Followers

Sunday, March 28, 2010

Seminggu Menjadi Guru

Yup! Genap seminggu saya berpraktikal. Seminggu yang sangat kelam-kabut. Seminggu yang sangat penat. Seminggu yang penuh ketakutan. Hehe. Mungkin sebab pertama kali masuk mengajar. Tambahan pula mengajar di sekolah di mana semua pelajarnya lelaki.Huhu.

Seminggu ini saya faham perasaan seorang guru bila :
  1. Guru mengajar di depan, anak murid bermain di belakang.
  2. Guru mengajar, anak murid bising berborak.
  3. Guru mengajar, anak murid tidak faham apa yang di ajar.
  4. Guru beri kerja rumah, anak murid tidak buat.
  5. Guru beri nasihat, anak murid tak nak dengar.
Tapi saya beruntung, kerana anak-anak murid saya sedia menerima saya sebagai guru mereka. Walaupun mereka nakal, tapi mereka masih membuat kerja rumah yang diberi, cuba memahami apa yang guru ajar. Walaupun begitu, saya masih perlu bekerja kuat, memerah otak mencari idea agar mereka seronok dalam kelas saya dan faham apa yang saya ajar.

 *kanak-kanak pandai berposing..hehe*

Ya Allah, lembutkanlah hati anak-anak murid ku, terangkanglah hati mereka. Semoga mereka berjaya di masa hadapan kelak. Amin.

P/s : Baru saya tahu perasaan guru saya. Isk2.

Saturday, March 20, 2010

T-shirt Muslimah

Sekarang, t-shirt muslimah ini mula bertempat di hati ramai kaum wanita. Hopefully, anda bukan memakainya keran 'trend' masa kini tetapi niat menutup aurat kerana Allah. Alhamdulillah.
 
 

Ramai juga yang jadi dealer menolong stockist menjual t-shirt muslimah ini termasuklah rakan seperjuangan saya, Hazwani aka wawa/wer/wani. Ternyata t-shirt muslimah ini bukan sekadar direka untuk menutup aurat, tetapi ia juga selesa dipakai. T-shirt ini terdapat dalam pelbagai rekaan dan corak. Jadi kita ada banyak pilihan untuk memilihnya. Oyea!

*gambar hiasan semata*

Bagaimana kita dapat memilikinya??

Senang sahaja! Sekarang t-shirt ini banyak dijual melalui talian internet. Taip 't-shirt muslimah', berduyun-duyun pages keluar tentangnya. Hehe. Jadi tunggu apa lagi, sila dapatkannya segera!

P/s : Ada sesiapa berminat dengan shawls and japanese cotton. Kawan saya menjualnya. Mahu? Sila pergi sini

Rancangan Mengajar Tahunan

Praktikal semakin hampir. Persiapan masih kurang. Peringatan buat diri saya sendiri. Huhu.

Buat rakan-rakan guru pelatih sekalian, jika anda masih belum mempunyai rancangan pengajaran tahunan yang sangat penting ini, anda boleh memuat turun ia dengan klik sini.

Selamat bertugas rakan-rakan. All the best!


P/s : Mr.Lui, I'll try my best!

Thursday, March 18, 2010

Ignore the Teary Tricks


" Little children is the best negotiator in the world.......they can win their negotiation because their tendency to cry whenever their efforts look to fail..."


This statement was wrote by my friend, Malek in his blog. Yes, I do agree with him. But there are some reasons that parents can not follow their children's teary tricks. Malek brought one of my childhood's memories back.

It happened when I was 7 years old. My father woke me up for Subuh's prayer. I cried because he disturbed my sleep. Seriously I was so lazy. I just wanted to continue my sleep. I cried out loud when my father keep calling my name (the sign of rebellious..hehe). He still persuaded me to wake but he did not scolded at me. I lost in the battle. We performed our Subuh's prayer together.

Yesterday, he reminded us about 'solat 5 kali sehari'. He told us, if he did not forced me at that time, I might not use with Subuh's prayer. In the end, I get the benefits. He is doing his responsibilities as a leader of a family.


Thank you ayah!

P/s : Pernah kena rotan dengan ayah sebab tinggal solat..haha..

Cekodok Pisang

Dalam minggu ini, lebih kurang 3 kali nenek mintak cekodok pisang. Sedap memang sedap tapi kalau dah selalu sangat makan jemu la nek. Huhu. Tapi sebab nenek yang mintak, kami tunaikan juga  permintaan beliau. Macam biasa, kita layan neneknya resepi..zzzaaassss...



Bahan-bahan
Sesikat pisang emas (lebih kurang 10 biji)
Secubit garam
1 sudu gula
3 senduk tepung
1 gelas air
Minyak

Cara Memasak
1. Masukkan kesemua pisang ke dalam mangkuk dan leyekkan ia.
2. Kemudian bubuh secubit garam dan sesudu gula lalu leyekkan bahan-bahan ini bersama.
3. Masukkan tepung ke dalam bahan tadi. Gaul ia bersama.
4. Tuangkan air ke dalam bahan di atas dan gaulkan ia lagi.
5. Panaskan kuali dan tuang minyak. Tunggu sehingga minyak panas. 
6. Apabila minyak dah panas, goreng bahan tadi. Masukkan bahan guna sudu boleh, guna jari pun boleh..hehe..
7. Goreng sehingga masak dan siap untuk dimakan. Nenek! Dah masak! Nyum3..

Nenek suka kalau letak potas. Fungsi dia untuk kembangkan cekodok ini. Bila nak masukkan potas? Masukkan secubit je sekali ketika masukkan tepung.

P/s : Actually, tak berapa elok letak potas tau!

Wednesday, March 17, 2010

::words 1::


"KETINGGIAN tidak mampu mengukur tahap KEMATANGAN seseorang"

*gambar ini hanya sekadar hiasan*

P/s : Kata-kata ini bukan ditulis kerana saya kurang tinggi...harap maklum..=p

Monday, March 15, 2010

Jagalah Auratmu Wahai Wanita


"Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya selain dari yang nyata. Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher dan tiada memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi. Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah s.w.t."
(An-Nur:31)

 
Tiada alasan lagi buat kita, kaum hawa untuk tidak mentup aurat. Sesungguhnya Allah sendiri sudah menurunkan perintah kepada kita. Tapi kenapa masih ramai yang tidak menurut perintah tersebut?? huhu..

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Rambut mereka laksana goh-goh unta. Sungguh mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya."
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Takut! Mereka yang meingkari perintah Allah ini tidak akan masuk syurga. Bau syurga juga tidak dapat dihidu. Bagaimana dikatakan dengan pakaian yang menutup aurat? Rasanya ramai dah sinonim dengan poster ini. Tapi mungkin hanya sekadar pandang tanpa membaca dan menelitinya. Gunalah sedikit masa untuk menghayati. Tidak semua perempuan bertudung itu benar-benar menutup aurat.

*klik gambar untuk besarkan*

Jadi, kenapa masih leka? Sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada. Amalkan. Peringatan buat diri saya juga. Renung-renungkan dan selamat beramal! hehe..


P/s : Gembirakanlah Allah dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang, Allah dan rasulNya dapat menggembirakan kamu.

Selamat Datang Alisha!

Alisha? Siapa Alisha? Hehe..Dia ialah anak kepada sepupuku Abg An yang baru lahir ke muka bumi ini. Tahniah Abg An dan Kak Maria. Alisha dilahirkan pada tanggal 12hb Mac. Nama penuhnya Alisha Yaakob B. Azhan. Haish! Kacau daun betul, baru nak booking nama 'Alisha' untuk my future baby..haha..

Rasulullah bersabda, " Dan lelaki (suami) adalah pemimpin keluarganya dan dia akan disoal mengenai kepimpinannya". (Riwayat al-Bukhari)

Besarkan tanggungjawab seorang suami. Jadi buat Abg An, pimpinlah keluarga anda kerana ini tanggungjawab anda..Hehe..Buat Kak Maria, sama-sama tolong Abg An. Dulu hidup berdua, sekarang dah ada Alisha. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat!

P/s : Kiranya kan, saya ni dah jadi makcik la kan? Ok Alisha, call me Auntie Ila ea..hehe..

04.03.10 is Zaila's Birthday

Selamat hari lahir wahai roomate merangkap sahabatku Zaila! Now you are already 23, hopefully all your wishes may come trues dear! So, what I'd done during her birthday?? Not really much but still enough to give her a piece of memories that she can remember till the end of her life..cewah..hehe..

Ok, actually qla plan biasa-biasa like buying a cake, sing a birthday song, eating and dismiss. Haha..I'm not a good planner but I still trying..Luckily I have friends that supportive and 'gila-gila'; Wawa, Dekyah and Ira. So, they helped me bought the cake. Thank you guys! Ooopppsss..not to forget, we are celebrating diyana birthday too. Precisely, diyana belated birthday..hehe..



That night, wawa, dekyah and I try to plan something on zaila. Actually, we just wanted to fish her out from the room. There were few suggestions like:

Wani : Kita berlakon, bagitau zaila yang qla sakit perut tak boleh nak gerak. Pastu, kite mintak zaila amikkan minyak..

Qla : Nanti zaila cakap, wani amikla sendiri ada atas meja qla..

Dekyah : Kita sembunyikan baju batik dia, esokkan hari khamis. Mesti dia nak pakai baju batik.

Qla : Ala, nanti kalo dia tak jumpa baju itu mesti dia g gosok baju lain dulu..huhu..

There are lots suggestions from wani and dekyah. Unfortunately, I gave lots of predictions that zaila might do. Yeah, I know my roommate better. Lastly, we pick wani's suggestion :

Wani : Macam ni la, aku suruh diyana g bilik zaila, wish birthday dia. Cakapla kat dia, kita nak celebrate birthday zaila, tapi sebenarnya kita nak celebrate birthday dia sekali. Ala watak diyana ni macam watak qla kena dulu.

Qla (dalam hati) : %$@$$$^&@@..haha..

Dekyah : Pastu? Cam ne nak bawak zaila kuar bilik?

Wani : Nanti aku datang bilik dia, berlakon kata qla sakit perut, aku paksala dia kuar bilik g tengok qla.

Qla & Dekyah : Ok..layan..
(padahal time ni ngah sibuk layan cite Stampford..btul x tajuk ni dekyah?)

Nearly 12 at midnight, we are ready with wani's suggestion. Before that, we also invited ain and fatin as VIP..eceh..We went hiding near zaila's room and wani, started her acting while diyana already with zaila :

Wani : kak zai, qla sakit perut, serius. Tak boleh gerak langsung.

Zaila : Ha? kenape? akak mkn sama je ngan dia mkn. Biasa efek ni 8 jam, cube cek dia mkn apa 8 jam sebelum ni 

(haha..amboi, dia ingat nak cek apa??)

Wani : kak zai g la tengok dia.

Zaila : Ala..akak nak gosok baju ni.

Qla (dalam hati) : Sampai hati ko rumet, pentingkan baju ko dr qla..grrr..

Wani : Tengokla dia jap

Zaila : Jap-jap, akak iron baju dulu.

Luckily, zaila memang nak keluar dari bilik. So bila dia dan diyana keluar dari bilik, kami beramai-ramai nyanyi lagu birthday sambil bawa kek. Zaila menjerit kot! Diyana dia nyanyi sama-sama sekali bila nama dia disebut dia terkejut. Habis nyanyi lagu birthday, dia ke toilet. Terharu kot..hehe..

Setelah diyana pulang dari toilet, kami pun memulakan acara memotong kek. Dekyah, thanx lollypop hikmat! hehe..Kami berborak,gelak..yeah! Mengeratkan lagi ukhwah antara warga blok E. Masa ini, qla rasa nikmat hidup ramai kawan. Sebelum-sebelum ini rasa gak, cuma time ini rasa ukhwah itu makin erat.Eceh qla, ko nak masuk bab usrah plak..haha..

Tapi  bila qla cerita balik dengan zaila tentang plan-plan kami yang tidak dijalankan sebab prediction-prediction qla, zaila gelak sebab memang dia akan buat apa yang qla predict. Zaila cakap, "Maknanyakan qla, ko dah kenal aku la ek..hehe"

Yup! Dah berapa lama kita jadi roomate, merangkap sahabat sejati..cewahh..hehe..we have known each other very well. 



P/s : Dalam 1 bulatan hidup ada banyak bahagian dan salah satu bahagiannya ialah bahagian rakan sebilik awak dan saya ada menyediakan bahagian ini. Hehe..ya, teringat pesanan En.Nordin.

Sunday, March 14, 2010

Owl City-Fireflies

Oyea!! Blog dah ada music player..hehe..terima kasih buat saudari hidayah kerana saya muat turun player ini dari blog anda..muahaha..thanx dya! Kesemua lagu dalam playlist ini are my favourites songs and one of its is Fireflies from Owl City. Sekarang tengah gila duk humming lagu ini walhal lagu ni dah lama la gak..hehe..jom kita layan lagu ni dengan lirik sekali..layan..


You would not believe your eyes
If ten million fireflies
Lit up the world as I fell asleep

Cause they'd fill the open air
And leave teardrops everywhere
You think me rude but I would just stand and stare

I'd like to make myself believe
That planet earth turns slowly
It's hard to say that I rather stay awake when I'm asleep
Cause everything is never as it seems

Cause I get a thousand hugs
From ten thousand lightning bugs
As they tried to teach me how to dance
A foxtrot above my head
A sock hop beneath my bed
A disco ball is just hanging by a thread

I'd like to make myself believe
That planet earth turns slowly
It's hard to say that I rather stay awake when I'm asleep
Cause everything is never as it seems
When I fall asleep

Leave my door open just a crack
(please take me away from here)
Cause I feel  like such an insomniac
(please take me away from here)
Why do I tire of counting sheep
(please take me away from here)
When I'm far too tired to fall asleep

To ten million fireflies
I'm weird cause I hate goodbyes
I got misty eyes as they said farewell

But I'll know where several are
If my dreams get real bizarre
Caused I saved a few and I keep it in the jar 


I'd like to make myself believe
That planet earth turns slowly
It's hard to say that I rather stay awake when I'm asleep
Cause everything is never as it seems
When I fall asleep
 
I'd like to make myself believe
That planet earth turns slowly
It's hard to say that I rather stay awake when I'm asleep
Cause everything is never as it seems
When I fall asleep 

I'd like to make myself believe
That planet earth turns slowly
It's hard to say that I rather stay awake when I'm asleep
Cause everything is never as it seems
Because my dreams are bursting at the seams



P/s : The earth is turns slowly..huhu..

Saturday, March 13, 2010

Telur Masak Kicap

Semalam bermulanya cuti mid-semku. Say hurrraaayyyy! Sesampai sahaja di rumah, nenek mintak telur masak kicap..nyum3..Mak cakap nenek tak ada selera makan, so dengan rasa senang hatinya, saya tunaikan permintaan nenek. Jom3! Kita belajar masak ,walhal senang je menu ni..haha..tapi tak kira, nak ajar gak!

Bahan:
2 biji telur ayam
3 biji cili siap dihiris
1/2 biji bawang besar siap dihiris
sedikit minyak
kicap sesedap rasa

Cara memasak :
1. Panaskan minyak dalam kuali beberapa minit.
2. Kemudian masukkan semua bawang dan cili
3. Gaulkan bawang dan cili dan masukkan telur.
4. Biarkan sehingga telur ayam seakan-akan masak. Tapi jangan biarkan sampai terlalu masak!
5. Akhir sekali masukkan kicap sesedap rasa anda. Gaulkan ia dengan telur dan ia siap untuk dimakan!

P/s : It might be simple, but it is sincerely from the bottom of my heart. Ok nenek, ila dah masakkan telur kicap, nenek jangan garang-garang lagi ea..hehe..