ada aktiviti merentas hutan, kembara malam, banana boat rides, memancing, berkayak, berkhemah dan macam-macam lagi lah. Oh ya, tak nak terlupa, suit honeymoon pun ada tau! Maju tak maju Pulau Sibu ni. Kehkehkeh.
*Aktiviti tanam orang dalam pasir tu adalah rekaan mereka sendiri..haha.*
Aktiviti kami sudah ditetapkan oleh pensyarah kami. Aktivit utama kami ke sini ialah snorkeling. Best! Sebab sangat-sangat cantik laut dia. Nampaklah segala bagai hidupan dalam laut tu. Tak rugi tau.
Sepanjang kami berada di sini, kami tidur kat chalet. Lupelah nama chalet tu apa tapi kami siap pakej, makanan disediakan dan makanan dia memang superb! Sedap-sedap sampai menjilat jari. Nyum!
*tak clear sangatlah gambar chalet kami*
Bila malam, kami jalan kembara malam. Sebelum tu sempat buat unggun api, duduk ramai-ramai buat aktiviti yang dah dirancang.
Bila time nak balik, masih sempat camwhore jap. Thee. Sayanglah nak tinggalkan Pulau Sibu ni.
..Apa pun..
Tata Pulau Sibu~
Ada masa, ada duit, kami datang lagi..mana tau nak buat reunion ke. Amboi. Haha.
P/s : Nak update lah aktiviti Bacarz :)
16 comments:
best !
best kan? :)
cantiknyee pulau ni
cantik..sangat :)
qla: kitorang pun ade g sane mase foundation..memang best !
hehe,,,akak2 comel
skrg dah lawa2 belaka
ehem,,nk g jgak ke Pulau Sibu :D
kak oumi, kite rasa rata-rata sume g tempat yg sama time foundation..hehe..tapi mmg best kan!
fuh lama gila doh benda ni. tapi best kan dulu. masing2 innocent je semua. haha.
izz..tak mau cite, dulu kami comot2 tau..haha
ahem..buleh2..g la ajak org tu eh? ekeke
malek, a'ah..especially kau! lain bak! haha
nk pegi snorkeling...huhuhuhu:(
ahem,,,hoho...have a nice holiday ye kak Qila...:D
tiqah, sabah banyak tempat bah nak snorkeling..hehe
ekeke..happy holiday gak izz :)
aku memang terharu tgk gmbr2 lm ni...bacarz da bezzz la beb!!
kan? isk2...always da best lah :)
Post a Comment