Followers

Friday, December 9, 2011

Kelam-Kabut Temuduga

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Yippee! Saya dah pun berada di rumah selepas beberapa hari berada di Johor Bharu. Alhamdulillah temuduga SPP sudah pun selamat saya redah. 

Cerita pasal temuduga, pada awalnya saya bersedia. Walaupun tak habis study tapi kira dah bersedia sampailah saya mendaftar di urusetia. 

"Nur'Aqilah, awak tak boleh masuk bilik temuduga sebab awak tak ada surat tawaran original"

Ok, saya terkejut sambil buat muka;


"Ha? Yang ni bukan ori ke? Ala abis tu cam mane ni?"


Nada paling sedih pernah saya buat.


"Awak kena ada surat pengesahan tamat belajar. Awak pergi ke HEP, buat surat tu dan dapatkan pengesahan"


Waktu tu dah pukul 7.45pagi. Sesi temuduga saya kejap je lagi. Dalam hati dah haru-biru dah. Sempat ke tak, dapat masuk interview ke tak. Isk.

Dengan pantasnya, saya pergi cari Anis. Sesi temuduga dia bermula pukul 9.30pagi dan dia pun tak de surat tawaran yang original. Sesampai je kami di HEP bermulalah segala bagai drama. Haha. Memandangkan sesi temuduga saya akan bermula sebentar je lagi, Anis menyuruh saya tunggu di bilik temuduga sahaja. Dia cuba uruskan semua. 

Terima kasih Anis, kau sudi berjuang untuk Qilah. Thee. Sweetlah :)

Alhamdulillah saya dapat gak masuk bilik temuduga walaupun surat pengesahan tamat belajar tu tak siap lagi. Terima kasih Puan Elmi yang banyak membantu kami untuk surat pengesahan tamat belajar. Semoga Allah mempermudahkan urusan Puan Elmi kelak. Thee.

Dalam bilik temuduga, Alhamdulillah rakan sekumpulan; Farouk, Wan, Dekyah, Wani & Silah banyak membantu. Walaupun masih sempat buat adengan mem'point' yang buat Qilah tergelak sikit tapi Qilah rasa seronok je. Harap kita semua luluslah eh? Amiiin ;)


Hopefully kita lulus semua dan takdelah yang kena berjumpa lagi dengan penemuduga-penemuduga ni pada 3 bulan akan datang. Haha :p

Good luck buat rakan IPG yang belum ditemuduga :)

P/s : Mintak-mintak kita posting cepat!

11 comments:

Juliet_iRa~" said...

ipg juga yea?hee :)

laa camne blh xda surat tawaran ori tu???tertinggal ke?

ishiko said...

gud luck kak..

dah hbs temuduga kan ^^

Puteri Kayangan?@#$%???? said...

umi doakan agar ila berjaya dalam bidang yang illa ceburi :)

Ila Aqilah said...

juliet ira, a'ah..ipg gak :)

tu lah surat tawaran ori cam tak pernah nampak je..kita bagi surat tawaran dari tenet..huhu

Ila Aqilah said...

ishiko, tima kasih!

a'ah akak dah lepas..thee ;)

Ila Aqilah said...

umi tima kasih :)))

Sumaiyyah said...

Tahniah sebab dah berjaya lalui SPP. Korang ni batch pismp yg baru habis November baru2 ni ke?

Juliet_iRa~" said...

laaa xpernah dpt ke?isk2..heee..kwn2 y lain pon xda?:)

sng la korang xda mikro teaching..kitaorang smua kena..:)

Ila Aqilah said...

kak sumaiyah, a'ah..hehe..kitorang batch november ni..

Ila Aqilah said...

rasanya tak pernah dapatlah..thee

takpelah, kena mikroteaching apply balik je time praktikum ari tu..hehe

Sumaiyyah said...

Oh... akak ucapkan all the best ya. Semoga kita sama2 dapat posting cepat Batch akak dah 8 bulan tunggu... hehe