Followers

Friday, October 28, 2011

Jalan-jalan Buka Puasa

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Bulan Ramadhan dah lepas, Syawal pun dah tapi sekarang baru nak tulis entri ni. Hehe. Takpelah, janji terluah gak entri ni. Macam biasa, setiap tahun pasti ada event ni. Ni kira macam event tahunan keluarga Bacarz lah, berbuka puasa sekeluarga. Sweet gitu. Hehe. Jom, saya bawa kalian ronda-ronda tempat kami berbuka setiap tahun.

1. Singgah Selalu, Plaza Kotaraya.
Ini tempat pertama kami berbuka bersama. Tak semua yang ada tapi majoriti ada. Restoran Singgah Selalu ada banyak cawangan kat JB ni. Tapi ini yang paling dekat dengan kami dan mudah untuk pergi. Yelah, masa ni kenderaan utama kami bas dan teksi. Hehe. 

2. JB Catering, Taman Merdeka.
Tempat ini sebelah IPG kami. Jalan kaki pun boleh sampai, tapi tu lah sebab bulan puasa kan? Naik kereta jugalah nak ke sini. Makanan yang dihidangkan secara buffet. Satu kepala lebih kurang RM20++. Lupalah harga sebenar dia. Makanan memang banyak tapi kena berebut sikitlah sebab orang sangat ramai dan tempat pun agak limited. Kalau sampai lambat makan apa yang ada je la. Huhu. Sekarang dah tukar caterer dah. Akan dibuka.





3. Rumah Limas, Danga Bay.
Seterusnya tahun ketiga kami berbuka di sini. Tempat ini cukup privasi, hanya kami-kami je dalam 1 rumah yang cukuplah untuk kami. Ada tempat solat semua. Makanan kami order untuk sekelas siap-siap. Dah selesai berbuka, solat, sempatlah buat rakaman ucapan hari raya. Hehe. Tapi sekarang kan tempat ni dah tutup. Huhu. 


 *sebelum*

*selepas*



4. Restoran Banafe, Johor Bharu
Okies, seterusnya Restoran Banafe. Restoran ini terkenal dengan nasi ayam penyet. Sedap! Tak percaya boleh cuba. Tapi waktu nak berbuka kat sini kena buat reservation dulu takut penuh. Surau pun ada, mudah untuk solat. Lepas buka kat sini, kami masih sempat lagi bergambar. Ya, di mana-mana pun sempat. Hehe.







5. Dataran Menara Jam
Ini tempat paling mudah! Tak payah nak booking-booking, bayar sewa ke apa, datang je confirm ada tempat. Tak kat dataran, padang tu luas. Hehe. Kat sini ada tempat je la, makanan kami beli siap-siap kat bazar Ramadhan. Cam ala picnic tau. Hehe. Mudah dan senang.





*picnic jom!*

* dah biasa, orang lain dah siap kemas, dia tak abis lagi..hehe*

Mungkin sekarang ada lagi tempat-tempat baru, tapi tu lah tak sempat nak pergi. Masa dah suntuk, tinggal berapa hari je kat IPG ni. Mungkin next time reunion kita buat gathering, kite explore lagi eh sama-sama? 

Terima kasih kawan-kawan. :)

P/s : Betul tak? Ke ada lagi tempat kita berbuka Qilah lupa nak tulis.

Thursday, October 27, 2011

Oren Kampung

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Pernah tak minum oren kampung? Tak pernah? Rugilah! Rugi sangat. Dulu masa zaman sekolah rendah, oren kampung ni famous kot. Sekarang ni umpama ditelan dek zaman.

Oren kampung ni macam air bergas coca cola, F&N dan seangkatan dengannya. Bezanya, oren kampung ni kurang sikit gas dia dan ia local made. Orang kampunglah yang buat. Saya lagi suka oren kampung ni!

Kenapa panggil oren kampung?

Sebab saya panggil macam tu. Hehe. Ikut perisalah. Ada perisa oren dan ais krim soda. Semuanya sedap.

*imej dari google*

Sekarang agak susah nak cari oren kampung ni. Kalau nak cari gak, pergilah warung-warung kat kampung. Mungkin ada kot. Hari tu saya jumpa dekat Tangkak, warung pakcik ni jual goreng pisang. Bolehlah ngeteh kat situ sambil minum oren kampung. Thee.

P/s : Support barangan Malaysia. Yeehaaa!

Tuesday, October 25, 2011

Pesanan Touching

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Satu hari pada minggu lepas, roomate saya dan classmates dia pergi trip selama 3 hari 2 malam. Maka tinggallah saya jaga bilik siapkan kajian tindakan untuk dijilid. Isk.

Tengah sibuk fikir cam ne nak cepat siapkan kajian tindakan, masuk satu mesej;

" Qila, tolong masukkan telkung dlm loker..terlupa tadi.tq.ko jaga diri baik2, makan je hamper 2.."

Pantas saya reply;

"Oh, qilah pasan telkung kau, okies. Tak bestlah makan takde kau. huhu."

Tetibe touching dengan mesej sendiri..huhu..tapi memang betul pun, takde roommate, sunyi hidup kat IPG.

Melampau tak statement atas ni. Haha.

Sayang roomate saya :)


P/s : Dia roomate 5 tahun setengah, 
rakan terbaik pernah saya ada.



Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday Day #4

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Teruja tau ada majalah guna nama sama cam nama sendiri.
Oyea!
Sila dapatkan di pasaran Majalah Aqilah
Ikon Pintar Cemerlang.
Thee :)

Friday, October 14, 2011

Memori Tercipta

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Baru lepas baca entri Tun Teja. Terasa waktu tu pantas berlalu. Kejap je, lepas ni masing-masing dah ikut haluan masing-masing. Buat rakan PISMP ambilan Januari 2008 IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Qilah mungkin bukan sesiapa tapi Qilah still nak dedicate lagu ini untuk semua. Terima kasih untuk 5 tahun setengah kita kat sini eh. Huhu.


"Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa 

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Ku ingati buat selama-lamanya"


P/s : Betul lah kata ayah, kenangan kat maktab kenangan yang paling best! Isk ;(

Monday, October 10, 2011

Selamat Pengantin Baru!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Tahniah dan tahniah buat Puan Nurul Ain Mohamed! Selamat pengantin baru (walaupun bulan lepas still baru kan? thee) dan selamat hari lahir! Sorry, Fibi tak dapat nak hadir ke walimah kau. Apa pun, Fibi doakan yang terbaik, moga kekal bahagia hingga akhir hayat. :)

*gambar amik dari profile pic empunya badan*


Pasangan pengantin seterusnya ialah pasangan Akilla dan Aizuddin. Ok ni, abang En.Bos. Kami berpeluang menghadiri majlis pasangan ini sebab kami dijemput tau. Selamat pengantin baru juga, semoga rumah tangga yang dibina dilimpahi Rahmat,Mawaddah dan Sakinah dari Ilahi. Amiiiin :)








Akhirul qalam, semoga yang baik-baik untuk semua. Terima kasih semua :)

P/s : Dah boleh hitung hari nak abis belajar. isk. :(

Saturday, October 8, 2011

Asal Berhala

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Untuk pembaca sekalian, entri tiada niat apa-apa melainkan berkongsi maklumat yang diperoleh. Thee. Ok, 2 minggu lepas sempat saya pinjam buku dan buku ini bercerita tentang sejarah dan biografi Nabi Muhammad s.a.w. Dalam buku ini ada sedikit sebanyak menyatakan bagaimana pemujaan berhala itu mula bertapak.

Amru bin Lu'ayy seorang lelaki Arab daripada suku khuzaah telah menguasai Mekkah. Dia merupakan orang pertama yang memperkenalkan berhala. Amru seorang yang kaya dan dermawan. Orang mudah terpengaruh dengan kata-katanya dan akhirnya menurut sahaja perintahnya menyembah berhala. Amru telah mencipta binatang yang kononnya suci untuk disembah. Salah satu binatangnya ialah unta yang diberi nama Hami. 

Hami adalah seekor unta betina yang melahirkan 10 ekor unta jantan. Ia merupakan perkara yang luar biasa. Maka sejak itu, unta ini tidak boleh ditunggang dan disembelih sebaliknya dipuja dan disembah. Sejak dari itu setiap suku Arab mempunya berhala mereka sendiri.

Yang menarik lagi adalah berhala yang bernama Isaf dan Nailah, dua berhala yang disembah di kawasan Kaabah. Menurut ahli-ahli sejarah, asalnya Isaf ini ialah seorang pemuda dari Yaman dan Nailah seorang gadis dari Yaman juga. Mereka saling mencintai tetapi tidak dibenarkan berkahwin oleh keluarga mereka.

Ringkasnya, mereka berjanji bertemu di Mekkah dan telah melakukan perbuatan zina dekat dengan Kaabah. Sebagai balasan, Allah menukarkan mereka menjadi batu. Amru telah memindahkan batu mereka dan menjadikannya berhala untuk disembah kerana lupa asal usul batu ini.

Sekian input untuk hari ini. Hehe.

P/s : Moga Allah tak tarik hidayah kita.Amiin.

Tuesday, October 4, 2011

Jenis-Jenis Kawan. Kategori Manakah Kita?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sejak kebelakangan ni kadar kelembapan untuk update blog tersangatlah tinggi. Faktor cuaca banyak mempengaruhi kot. Haha. Cuaca sekarang asyik hujan, gerimis, mendung je. Maka kadar untuk berhibernasi pun tinggi. Dah stop menceceh.

Straight to the point, hari ni saja nak share tentang beberapa kategori kawan pada masa kini. Jom kita kaji satu-satu eh?

1. Kawan Suka Ambil Kesempatan.
Tiara suka sangat kawan dengan Mira sebab kan Mira ada kereta. Yang lain takde kereta, susahlah nak gerak ke sana sini. Sebulan kemudian, kereta Mira dah kena tarik balik sebab mak dia nak guna. Tiara tak maulah kawan dengan Mira lagi. Bye Mira! Tiara nak kawan dengan Amna pula sebab Amna baru bawa kereta.

2. Kawan Makan Kawan
Sue banya kongsi cerita dengan Liya. Semua pasal Sue, Liya tau termasuklah pasal teman lelaki Liya. Kalau gaduh dengan teman lelaki, Liya lah tempat Sue mengadu. Tapi tak sangka Liya tipu Sue. Semua benda yang Sue ngadu kat dia, dia bagi tau teman lelaki Sue. Tak cukup, dia buruk-burukkan Sue lagi. Penyudahnya, hubungan Sue dengan teman lelaki putus dan Liya jadi pengganti Sue.

3. Kawan Tumpang Kawan Punya Kawan.
"Peah laparlah, nak keluar makan tak boleh. Hujan. Macam mana?"
"Gayah, rommate aku bawak makanan, kau nak join sekali tak? Nanti aku cakap kat dia."
"Ye ke? Cantik ah! Tapi aku tak kenal sangat lah roomate kau. Ah tak kisah lah, janji perut kenyang! Haha."
Kenyang mereka makan sama-sama hari tu. Ok, seminggu kemudian roommate Gayah terserempak dengan Peah. Dengan excitednya dia senyum lambai cakap hai. Respon Peah hanya buat tak tau. Yelah perut dah kenyang.

4. Kawan Pilih Bulu.
Lisa anak orang berada, fashionable, ramai lelaki admire kat dia. Tina admirer sangat kat Lisa walaupun dia perempuan Tina sukalah dia! Tina nak join Lisa and the gang sebab kalau join mesti Tina famous sekali. Cuba bayangkan kalau Tina masuk gang tu, mesti orang tertanya-tanya siapa Tina dan confirm orang jawab; ala Tina yang famous tu yang sama-sama dengan Lisa Famous tu. Mau tak bangga dengar.

Hmm. Cukuplah sampai sini. Rasanya macam banyak lagi, tapi nanti bosan plak nak baca. Hehe. Tapi kan perasan tak, kategori-kategori ni semuanya negatif je, tak de pun kategori yang bagus-bagus macam Kawan Baik ke Kawan Sejati ke. Kenapa eh? Mungkin trend sekarang, bila berkawan mesti ada sebab lain bukannya ikhlas. Susah nak cari kawan yang sama-sama susah dan senang, betul-betul nak berkawan atas dasar persahabatan. Kalau ada, patut hargai mereka. 


Ok penulisan ini tak melibatkan mana-mana yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Tapi kalau ada yang terasa eloklah muhasabah jap. Pesanan untuk diri sendiri juga. Ekeke.

P/s : Untung berkawan, rugi bermusuh.