Followers

Tuesday, October 4, 2011

Jenis-Jenis Kawan. Kategori Manakah Kita?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sejak kebelakangan ni kadar kelembapan untuk update blog tersangatlah tinggi. Faktor cuaca banyak mempengaruhi kot. Haha. Cuaca sekarang asyik hujan, gerimis, mendung je. Maka kadar untuk berhibernasi pun tinggi. Dah stop menceceh.

Straight to the point, hari ni saja nak share tentang beberapa kategori kawan pada masa kini. Jom kita kaji satu-satu eh?

1. Kawan Suka Ambil Kesempatan.
Tiara suka sangat kawan dengan Mira sebab kan Mira ada kereta. Yang lain takde kereta, susahlah nak gerak ke sana sini. Sebulan kemudian, kereta Mira dah kena tarik balik sebab mak dia nak guna. Tiara tak maulah kawan dengan Mira lagi. Bye Mira! Tiara nak kawan dengan Amna pula sebab Amna baru bawa kereta.

2. Kawan Makan Kawan
Sue banya kongsi cerita dengan Liya. Semua pasal Sue, Liya tau termasuklah pasal teman lelaki Liya. Kalau gaduh dengan teman lelaki, Liya lah tempat Sue mengadu. Tapi tak sangka Liya tipu Sue. Semua benda yang Sue ngadu kat dia, dia bagi tau teman lelaki Sue. Tak cukup, dia buruk-burukkan Sue lagi. Penyudahnya, hubungan Sue dengan teman lelaki putus dan Liya jadi pengganti Sue.

3. Kawan Tumpang Kawan Punya Kawan.
"Peah laparlah, nak keluar makan tak boleh. Hujan. Macam mana?"
"Gayah, rommate aku bawak makanan, kau nak join sekali tak? Nanti aku cakap kat dia."
"Ye ke? Cantik ah! Tapi aku tak kenal sangat lah roomate kau. Ah tak kisah lah, janji perut kenyang! Haha."
Kenyang mereka makan sama-sama hari tu. Ok, seminggu kemudian roommate Gayah terserempak dengan Peah. Dengan excitednya dia senyum lambai cakap hai. Respon Peah hanya buat tak tau. Yelah perut dah kenyang.

4. Kawan Pilih Bulu.
Lisa anak orang berada, fashionable, ramai lelaki admire kat dia. Tina admirer sangat kat Lisa walaupun dia perempuan Tina sukalah dia! Tina nak join Lisa and the gang sebab kalau join mesti Tina famous sekali. Cuba bayangkan kalau Tina masuk gang tu, mesti orang tertanya-tanya siapa Tina dan confirm orang jawab; ala Tina yang famous tu yang sama-sama dengan Lisa Famous tu. Mau tak bangga dengar.

Hmm. Cukuplah sampai sini. Rasanya macam banyak lagi, tapi nanti bosan plak nak baca. Hehe. Tapi kan perasan tak, kategori-kategori ni semuanya negatif je, tak de pun kategori yang bagus-bagus macam Kawan Baik ke Kawan Sejati ke. Kenapa eh? Mungkin trend sekarang, bila berkawan mesti ada sebab lain bukannya ikhlas. Susah nak cari kawan yang sama-sama susah dan senang, betul-betul nak berkawan atas dasar persahabatan. Kalau ada, patut hargai mereka. 


Ok penulisan ini tak melibatkan mana-mana yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Tapi kalau ada yang terasa eloklah muhasabah jap. Pesanan untuk diri sendiri juga. Ekeke.

P/s : Untung berkawan, rugi bermusuh.

6 comments:

ReDiculousLy said...

apsal sumer kategori negatif jek? xdpt nk akak nk mengkategorikan diri sbb akak ni kwn yg baik...hehe

Niena Pengembara Ilahi said...

erm.. InsyaAllah sy akan jdi kawan yg memahami... klau kta ikhlkas.. InsyaAllah ada yg ikhlas ingin bersama kta

Ila Aqilah said...

haha..kak elly kawan baik, tak bolehla masuk dalam golongan ni. nanti kita buat entri untuk kategori baik. ok?

Ila Aqilah said...

kak niena, kan? kadang-kadang terlalu baik pun tak boleh sekarang, mau dipijak. huhu. takutlah.

budak penjara said...

ak jnis kawan makan lembu..haha

Ila Aqilah said...

betterlah kawan makan lembu. haha