Followers

Monday, December 19, 2011

Atasi Takut Kucing!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Saya tahu ramai yang kat luar sana takut kucing kan? Yang takut tu kira ok lagi, ni ada yang tahap fobia kucing atau felinophobia. Memang langsung tak boleh tengok kucing, mau tak tenteram jiwa. Thee. 

Saya mengaku, saya geli dengan kucing. Geli je tau, tak sampai tahap fobia lagi eh. Tapi lama-lama rasa geli tu kurang sikit, yelah dah macam-macam terapi dapat. Ceh, bajet buat terapi kan?. 

Antara perkara yang buat saya makin dekat sikit-sikit dengan kucing ialah :

  • Guna wallpaper gambar kucing.

Sweet tak kucing ni?
Kucing pun tau nak bermanis-manis tau.

Nak lagi wallpaper comel-comel, meh pergi Chameleon Clock.

  • Dengar keletah kucing orang.
Comel!

Serius, kawan saya ramai yang minat kucing. Hmm, yang takut kucing pun tak kurang gak. Haha. Tapi kita fokus yang minat kucing eh? 

Mereka yang sangat sayangkan kucing boleh membela lebih dari seekor kucing. Sampai kadang-kadang confuse tau kalau pergi rumah diorang, tertanya; ni rumah kucing ke rumah orang. Haha. Sebab banyak sangat kucing diorang bela.

Setiap seekor kucing ada je cerita diorang tersendiri. Ada yang pernah cerita, kucing dia suka pura-pura tidur. Bila kita tutup muka dia dengan tangan, dia akan bangun buat-buat terkejut dan lari. Hehe. Cam main cak ba dengan baby je.

Ada yang pernah cerita, kucing dia pemalas. Kerja dia duduk dalam rumah dan makan. Pernah tuan dia bawa keluar jalan-jalan depan rumah je pun, tapi disebabkan kucing ni pemalas tuan dia je jalan-jalan, dia duduk senyap tepi jalan. Karang kalau nak balik rumah, tuan datang jemput dukung dia. Fuuuh semangat, kucing dia memang gemuk.

  • Menonton movie yang watak utama dia kucing.

Okies, siapa belum tengok cerita ni angkat tangan?
Elok pergi tengok sebab cerita dia best!


Puss sangat comel. Thee. Boleh jatuh hati wo!

  • Bagi orang terdekat bela kucing.

Adik saya suka kucing. Saya memang tak minat kucing tapi tak kan tak bagi dia bela kucing plak. Walaupun dia tak mintak kebenaran, saya tetap izinkan dia untuk bela kucing. Sangat bertimbang rasa tak? Ekeke.

Okies, this one Gemok. Memang kuat makan. Saya tak pernah usap dia walaupun dah lebih setahun la gak dia dibela. Tapi at least saya tak takut tengok dia jalan-jalan pusing-pusing dalam rumah. Lagi pun kebanyakan masa dia dihabiskan di luar rumah, so no worries Ila :)

Jadi, bolehlah try eh buat mereka yang takut kucing. Tak lah terus jadi tak takut tapi kuranglah sikit rasa geli atau takut tu. 

P/s : Kucing comel milik Syahira Shukri :)


14 comments:

fareha said...

kucing sgt adorable.

DOMU-KON said...

ada tak petua mcm mana nak kurangkan kekejaman terhadap kucing..huhu

Ila Aqilah said...

alamak misz domu, tak tau la plak..
mungkin boleh guna pakai tips ni gak kot..thee

rahman said...

harian metro hari ni mukasurat 7 melaporkan di serawak sekumpulan penyamun menyamun rumah dan memakan kucing tuan rumah...mmmm..manusia apaaa laa dia orang ni...:)

ahsfantasy24 said...

Hehe.. kawan kita ada yang takut kucing,
kita slalu kcau dia ltak kcing dlam bilik dia,
jahat kan? ehhe..

LAici KAng Ais said...

siapa takut kucing tuh ?ish ish ishhhhhhhhh

Azah Skaliskala said...

saya dah tengok puss in boot!! :)

Juliet_iRa~" said...

hee..comelnya kucing!

ira xtakut tp geli je nak pegang...

camne tu?heee

psss ila : kalo buang tukar settings comment ni tau..xyah ada word verify kat bwh ni..huhuhu

Ila Aqilah said...

fareha, tak dinafikan..thee..adorable sikit.

Ila Aqilah said...

rahman, tau..saya ada baca..huhu..geli la plak..

Ila Aqilah said...

ahfantasy, tak baiklah..haha..rumet ila takut kucing, sangat penat tengok dia jerit nampak kucing..ekeke

Ila Aqilah said...

LKA, senyaplah..haha :p

Ila Aqilah said...

azah, puss in boot best kan?

Ila Aqilah said...

ira, geli gak..huhu

hmm..ila pun dah lupelah,
cuba pergi kat setting bahagian comment..huhu