Followers

Tuesday, October 9, 2012

Raya Di Sibu

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Zaman belajar kat IPG dulu, kami sekelas pernah beraya ke rumah rakan-rakan sekitar Johor since IPG kami di Johor kan. Selepas masing-masing dah bawa diri posting dan kebetulan majoriti posting ke Sarawak, maka raya tahun ini kami sempat buat mini reunion sambil berayalah kononnya. hehe. Destinasi kami, Sibu!

*here we are!*

"Raya di Sibu". Tak pernah terlintas pun kami akan jumpa balik kat sini. Haha. Gelak macam tak percaya okey. Dan masih tak percaya. *sigh*

Hampir setahun dah kami kat sini dan sememangnya banyak perubahan fizikal melanda diri memasing. Hmm. Tapi kan perangai masih sama. Kalau bahan orang tak ingat dunia! haha

Sepanjang kami di Sibu, kami di bawa melawat kawasan sampai ke Mukah kot! Hebat rakan-rakan Sibu bawak kami jalan-jalan. 


Perjalanan dari satu tempat ke satu tempat agak jauh since jalan dia agak tak berapa elok. Huhu. Tapi Alhamdulillah semua selamat sampai.

*berehat sebentar*

Di Mukah ni kan terkenal dengan Pesta Kaul tau. Pesta Kaul merupakan acara tradisi Kaum Melanau dan ia disambut setiap tahun.  Kaul dilihat sebagai satu majlis keagamaan untuk menenangkan roh-roh laut,tanah,hutan dan ladang. Sebab itu perayaan ni penting buat mereka. Tapi waktu kitorang pergi ni takde pape pesta lah. Hehe.





*pelangi senja*


Dah penat ambil angin kat pantai Mukah, Anis bawa kami makan seafood sekitar kawasan ni. Serius, makanan dia superb! Sedap! 


Umai antara salah satu menu makanan yang baru buat kami. Untuk yang pertama kalinya, saya makan umai dan ia sedap boleh diterima tekak. Hehe. Boleh cuba you all!

Keesokkan hari kami menuju ke rumah Sarah dan suami. Masih dikira pengantin baru lah kan, sebab diorang baru kahwin bulan 5 lepas. 


Ini kira official open house buat Bacarz sekelas lah. Kami dijamu dengan nasi kerabu! Bukan senang nak dapat original nasi kerabu kat Sarawak. Teruja!


Akhir sekali, mini reunion ni pun sampai ke penghujung. Sob3. Dari rumah Sarah kami bergerak pulang ke ganggang memasing. 


Saya bergerak pulang ke Miri bersama mereka yang seangkatan. Manakala yang lain ada pulang ke Sarikei, Song, Bintulu dan Sibu itu sendiri. Yang balik pedalaman masuk pedalaman balik, yang balik bandar duk bandar balik.

Kami yang pulang ke Miri dan Bintulu, sempat singgah sini!


Ini merupakan tokong yang tertua di Sibu dan terbesar di Asia. Salah satu tarikan pelancong ke sini.



Finally, semua selamat sampai balik ke sekolah masing-masing. Mood waktu tu sayu kejap. Huhu. Sekarang pun sayu lagi. Bila jauh ngan family kan, mereka lah yang banyak membantu. Terima kasih.

P/s : Tak sabar nak balik rumah beraya!

8 comments:

fareha said...

nasib baik ramai kwn2 dpt postng sana jgk kan? kalo x mmg sunyi n rasa nak nangis je..hehehe

Ila Aqilah said...

itulah fareha, untung diorang kat sini kalau tak kan makan hati gak lah huhu

My Life's Journey said...

Hihi wahhhhhhhhhh dear ni..dah mcm pelancong pulak umi tengok .. siap ada posing kat sign board gi tu hihi ..apapun harap dear sentiasa gembira walaupun jauh dari family ..amin (^_^)

KakNi said...

seronok nyer dapat gather-gather dengan kawan2. barulah buat ubat rindu pada keluarga... selamat bertugas!

Myra Jay said...

Bestnyer bersama kawan2, meriah je nengok :D

Ila Aqilah said...

umi mekacih :) tu lah naseb baik diorang dekat-dekat huhu

Ila Aqilah said...

Kakni amiiin :) bertugas sepenuh hati hehe

Ila Aqilah said...

MJ hehe sekali sekala! meriah aukk :D