Followers

Wednesday, July 20, 2011

T-Shirt Muslimah Sinar

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Macam biasa, saya amik masa yang lama untuk update blog. Huhu. Kebelakangan ni agak sibuk dengan program sekolah juga program-program peribadi. Thee. 

Sekarang saya amik pre-order untuk t-shirt muslimah brand Sinar. Jom tengok design-design brand Sinar. Kalau ada berkenan boleh terus order dengan saya :)


Kod : 
BM 01E

Harga :
RM 40.00
(S,M,L)

Rm 50.00
(XL, XXL) 


Kod : 
BM 09D

Harga :
RM 40.00
(S,M,L)

Rm 50.00
(XL, XXL)

Kod : 
BM 09C & BM 11B

Harga :
RM 40.00
(S,M,L)

Rm 50.00
(XL, XXL) 

Kod : 
BM 02E

Harga :
RM 40.00
(S,M,L)

Rm 50.00
(XL, XXL) 

 Kod : 
BM 19B

Harga :
RM 40.00
(S,M,L)

Rm 50.00
(XL, XXL) 



 Kod : 
BM 19A

Harga :
RM 40.00
(S,M,L)

Rm 50.00
(XL, XXL) 


Kod : 
BM 10A

Harga :
RM 40.00
(S,M,L)

Rm 50.00
(XL, XXL) 

Kod : 
BM 04A

Harga :
RM 40.00
(S,M,L)

Rm 50.00
(XL, XXL) 

Kod : 
BM 02D

Harga :
RM 40.00
(S,M,L)

Rm 50.00
(XL, XXL) 


 Kod : 
BM 11D

Harga :
RM 40.00
(S,M,L)

Rm 50.00
(XL, XXL) 


Kod : 
BM 01F

Harga :
RM 40.00
(S,M,L)

Rm 50.00
(XL, XXL) 

Kod : 
BM 11E

Harga :
RM 40.00
(S,M,L)

Rm 50.00
(XL, XXL) 

Harga tak termasuk postage. Kalau ada yang berkenan boleh respon terus di komen entri ini atau hubungi saya melalui emel ila_aqilah@yahoo.com

Berkenaan dengan saiz, boleh rujuk bawah ini.


P/s : Tutup aurat jom :)

Wednesday, July 13, 2011

::Words 17::

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

" Ya Allah, dia telah selesaikan keperluan duniaku,
maka Engkau selesaikanlah segala keperluan akhiratnya"

..Amiiin..


Amalkan doa ini bila ada orang tolong kita 

P/s : Sejuk hati orang tu kan :)

Monday, July 11, 2011

Blog Walking - 2011 List

Assalammualaikum & Salam Sejahtera



Cara join segmen nieyh : 

Letak pic kat atas tu (BW - 2011 LIST), dan linkkan ke entry ini


Letak di sidebar kamu..kalau besar,kecilkan jer keyh.. :)

Setelah siap, tinggalkan url blog korang di ruangan komen entry ini.. :)

Segmen ini akan ditutup pada :
Esok, 12hb Julai 2011 
2 petang.

P/s : Segmen menarik cik yuyue :)

Mi Siput

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Macam lama je tak update ini blog. Macam lah. Hehe. Banyak benda nak share tapi tak boleh nak share semua, takut tak muat entri ni. Thee. Oleh sebab yang demikian, hari ni saya nak share pasal makanan ni dulu eh.


Gambar di atas ihsan google sebab time makan semalam tak sempat nak amik. Teruja sangat jumpa mi siput sampai tak ingat dunia. *over*

Semalam on the way balik Johor Bharu, kami sekeluarga singgah Bandar Penawar sebab nak hantar si kecik balik asrama. Macam biasa, ayah ajak mengeteh dulu. Perkara wajib tau mengeteh. Ekeke. 

Tak tau nak makan apa sekali ternampak satu gerai ni ada balang yang penuh dengan mi siput. Orang yang paling excited, adik saya, Tqa

"Sedap! Sedap! Orderla sana, nak dua!"

Tanpa fikir panjang, saya order. Lama kot tak makan mi siput ni. Last makan masa sekolah rendah dulu tak silap. 

Kalau nak tahu, mi siput ni famous kat Johor. Dia macam keropok tapi makan cicah dengan sambal tumis. Ada yang makan dengan sambal kicap. Mi siput ni pun ada banyak versi. Kat belah utara pun ada mi siput tapi lainlah dari sini. Nak try. Jomlah!

P/s : Sesekali makan makanan tradisional. Jawalah katakan. 

Wednesday, July 6, 2011

Contest 'BAJU RAYA FREE'

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Lagi sekali join contest. Kali ni ditag oleh Cikgu Bunga. Tima kasih Cikgu Bunga. Ada contest tag lagi eh? hehe.


Syarat-syarat penyertaan ada!
Sila refer kat blog Yuyue eh.


Kali ni saya nak tag :

Good Luck semua!

P/s : Nak baju raya!

Wordless Wednesday Day #2

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Perangai mereka
kanak-kanak sungguh!

..hahaha..

Monday, July 4, 2011

SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Photobucket

Terima kasih Cik Opie Isa sebab sudi tag saya join GA ni. 
Touchinglah! Hehe.
Terima kasih :)

Ok, nak join GA ni saya perlu tag at least 2 orang rakan blogger.
Oleh itu, dengan rasminya saya tag :
Cikgu Nurul Hidayah

Cikgu-cikgu sekelian sila klik banner di atas 
untuk maklumat lebih lanjut!
Good luck :)

P/s : GA dari Korea dengan Bandung kot. Thee. Excited!

Internship Cikgu

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Tulisan langsung dari sekolah ni. Ekeke. Eh, saya tak ponteng mengajar tau. Masih menunaikan tanggungjawab sebagai seorang guru pelatih. Sambil-sambil cari maklumat berkaitan penyelidikan tindakan ni sambil-sambil tu tulislah dalam entri ni. Hehe.

Yup! Saya tengah ber internship sekarang. Kalau sebelum ni saya berpraktikal selama 3 bulan, sekarang saya perlu menjalankan internship selama sebulan. 

"Eh, cikgu pun ada internship?"

"Bukan cikgu ada praktikal je ke?"

Mestilah ada! Kata nak melahirkan siswa siswi guru. Tugas guru sekarang bukan sekadar mengajar. Banyak kerja lain juga. Semua yang ada kaitan dengan sekolah ada kaitan dengan guru. 

Hari Sukan Sekolah, guru terlibat tak mungking tukang kebun. Hari Terbuka Sekolah, guru terlibat bukan kerani lah. Bila ada event-event besar macam ni, guru memang terlibat 100%. Jadi, siapa kata kerja guru mudah? Tak semudah yang disangka ok.

Jadi inilah inilah fungsi internship. Kami belajar mengenai pengurusan sekolah. Di samping itu, kami menyiapkan penyelidikan tindakan yang dijalankan di sekolah juga.   

Tapi masa praktikal pun memang dah belajar. Ini kira pembelajaran berganda-gandalah. Thee.

Buat rakan internship, good luck! :)


P/s : Mintak semua berjalan lancar. Huu.

Saturday, July 2, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Siapa tak tau event apa yang berlaku hari ni? Meh nak bagi tau, hari ini telah diadakan larian serentak sempena Majlis Pelancaran Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Semua yang berada di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu sekolah, matrikulasi, IPG dan lain-lain terlibat dengan larian ini. 

IPG kami, IPG Kampus Temenggong Ibrahim diminta berkumpul kat padang seawal jam 6.45 pagi. Semangat tau masing-masing. Ekeke.

*berkabus lagi belakang tu*


*tanda tangan apa yang patut*

Pagi-pagi kumpul dengar  dulu ucapan perasmian, lepas tu ada senamrobik, pastu larilah kami ikut trek yang dah ditetapkan. Kemudian rehat jap makan-makan. Ada makan free tau. Terima kasih penganjur. Hehe. Slot seterusnya pemeriksaan kesihatan. Sempat gak lah mencelah sana sini buat pemeriksaan.

*lari bila nampak kamera :p*


*take 5*

Terima kasih buat classmates yang sangat supportive! :)

P/s : Semua events anjuran IPG nak join! Boleh?