Followers

Wednesday, November 30, 2011

Lepas 1 Tinggal 9

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Dah seminggu cuti, tapi masih tak caya dah abis belajar. Fuuh. Sayang benar kat kawan-kawan ni, susah nak lupa. Hehe.

27 November yang lepas, kawan sekelas kami selamat mendirikan rumahtangga. Cepat tak? Thee. Cepat bukan sebab dia menggatal eh, seru dah sampai orang kata. Hehe. Tahniah Nurul Norsilah Roslin dan pasangannya. Suami dia senior kami tau. Senior sama-sama kat IPG dulu. ;)

*Seri pengantin ni :)*

Oleh sebab kami ni sangatlah rajin, kami datang sehari sebelum majlis. Konon-kononnya rewang tolong-tolonglah. Rewanglah gak sikit-sikit. Hehe. 

*Bukti kami memang rewang!*

Terasa janggal kejap, yelah hari tu dah nangis-nangis nak berpisah sekali jumpa balik. Haha. Tapi apa kami kisah, hidup mesti diteruskan. Yeah!

Habis je rewang malam tu kami pun balik, yang perempuan tumpang tidur rumah saya dan yang lelaki tumpang tidur rumah Encik Bos. Lepas ni tak tau lagi bila korang dapat tidur rumah Qilah. Huhu. Ok, stop touching-touching jap, sambung cerita balik.

Keesokannya, pagi-pagi lagi kami bersiap. Tak mau terlepas tengok majlis akad nikah. Excited tau tengok kawan kahwin. 


Tahniah Silah, selamat dah jadi isteri orang. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga akhir hayat. Eceh :)

*gugurl..ekeke*
*Dya special sebab dia pakai baju 'pink' sangat!*

Kami sempat jadi "tol gate girls". Haha. Duduk depan pelamin mintak duit tol. Dapatlah sekupang dua. Bila lagi kan nak rasa duit tol. Thee.

Kadang-kadang macam tak caya dia ni dah jadi isteri orang. Yelah, dulu sama-sama main-main belajar dalam kelas, sleepover ramai-ramai dalam bilik dia, kacau sana, kacau sini ,macam-macam lagi lah! Sekarang dah jadi isteri orang. 



*..kenangan..*

Lepas dah 1 tinggal lagi 9 orang adik-adik beradik perempuan Bacarz. Lepas ni turn siapa? Angkat tangan! Hehe. Apa pun jemput. WAJIB JEMPUT!

P/s : Gambar cantik dari kamera Dwi Anis dan Tun Teja :)

10 comments:

nuriqa said...

cik aqilah bila pulak..hehehe:P

Ila Aqilah said...

kita tunggu keje lah tikuk..thee

ishiko said...

wuwuwuuuu...
bestnya.. kak qilah bila lagi?

fareha said...

waaaaa, k.silah kawin!!! mesti excited kwn sendiri kawin kan. sbb macm x percaya. sy tumpang gembira dia kawin. k. Qilah nanri jgn lupa jemput sy eh

Ila Aqilah said...

ishiko best..hehe
akak tunggu je la eh nanti..thee

Ila Aqilah said...

fareha! betul, excited..kawan sendiri kawen.hehe.

Akak mesti jemputnya, fareha mesti datang! wajib! hehe

aen said...

hehe, kak qila bile? jg lupe jemput!!

nuriqa said...

oho..ok2..wlaupun jwpn cliche tp mmg btul..hehehe..yg pntg jgn lupa jemput tau..:)

Ila Aqilah said...

aen, akak jemputnya :)

Ila Aqilah said...

tikuk, mesti jemput..
jauh seberang mana pun datang tau!