Followers

Sunday, April 24, 2011

Ketam Tumis

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Pagi tadi lepas jogging, sempat sarapan dengan beberapa orang rakan Bacarz. Make nasi dagang. Kira sarapan beratlah tu kan? hehe. Makan-makan, teringat masakan kat rumah pulak. Huhu.

Last week balik rumah sempat try masak ketam tumis. Ketam cuma ada 2 ekor je, nak masak lemak macam tak berbaloi je, tu yang tumis kan je. Nak try tak? ce try, ce try..thee


Bahan-bahan
Ketam
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Cili
Lada besar
Garam 
Gula

Cara Memasak
Pertama sekali mestilah siang, basuh ketam semua tu kan.

Lepas tu hiris bawang besar, bawang putih, halia, cili dan lada besar.

Panaskan minyak, dan masukkan semua bahan yang dihiris.

Tumis sampai naik bau baru masukkan ketam.

Letak sikit air, garam dan gula.

Gaul sampai rata dan rasa.

Dah ok, tunggu ketam masak lepas tu dah boleh hidang.



Memang simple pun..haha..sebab nak gak masak ketam 2 ekor tu. Inilah first time try masak ketam. Huhu.

P/s : Kalau arwah nenek ada, mesti ada je bahan dia tambah..nenek pandai masak.

Friday, April 22, 2011

::words 14::



I don't know about my grade,
whether it is A, B or C


but at least I knew my kid's achievement


They did well ;)


P/s : Final observe for English, done!

Tuesday, April 19, 2011

Action Research 4

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Minggu ini minggu proposal Pismp Matematik. Cop! Bukan Pismp Matematik je, satu batch kena sindrom proposal ni baik kanak-kanak Sains, RBT mahu pun PJ. Rasanyalah. Tapi apa yang confirm warga Bacarz memang tengah bertungkus-lumuslah kan? Kan??

*ini antara contoh mereka yang bertungkus lumus..hmmm*


Due date untuk assignment ni ialah 22hb April bersamaan hari Jumaat minggu ni tau. Setakat ni, semua dah ada progression masing-masing. Kat sini saya cuma nak share beberapa artikel atau jurnal yang berkaitan dengan tajuk saya, kot-kot boleh membantu yang lain. Cuba terjah :

  1. Kaedah pelbagai hafal sifir
  2. Kaedah petak sifir
  3. Penyelesaian masalah Matematik
  4. Penguasaan kemahiran asas 3M
Mana tau membantu kan, trylah terjah. Kalau ada lagi saya tambah lagi. Huhu.

P/s : Sedang khayalan tak menjanjikan, segunung kebahagiaan. *takde kaitan*

Monday, April 18, 2011

Present or Parent


Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Sewaktu mengajar Bahasa Inggeris di dalam kelas 5G.

Teacher : Now, I will read the story first and then you'll repeat after me.

Tengok, muka masing-masing, terkebil-kebil.

Teacher : Do you understand?

Kids : Yes!

Teacher : (hmm..yes kan saja)

Seperti yang dinyatakan sebelum ni, cikgu pun mulalah membaca cerita dengan penuh semangat dan murid-murid ikut. Kelihatan ada anak muridnya yang sedang berangan. 

Teacher : (oh, tak fokus!)

Cikgu berhenti membaca tiba-tiba. Semua senyap.

Teacher : If you all read well, I'll give you present.

Kid : Wei, baca betul-betul lah! Nanti mak ayah kita nak datang!
(penuh semangat murid ni tegur kawan-kawan dia)

Teacher : Hmm..

Tak tahu nak respon macam mana, tapi dalam hati senyum girang wei.



P/s : Kanak-kanak, kamu sangat comel!

Friday, April 15, 2011

You Got Me

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

This song is just so sweet and this video is so cute!!
This song was sang by Colbie Caillat. 
I'd put the song in my blog's playlist. 

But I think, you should watch this video.
Cutelah.
I found it from youtube.
Serious, cute!



P/s : Yes, you got me.

Wednesday, April 13, 2011

Praktikum Fasa 3

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Tinggal lagi sebulan, lepas tu tamatlah praktikum fasa 3 ni. Yeah! Tak sabar nak habiskan praktikum ni. Tetiba terasa kejap je 3 bulan ni. Tapi kan, kalau diberi peluang suruh sambung praktikum ni still mahu tolak. Hehe.

Entri ni sepatutnya ditulis di awal praktikum ini bermula tapi tu lah, delay punya delay baru hari ini rajin nak tulis. Thee.

Praktikum kali ini saya mengajar di Sekolah Kebangsaan Mohamad Khir Johari. Sekolah ini tak jauh tapi dekat dengan IPG tercinta. Rasa cam lain macam plak ayat ni. Abaikan. 

Tentang sekolah, overall is ok! Serius ok, rasa-rasa nak pilih sekolah untuk praktikum atau nak posting, saya suggestkan kalian-kalian ke sekolah ini. Hehe.

Kalau yang lepas, saya berpraktikum dengan Ira, Lea dan Atha (teringatlah practicummates yang lepas, rindu mural diorang :p),  kali ini saya berpraktikum dengan Anantha, Grace dan Adam.  Tak lupa, dua orang adik junior yang baru start praktikum fasa 1 mereka, Sheela dan Shantiny. Merekalah practicummates saya untuk 3 bulan ni.

*Ada berapa orang dalam gambar ni?*

So, final practicum ni rasanya semua orang dah lali dengan observation. Ada yang buat sehabis baik tapi still kena condemn, ada yang buat simple tapi dipuji melambung bagai. Ini semua ujian buat kita. Praktikum ni bukan sahaja mengajar kita cara untuk mengajar kanak-kanak, tapi ia juga mengajar diri kita sendiri untuk menjadi lebih matang dalam menghadapi ujian-ujian macam ni. 

Apa pun, saya rasa semua orang sehabis baik cuba mengatasi dan menghadapi masalah-masalah yang mereka hadapi sepanjang praktikum kali ni. Tahniah kawan-kawan. Semoga Allah permudahkan urusan kalian. Amiiiin.

Walau besar macam mana pun ujian tu, sila ingat priority kita ke sekolah ialah untuk mengajar anak-anak yang comel ni. Jom tetapkan niat kita untuk mendidik mereka sehabis baik.


Buat rakan praktikum saya kali ni, serius saya katakan mereka sangat gila. Haha. I mean, gila-gila eh. Don't get me wrong Anantha, Grace. Seriously, I don't feel any pressure at all, so should be grateful. Thee. Thanks a lot guys <3

Lastly, nak bagi tau, tak sabar nak redah final observe! Hmm..

P/s : Bersyukur dengan setiap apa yang kita ada.

Monday, April 11, 2011

Sama tak?

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Cuba tengok gambar ni.


Ignore that two-half-women-faces
Focus on the man between them.

Hmm..secara sisi memang tak kan perasan,
tapi kami perasan.

Nak tau apa?
Hanya mereka-mereka ini je bertuah 
yang tahu..


Wajah-wajah yang tumpang bangga..
haha


P/s : Ia ada kaitan dengan label post ini. Sekian.

Saturday, April 9, 2011

Muslihat Mereka

Di suatu petang yang hening, 4 sekawan guru perempuan pulang dari suatu tempat. 4 sekawan ini diberi gelaran Peah, Bedah, Tipah dan Jenab. Peah memulakan perbualan.

Peah : Kalau korang dah ada anak, korang nak ngajar anak korang sendiri ke kat sekolah nanti?

Bedah : Hmm...tengoklah dulu, tak fikir lagilah.

Peah : Mana boleh tak fikir! kita kena fikir dari sekarang. Ini soal masa depan!
(bukan main semangat dia cakap, sambil tangan dia di bahu)

Jenab : Hmm..Peah, ikut pengalaman ko macam mana? Mak ko ajar tak ko kat sekolah dulu?

Peah : Tak merasalah, sebab mak tak sempat ngajar Peah dah pindah sekolah.

Tipah : Rasanya better bawa anak kita ikut pergi sekolah kita. Kita boleh kawal sikit perangai anak kita.

Peah : Tak pun kita hantar anak kita pergi sekolah ayah dia. Haha
(sambil gelak keji)

Tipah : A'ah kan! Boleh dia tolong tengok sekali perangai ayah dia.

Jenab : Tengok ayah dia kawan siapa. Perempuan ke lelaki.

Bedah : Tengok sikit ayah dia menggatal ke tidak. Haha

Tipah : Seriuslah, kita patut hantar anak kita pergi sekolah ayah dia. Ok?

4 sekawan ini diam seketika dan memikirkan jawapan kepada persoalan tadi dengan seriusnya. Setelah beberapa minit, mereka gelak besar. Sambil gelak, mereka membuat perjanjian 10 tahun akan datang untuk melihat siapa yang akan melaksanakan cadangan yang sangat bernas ini.

Sesiapa yang setuju cadangan ini, boleh ikut Usop eh. Hehe.



P/s : Cerita ini hanya rekaan semata-mata ;)

Wednesday, April 6, 2011

::words 13::

It is alright if you want to cry



But it is not alright if you keep crying.

P/s : Every single thing that happened must have a reason...

Tuesday, April 5, 2011

Nenek............

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

19.03.2011
Saya bersiap untuk pulang ke kampus tercinta. Hari ini pulang awal sehari sebab dah janji dengan roommate nak sama-sama kemas bilik dan angkut awal-awal barang-barang yang simpan dalam stor.

Ayah dah panggil, jumpa nenek dulu jap. Nenek demam.

"Nek, Ila nak balik sana eh?"

Nenek pun jawab;

"Kalau kau balik sana, siapa nak balik sini?"

Senyap kejap. Fikir apa jawapan nak bagi eh. Ok, takde jawapan yang tepat untuk diberi. Sambil tersengih saya salam, peluk, cium nenek sambil cakap ;

" Nanti lagi 2 minggu Ila balik, ok?"

Nenek senyap. Saya pesan lagi sebelum pergi ;

"Nenek jangan lupa tau, makan. Makan baru sihat."

Lately, nenek kurang selera makan. Demam kan. Huhu.

01.04.2011
Hari ini memang plan nak balik rumah. Nenek masuk hospital semalam. Dalam perjalanan pulang, mak call

"Ila, jangan rush..cakap dengan Apad, drive slow-slow."

"Ok, mak"

Baru nak tanya keadaan nenek macam mana, mak dah cakap;

"Nenek dah meninggal"

Speechless......

*Last picture saya dan nenek*

Kami tinggal dengan nenek sejak kami dilahirkan lagi. Mak ayah pergi kerja, neneklah yang jaga kami. Kami memang rapat sangat dengan nenek. Pantang silap buat kerja sikit memang confirm kena marah dengan nenek. Hehe. Nenek garang tau. Garang dia bermaksud untuk mendidik. Paling takut kalau nak masak untuk dia. Huhu. Takut tak sedap.

Nenek pemurah. Apa yang dia ada atau dapat mesti dia kongsi dengan kami. Thee. Banyak ke sikit ke mesti dia offer kat semua orang. Nenek seorang yang sangat-sangat kuat semangat. Dia jatuh, dia sakit mesti dia buat juga rutin harian dia macam biasa. No excuses. Lepas ni dah tak dengar suara nenek panggil-panggil kitorang. huhu.

Al-fatihah, semoga arwah nenek ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh serta solehah. Amiiiin.

P/s : Lepas ni dah takde cerita saya dan nenek saya. ;(