Followers

Monday, January 16, 2012

Cuak Sangat!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sekarang ramai guru-guru seangkatan dengan saya dah sampai sekolah masing-masing mengorak langkah pertama mereka sebagai seorang guru kecuali guru-guru yang dipostingkan ke Sarawak macam saya. Isk. Orang lain dah sampai sekolah, saya masih di rumah. 

Buat masa ni saya masih menunggu panggilan dari KPM untuk tiket penerbangan ke Sarawak. Setakat ni ada yang dah dipanggil untuk penerbangan esok dan lusa. Mungkin saya yang last kot. 

Cuak tu masih ada. Tak dapat bayangkan lagi penempatan saya kelak. Dah dengar tentang tempat rakan-rakan yang dah tahu penempatan mereka di Sarawak, tapi masih blur. Huhu.

Dekat rumah ni since hari first dapat tahu dipostingkan ke Sarawak sampai sekarang, tajuk utama perbualan mak ayah ialah Sarawak. Pastinya mereka risau. Thee. Siapa tak risau tengok mak ayah risau kan? Harap yang terbaiklah. Huhu.

Ya Allah, permudahkanlah urusan saya. Amiiiin.

*En.Bos cek kat KL, nama saya di Subis*

Tuesday, January 10, 2012

Debaran Berakhir

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Debaran Berakhir! Tajuk entri ni kesinambungan entri Berdebar ni. Hehe. Hari Isnin dah pun berlalu dan Alhamdulillah apa yang dinantikan benar-benar berlaku.


Bakal guru PISMP ambilan Januari 2008 lepasan IPG selamat mengetahui penempatan masing-masing dan saya termasuk dalam kalangan mereka. Tahniah semua! 

Saya ditempatkan di Sarawak. Sangat nervous ok. Tapi bila tahu rakan-rakan sekelas majoriti ditempatkan di sini ok lah. Kurang sikit nervous. Mak ayah pun dah boleh terima walaupun pada awalnya sangat kelam kabut. Hehe. Mak ayah, terima kasih!

Rata-ratanya, mereka yang opsyen Matematik ke Sarawak. Mungkin sana kurang benar cikgu Matematik. Kadang cemburu gak kat mereka yang dapat balik negeri sendiri. Hehe. Takpelah kan. Rezeki.

Apa pun, saya percaya ada hikmahnya. Semoga yang baik-baik untuk kita.

Good luck kawan-kawan especially classmates saya. Berkampunglah kita kat Sarawak eh. Thee.

*berjoget untuk pujuk hati*
P/s : Psssttt..hati ni haru biru.



Karma

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Karma atau kata lainnya kerama,kutuk atau sumpah membawa maksud semua perbuatan manusia sewaktu hidupnya di dunia.

Kalau menurut kefahaman agama hindu, hukum karma berkaitan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran ini bergantung karma mereka iaitu sama ada baik atau buruk. Kesimpulannya ia lebih kepada pembalasan atas setiap perlakuan mereka.

Hmm, sebenarnya saya bukan nak bercerita perihal pembalasan karma ni secara terperinci, tapi saya nak kongsi cerita tentang drama bersiri yang tajuk dia Karma. Hehe. Pengenalan bukan main panjang lebar lagi kan? Anggaplah ia sebagai input tambahan eh. 

Okies, siapa yang tak pernah mengikuti cerita ni? 


Jangan risau, kalian-kalian semua masih boleh menonton cerita ni dari awal dekat Malaymoviesfull ni.

Secara ringkasnya, drama bersiri ini mengisahkan Tan Sri Fahrul lakonan Dato' Ahmad Tarmimi bertemu dan bercinta dengan Karmilla lakonan Fauziah Ghous. Mereka melangsungkan perkahwinan setelah mendapat izin isteri pertama Tan Sri Fahrul, Waheeda lakonan Ziela Jalil. Tapi mahligai yang dibina tidak bahagia. Banyak dugaan yang melanda perkahwinan Karmilla dan Tan Sri. Pendek cerita mereka memang tak bahagialah. Ini semua sudah dirancang dan ia dirancang oleh Waheeda, isteri pertama Tan Sri.

Pelik kan? Kan Waheeda dah izinkan mereka berkahwin tapi still merancang untuk memusnahkan rumahtangga madu dia. Sehinggakan Tan Sri Fahrul Meninggal dunia pun dia masih tidak berpuas hati dan berterusan ingin memusnahkan hidup Karmilla. Mungkinlah, siapa tahan dimadukan. Huhu.

Siapa yang akan menerima karma yang buruk? Cewah. Zaaaas! Kita layan cerita ni eh? Hari ini episod last tau. 

*penampilan Fauziah Ghous bertudung, cantik sangat!*

*Ada abang Aaron Aziz gak tau! Ekeke.*

Selamat menonton! 

milkbottleemoticon

Monday, January 9, 2012

Juara Master Chef,Tahniah Ezani!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Semalam dapat menonton Santapan Penamat Master Chef Malaysia atau final Master Chef Malaysia. Walaupun terpaksa berebut tv dengan ayah sebab semalam ada bola apa lawan apa entah, tapi ayah dengan baiknya mengalah. Oyea! Tima kasih ayah! Malam ni nak control tv, control lah. Ila izinkan. Hehe. Macam tv tu Ila yang punya je kan? 

*sengit sangat*

Seperti yang diumumkan, Ezani menjuarai pertandingan masak-masak ni. Tahniah Ezani! Juara Master Chef yang pertama tu!  Dahlah orangnya cantik, pandai, pandai masak lagi. Oh, sangat cemburu dengan dia. Thee.


Walaupun saya sangat terliur tengok hidangan dessert daripada Wahidan tapi mungkin ia tak cukup kuat untuk menandingi Ezani. Tahniah juga buat Wahidan. Ila sangat respect dengan kebolehan Wahidan sampai ke tahap ni. Serius!


Lagi satu, walaupun Zamir tak dapat masuk final, takpelah. Ila tetap minat awak sebab awak pandai masak. Haha. Sekian.

P/s : Pssst...Ila ada follow blog Ezani kat SINI.

Sunday, January 8, 2012

Berdebar

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Terasa berdebar-debar menanti hari Isnin ni. Haish. 

Nak terima result exam pun tak macam ni tau.

Ya Allah, mintak-mintak benarlah apa yang diwar-warkan.

Harapan untuk kami.

Friday, January 6, 2012

Lafazkan Kalimah Cintamu

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Tajuk entri tak tahan; Lafazkan Kalimah Cintamu; eceh. Hehe. Jangan salah faham eh, ini cuma tajuk novel. Novel pertama yang betul-betul saya baca dari kulit muka depan sampai ke kulit muka belakang. 


*bukan saya baca kulit depan dengan kulit belakang je tau*

Hari tu memang berniat nak beli Ombak Rindu sebab saya belum baca novel dia. Tapi kan tiba-tiba keinginan untuk membeli novel ini lebih tinggi melebihi keinginan untuk beli novel Ombak Rindu. Sebabnya satu je. 

Sebab

Watak utama dalam novel ni ialah Tengku Aqilah.

Haha.

Haruslah excited ada novel guna nama sama macam nama sendiri. Habis semua kedai buku jelajah semata nak cari novel ni. Penangan sebab terlalu excited.

Terima kasih Zaila, rumet comel saya yang terlebih awal membeli novel ini dan promote kat saya. Mesti kau bangga kan nama Qilah ada dalam novel ni. Ekeke.

Novel karya Siti rosmizah ini sangat best. Walaupun karya dia yang ni sangatlah tebal tapi saya berjaya mengikutinya tanpa skip mana-mana page pun. Karya yang bertemakan kekeluargaan berjaya menyentuh hati tisu saya. Thee. Kalau tak caya, beli sendiri dan baca. 

Okies, dah bolehlah survey-survey kat kedai buku eh?

Selamat membaca! 




Wednesday, January 4, 2012

Wordless Wednesday Day #7

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia  adalah
 memiliki keluarga yang bahagia :)

Sunday, January 1, 2012

Syukur

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menghirup udara segar 2012. Moga 2012 akan memberi saya peluang yang baik untuk terus memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Eceh. Siapa tak mau jadi insan yang baik dan berguna kan, lebih-lebih lagi untuk keluarga. thee.

2012 merupakan tahun yang akan merubah rutin hidup saya daripada seorang pelajar kepada seorang yang bekerjaya. Suatu perkara baru yang bakal dipelajari . InsyaAllah.

Untuk 2011,terima kasih! Sememangnya 2011 merupakan tahun yang akan saya kenang dan tak kan lupa sampai bila-bila. Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang tahun ini. Peristiwa-peristiwa ini banyak mengajar saya erti syukur. Bersyukur dikelilingi mereka-mereka yang sentiasa menyayangi saya, bersyukur atas nikmat-nikmat yang dikurniakan, bersyukur untuk semua perkara. Seperti yang dinyatakan berikut ;

"Bersyukurlah kepada Allah! Dan barangsiapa bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri dan barangsiapa tidak bersyukur (kufur), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Terpuji."
(Surah Luqman :12)

Saya mengaku, sepanjang saya menjalani kehidupan ini adakalanya saya lalai untuk bersyukur. Kadang-kadang terasa hidup ni dah cukup sempurna sampai lupa nak mengucapkan syukur kepada Maha Pencipta. 

"Dan apabila manusia ditimpa bencana, dia memohon pertolongan kepada tuhan dengan kembali taat kepadaNya, tetapi apabila Dia memberikan nikmat kepadanya dia lupa (akan bencana) yang pernah dia berdoa kepada Allah sebelum itu..." 
(Surah az-Zumar : 8)

Semoga akan datang saya tidak lalai dengan kurniaanNya. Huhu. Takut leka.


P/s : Alfatihah untuk arwah nenek..