Hari itu dah try, test, cuba resepi kek marmar atau kek marble ni. Alhamdulillah menjadilah. Hehe. Jadi sempena Hari Raya Aidil Adha ni nak buat lagi lah. Buat makan-makan kita-kita beraya. Terima kasih kat Majalah Jelita sebab bagi resepi percuma kepada kami! Kredit gak untuk Syahira Shukri sebab bagi pinjam majalah ni. Ekeke.
*Cantik Irma bertudung :)*
Ada resepi terbaik ni eloklah share kan? Hehe. Selamat mencuba resepi ni eh ;
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan marjerin
1/2 cawan susu pekat
4 biji telur gred A
1 camca besar serbuk penaik
1 camca besar esen vanilla
1 camca besar serbuk koko
Cara Membuatnya:
Ayak tepung bersama serbuk penaik. Ketepikan.
Pukul gula bersama marjerin sehingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji, kemudian susu dan esen vanila. Kacau sebati.
Masukkan tepung, pukul sehingga sebati.
Asingkan 1 senduk adunan dan campurkan dengan serbuk koko.
Bubuh adunan dalam loyang dan bubuh adunan koko di tengahnya.
Lorekkan lingkaran pada adunan coklat menggunakan garpu.
Bakar 45 minit atau sehingga kek masak.
Ini kek tradisional, tak pandai nak buat kek yang macam secret recipes tapi kan teringin nak buat. Thee. Satu hari nantilah, belajar daripada kawan-kawan. Mereka superb! Hehe.
Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua.
Untuk pakcik Kahar, Cik Mariana, Cik Sidah semoga selamat di tanah suci sana, balik dengan haji yang mabrur. Amiiin :)
6 comments:
ambui.. kek mar marrrrrr pulak dye :P
nak sikit...hehe
wah kek nampak sedapnyeeee
ishiko kek mar marrrr
trylah..hehe
syu, boleh kalau datang beraya..ekeke
ihsan buat sendiri
confrim lagi sedap! hehe
Post a Comment