Followers

Friday, October 28, 2011

Jalan-jalan Buka Puasa

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Bulan Ramadhan dah lepas, Syawal pun dah tapi sekarang baru nak tulis entri ni. Hehe. Takpelah, janji terluah gak entri ni. Macam biasa, setiap tahun pasti ada event ni. Ni kira macam event tahunan keluarga Bacarz lah, berbuka puasa sekeluarga. Sweet gitu. Hehe. Jom, saya bawa kalian ronda-ronda tempat kami berbuka setiap tahun.

1. Singgah Selalu, Plaza Kotaraya.
Ini tempat pertama kami berbuka bersama. Tak semua yang ada tapi majoriti ada. Restoran Singgah Selalu ada banyak cawangan kat JB ni. Tapi ini yang paling dekat dengan kami dan mudah untuk pergi. Yelah, masa ni kenderaan utama kami bas dan teksi. Hehe. 

2. JB Catering, Taman Merdeka.
Tempat ini sebelah IPG kami. Jalan kaki pun boleh sampai, tapi tu lah sebab bulan puasa kan? Naik kereta jugalah nak ke sini. Makanan yang dihidangkan secara buffet. Satu kepala lebih kurang RM20++. Lupalah harga sebenar dia. Makanan memang banyak tapi kena berebut sikitlah sebab orang sangat ramai dan tempat pun agak limited. Kalau sampai lambat makan apa yang ada je la. Huhu. Sekarang dah tukar caterer dah. Akan dibuka.





3. Rumah Limas, Danga Bay.
Seterusnya tahun ketiga kami berbuka di sini. Tempat ini cukup privasi, hanya kami-kami je dalam 1 rumah yang cukuplah untuk kami. Ada tempat solat semua. Makanan kami order untuk sekelas siap-siap. Dah selesai berbuka, solat, sempatlah buat rakaman ucapan hari raya. Hehe. Tapi sekarang kan tempat ni dah tutup. Huhu. 


 *sebelum*

*selepas*



4. Restoran Banafe, Johor Bharu
Okies, seterusnya Restoran Banafe. Restoran ini terkenal dengan nasi ayam penyet. Sedap! Tak percaya boleh cuba. Tapi waktu nak berbuka kat sini kena buat reservation dulu takut penuh. Surau pun ada, mudah untuk solat. Lepas buka kat sini, kami masih sempat lagi bergambar. Ya, di mana-mana pun sempat. Hehe.







5. Dataran Menara Jam
Ini tempat paling mudah! Tak payah nak booking-booking, bayar sewa ke apa, datang je confirm ada tempat. Tak kat dataran, padang tu luas. Hehe. Kat sini ada tempat je la, makanan kami beli siap-siap kat bazar Ramadhan. Cam ala picnic tau. Hehe. Mudah dan senang.





*picnic jom!*

* dah biasa, orang lain dah siap kemas, dia tak abis lagi..hehe*

Mungkin sekarang ada lagi tempat-tempat baru, tapi tu lah tak sempat nak pergi. Masa dah suntuk, tinggal berapa hari je kat IPG ni. Mungkin next time reunion kita buat gathering, kite explore lagi eh sama-sama? 

Terima kasih kawan-kawan. :)

P/s : Betul tak? Ke ada lagi tempat kita berbuka Qilah lupa nak tulis.

3 comments:

Ihsan Arifin said...

menara jam tu lawa la :)

Ila Aqilah said...

ihsan, lawa kan?
tapi akak prefer rumah limas..haha

TunTeja said...

:')