Followers

Sunday, March 28, 2010

Seminggu Menjadi Guru

Yup! Genap seminggu saya berpraktikal. Seminggu yang sangat kelam-kabut. Seminggu yang sangat penat. Seminggu yang penuh ketakutan. Hehe. Mungkin sebab pertama kali masuk mengajar. Tambahan pula mengajar di sekolah di mana semua pelajarnya lelaki.Huhu.

Seminggu ini saya faham perasaan seorang guru bila :
  1. Guru mengajar di depan, anak murid bermain di belakang.
  2. Guru mengajar, anak murid bising berborak.
  3. Guru mengajar, anak murid tidak faham apa yang di ajar.
  4. Guru beri kerja rumah, anak murid tidak buat.
  5. Guru beri nasihat, anak murid tak nak dengar.
Tapi saya beruntung, kerana anak-anak murid saya sedia menerima saya sebagai guru mereka. Walaupun mereka nakal, tapi mereka masih membuat kerja rumah yang diberi, cuba memahami apa yang guru ajar. Walaupun begitu, saya masih perlu bekerja kuat, memerah otak mencari idea agar mereka seronok dalam kelas saya dan faham apa yang saya ajar.

 *kanak-kanak pandai berposing..hehe*

Ya Allah, lembutkanlah hati anak-anak murid ku, terangkanglah hati mereka. Semoga mereka berjaya di masa hadapan kelak. Amin.

P/s : Baru saya tahu perasaan guru saya. Isk2.

4 comments:

malekabdillah said...

dah faham kan apa perasaan bila lecturer kat depan mengajar, kita buat dek je kat belakang. Isk3.

Azrul Hisham said...

salam ziarah cikgu :)

milk and cookies said...

Hehe. Kan dah kene setepek dengan Mr. Lui hari tu?

"Now you know how it feels when you teach, your student plays at the back."

Hahahaha! Pedas2!

Ila Aqilah said...

malek : ya..mula paham..isk2..
azrul hisham : jemput2...sila ziarah selalu..hehe..
ira : muahaha...was that refered to me? i don't think so! haha..