Assalammualaikum
Salam sejahtera
Alhamdulillah, hari ini kami diberikan kelapangan untuk menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat IPG kami. Tahniah rakan-rakan, walaupun sibuk berpraktikum tapi masih sempat turun ke Dewan Sri Temenggong untuk sama-sama mengimarahkan sambutan maulud ini. Ini tahun last kita tau. Isk. Semoga Allah permudahkan urusan kalian.
Ini antara mereka yang tertinggal perarakan. Oooopps. Kantoi!
Tapi kan mereka tetap mahu menghadiri majlis ini walaupun tertinggal perarakan tau. thee. Suweet!
Sedikit perkongsian mengenai Rasululllah s.a.w yang saya dapat melalui pamplet yang diedarkan (tumpang share eh) :
Nama
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib
Tarikh Lahir
12 Rabiulawal
Warna Kesukaan
Hijau dan merah jambu
Makanan Kegemaran
Kurma, anggur, madu, melon, delima, cendawan
Minuman Kegemaran
Susu dan air kosong
Makanan yang dielakkan
Makanan panas dan sejuk bersama, daging dan ikan
Harapan pada umat
Berpegang pada Al-Quran dan Sunnah.
Banyak perkara yang kami kongsikan hari ini baik mengenai Rasulullah s.a.w mahupun perkongsian antara kami-kami. Hehe. Lama tak jumpa kawan-kawan. Al-maklumlah masing-masing komited dengan sekolah masing-masing. *sentap*
Sambutan kali ini sangat santai. Duduk bersila atas tikar. Kami sangat selesa dan sangat berselera bila jumpa makanan. Makanan dihidang dalam dulang dan dimakan beramai-ramai sangat awesome tau!
Antara jejaka yang hebat pada hari ini :)
Semoga majlis ini sentiasa diberkati oleh Nya.
P/s : Bila agaknya boleh jumpa Bacarz dengan complete ek? huhu
2 comments:
erm..."rasulullah s.a.w"
ada typo eh?
thee..qilah betulkan =)
Post a Comment