Followers

Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday Day #5

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Untung ada adik lelaki pandai menyapu,
ringan sikit kerja rumah :)

P/s : Ini bukan lakonan..ekeke.

Lepas 1 Tinggal 9

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Dah seminggu cuti, tapi masih tak caya dah abis belajar. Fuuh. Sayang benar kat kawan-kawan ni, susah nak lupa. Hehe.

27 November yang lepas, kawan sekelas kami selamat mendirikan rumahtangga. Cepat tak? Thee. Cepat bukan sebab dia menggatal eh, seru dah sampai orang kata. Hehe. Tahniah Nurul Norsilah Roslin dan pasangannya. Suami dia senior kami tau. Senior sama-sama kat IPG dulu. ;)

*Seri pengantin ni :)*

Oleh sebab kami ni sangatlah rajin, kami datang sehari sebelum majlis. Konon-kononnya rewang tolong-tolonglah. Rewanglah gak sikit-sikit. Hehe. 

*Bukti kami memang rewang!*

Terasa janggal kejap, yelah hari tu dah nangis-nangis nak berpisah sekali jumpa balik. Haha. Tapi apa kami kisah, hidup mesti diteruskan. Yeah!

Habis je rewang malam tu kami pun balik, yang perempuan tumpang tidur rumah saya dan yang lelaki tumpang tidur rumah Encik Bos. Lepas ni tak tau lagi bila korang dapat tidur rumah Qilah. Huhu. Ok, stop touching-touching jap, sambung cerita balik.

Keesokannya, pagi-pagi lagi kami bersiap. Tak mau terlepas tengok majlis akad nikah. Excited tau tengok kawan kahwin. 


Tahniah Silah, selamat dah jadi isteri orang. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga akhir hayat. Eceh :)

*gugurl..ekeke*
*Dya special sebab dia pakai baju 'pink' sangat!*

Kami sempat jadi "tol gate girls". Haha. Duduk depan pelamin mintak duit tol. Dapatlah sekupang dua. Bila lagi kan nak rasa duit tol. Thee.

Kadang-kadang macam tak caya dia ni dah jadi isteri orang. Yelah, dulu sama-sama main-main belajar dalam kelas, sleepover ramai-ramai dalam bilik dia, kacau sana, kacau sini ,macam-macam lagi lah! Sekarang dah jadi isteri orang. 



*..kenangan..*

Lepas dah 1 tinggal lagi 9 orang adik-adik beradik perempuan Bacarz. Lepas ni turn siapa? Angkat tangan! Hehe. Apa pun jemput. WAJIB JEMPUT!

P/s : Gambar cantik dari kamera Dwi Anis dan Tun Teja :)

Saturday, November 26, 2011

Sahabat Selamanya

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, tamat sudah pengajian selama 5 tahun setengah. Sampai sekarang rasa macam tak caya kami dah habis menuntut di bumi IPGK Temenggong Ibrahim ni. Isk. Sedih tau.

Bayangkanlah kami mula-mula masuk waktu fresh lepas SPM, except beberapa orang yang sempat habiskan setahun kat matrikulasi. Thee. Waktu tu  memang muda remajalah. Sengal-sengal alam orang kata. Hehe. Sampai sekarang, dah masuk kategori dewasa dah.

Dalam masa 5 tahun setengah ni, saya belajar macam-macam termasuklah persahabatan. Macam-macam kisah berlaku antara kami sepanjang 5 tahun setengah ni. Ada kisah gembira, sedih, tragedi macam-macamlah. Saya kongsi dengan mereka dan mereka juga kongsi dengan saya.

Ikutkan hati, memang tak mau berpisah tapi kalau tak berpisah tak bergeraklah kehidupan. Huhu. Sepanjang perjalanan tinggalkan kampus still berfikir-fikir, betul ke ni? Betul ke dah abis? Dah takde nak dengar kawan-kawan berceloteh, point sana, point sana. Huhu.

Rindu, tengok gambar. Banyak sangat kenangan! Huhu.






Terima kasih IPG Kampus Temenggong Ibrahim, para pensyarah especially pensyarah-pensyarah Jabatan Matematik, sahabat kelas Bacarz, semua kawan-kawan dan teman terbaik merangkap rumet 5 tahun setengah, Zaila.

Moga ukhwah antara kami ini kekal.

Qilah sayang semua :)

P/s : Lepas ni siapa kawen jemput tau!

Tuesday, November 15, 2011

11.11.11

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

11.11.11 tarikh yang cantik kan? Tapi ada yang kata 20.11.2011 lagi cantik. Dan ada yang kata, dua-dua tak cantiklah, tak nampak apa pun yang cantik. Yelah, cantik tu kan subjektif. Lain orang lainlah taste dia.

Tapi 11.11.11 tarikh yang cantik dan bermakna buat Puan Sepupu saya; Puan Syazana. Tarikh ni merupakan tarikh beliau diijabkabulkan. Thee. Tahniah! :)

Tak mau cite panjang lebar, meh kita tengok gambar pengantin baru ni.

 *Ooppss! yang ni bukan. Haha. Saja merasmikan pelamin. Thee.*
Sweet! :)

 Ini baru pengantin baru :)



Hantaran daripada pihak lelaki. 

Kami pun nak merasmikan pelamin!

Orang-orang kuat ni. Oyea!

Bertambah dah ahli keluaga besar kami. Moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amiiiin :)

Friday, November 11, 2011

Sindrom Periksalah!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah berjaya pun menjawab paper EDU 3108 dan EDU 3109. Paper EDU ni lebih kepada ilmu pendidikan mengenai profesion keguruan kami. Fuuhh! Lega tau. Mau tak lega selepas beberapa hari berhempas pulas. Tu lah, study last minit lagi. Padan muka sendiri!

Entri ni takde niat nak mengkritik soalan periksa atau merungut tak cukup tidur sebab saya memang sentiasa cukup tidur. Thee. Entri kali nak share kelam kabut saya study last minit. Haha.

Nak dijadikan cerita, bila study last minit semua benda nak cepat, kalau boleh nak baca 1 buku tebal, malam tu jugak nak abiskan. Bila berbincang dengan roomate, kami berbincang dengan laju sampai bila saya nak sebut

Motivasi pelajar

Saya sebut;

motivalajar

dan yang peliknya roomate saya faham dan kami teruskan je perbincangan. Haha.

Bila saya cuba nak ingat balik apa yang saya baca, saya menulis semula dalam buku sampai keluar perkataan pelik-pelik macam ni :

*niat hati nak tulis ganas..isk*

Dan bila dah serap ilmu yang banyak dalam satu malam, kita asyik teringat je apa yang kita baca sampai tersasul-sasul kata nak pergi bilik tv tapi saya sebut nak pergi bilik guru. Hmm. Penangan study last minit.

Dalam waktu mood nak periksa, perbualan saya dan rakan-rakan banyak berunsurkan ilmiah antaranya ;


"Zaila, kau jangan cakap jerit-jerit boleh? Isu kesantunan seorang guru tak boleh menggunakan intonasi yang tinggilah macam nak marah."

"Ira, baguslah ayah kau, dia bagi hak penyertaan kat kau untuk berkawan"


" Maziah kau kurang makan je, kau ada simptom stress ke apa?"


Ini baru 2 papers, kalau lagi banyak entah macam mana kelam kelibutnya. Hehe.

Pesanan ikhlas untuk yang lain, janganlah study last minit. Penat tau. Thee.

P/s : Exam terakhir sebagai guru pelatih. Isk.

Saturday, November 5, 2011

Kek Marmar

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Hari itu dah try, test, cuba resepi kek marmar atau kek marble ni. Alhamdulillah menjadilah. Hehe. Jadi sempena Hari Raya Aidil Adha ni nak buat lagi lah. Buat makan-makan kita-kita beraya. Terima kasih kat Majalah Jelita sebab bagi resepi percuma kepada kami! Kredit gak untuk Syahira Shukri sebab bagi pinjam majalah ni. Ekeke.


*Cantik Irma bertudung :)*

Ada resepi terbaik ni eloklah share kan? Hehe. Selamat mencuba resepi ni eh ;

Bahan-Bahan :

2 cawan tepung gandum 
1 cawan gula halus
1 cawan marjerin
1/2 cawan susu pekat
4 biji telur gred A
1 camca besar serbuk penaik
1 camca besar esen vanilla
1 camca besar serbuk koko

Cara Membuatnya:

 Ayak tepung bersama serbuk penaik. Ketepikan.

Pukul gula bersama marjerin sehingga kembang.

Masukkan telur sebiji demi sebiji, kemudian susu dan esen vanila. Kacau sebati.

 Masukkan tepung, pukul sehingga sebati.

Asingkan 1 senduk adunan dan campurkan dengan serbuk koko.

Bubuh adunan dalam loyang dan bubuh adunan koko di tengahnya.

Lorekkan lingkaran pada adunan coklat menggunakan garpu.

Bakar 45 minit atau sehingga kek masak.


Ini kek tradisional, tak pandai nak buat kek yang macam secret recipes tapi kan teringin nak buat. Thee. Satu hari nantilah, belajar daripada kawan-kawan. Mereka superb! Hehe.

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua.

Untuk pakcik Kahar, Cik Mariana, Cik Sidah semoga selamat di tanah suci sana, balik dengan haji yang mabrur. Amiiin :)