Followers

Tuesday, October 16, 2012

Jatuh Cinta

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Seriously, saya dah jatuh cinta! Thee. Jatuh cinta dengan karya Ramlee Awang Murshid (RAM). Hehe. Ada yang silap tafsir ke?

Sebelum-sebelum ni ada je dengar rakan-rakan terdekat baca novel karya beliau tapi kan waktu tu belum rasa nak baca lagi. Sekarang ni amik! Bukan main marathon baca novel beliau. Hehe.


Bagaikan Puteri
Haryani di zaman sekarang amat mencintai Laksmana Sunan di kurun 15. Pertemuan mereka dalam satu dimensi yang sukar dijangkau manusia. Hijab pemisah antara mereka ialah kematian. Dani pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma terus jatuh hati. Dia berusaha bawa Haryani pulang ke abad 21.
*penuh thnriller, tak dapat nak duga tau apa yang berlaku*


Fiksyen 302
Kisah pembunuhan yang sangat kejam. Kesemua pelakunya mempunyai perkaitan, dan perkaitan itu ialah pesakit mental. Angka 302 dilakar di dahi setiap mangsa pembunuhan.
*meremang bulu roma baca novel ni, tak berani baca sorang-sorang*

Memang genre saya sukakan novel, movie, cerita bersiri thriller. Hehe. Ada baca novel cinta sampai nangis-nangis tapi kali ni dah jatuh cinta sesangat dengan novel-novel thriller RAM.

P/s : Membaca sepanjang anak-anak exam. 

8 comments:

KakNi said...

Darling, bagaikan puteri tu kalau nak lengkap kan cerita nya ada 6 novel semuanya tau.....bagaikan puteri, cinta sang ratu, hijab sang pencinta, cinta sufi, sutera bidadari dan akhir sekali sunan musafir. Selamat membaca!

Ila Aqilah said...

Kani a'ah, kita ngah tunggu next buku dari kawan ehehe..nak abiskan semua ehehe :)

akak tu ikut turutan kan? pas bagaikan puteri, cinta sang ratu kan?

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Macam best citer tu..dah lama akak tak baca Novel..

adda syuhada said...

novel dia mmg best sgt...smpai kita xsabar nk tau apa kesudahan nya...tp ending nya mmg perkara yg xdisangka2..

Myra Jay said...

Rasanya setakat ni MJ belum pernah membaca karya RAM ni..
Kalau beli pun tak tau bila nak baca..huhuu

Yaya said...

rajinnye membaca..dulu2 pengumpul tegar novel2 neh gak msa remaja n belasan thun..sampai ley jadi mini library umah, plg byk kumpul novel ahadiat hehehe, sejak keje je da malas bc novel2...tp beberapa thn lepas smpt gak abeskan satu novel ayat2 cinta...

Admin said...

RAM the best.
boleh termimpi-mimpi baca novel dia (:

hnahdy said...

hana pun suka karya ramle awang mursyid. banyak novel dia hana dah baca.. yang best ungu karmila.