Followers

Friday, November 26, 2010

Permata Yang Dicari-De Hearty

Bila dengar lagu ni teringat kat Teacher Izaty a.k.a ruby sebab blog dia pasang lagu ni. Dalam maksud teacher izaty ni. Tapi ruby, fibi tau kamu memang nak jadi cam permata tu kan? haha. Sebab fibi pun mau ;)

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan ilahi.

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat dihati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini.

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana ilahi
Apakah dia kan ku miliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariaatMu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuanMu

Ya Allah
Engkaulah tempatku bergantung dengan harapanku
Ku harap diriku sentiasa di bawah rahmatMu.

P/s : Siapa tak mau jadi permata kan?

Wednesday, November 24, 2010

Jangan.


Jangan bangga sangat dengan pakaian yang cantik dan mahal,
kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan.

Jangan bangga dan action sangat dengan kenderaan mewah,
kerana kenderaan terakhir kita adalah van jenazah dan papan keranda.

Janganlah seronok sangat dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman,
kerana tempat tidur terakhir kita adalah di liang lahad.

Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki rumah mewah seperti istana,
kita kena ingat,
rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua.

Jangan terlalu megah dengan pangkat dan darjat,
kerana bila sudah tiada nanti,
kita dapat gelaran al-marhum.

Janganlah terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang kacak atau cantik,
kerana bila kita mati nanti wajah itu akan berubah menjadi tengkorak.


Sumber : Solusi Isu:25

P/s : Cantik dan kacak itu subjektif.


Saturday, November 20, 2010

::words 8::


P/s: Good luck to all SPM's candidates especially untuk adik yang comel, Asilah and cousinku yang sweet, Nabila. =)

Thursday, November 18, 2010

Terima Kasih

Saya sangat suka ucapkan perkataan ini. Terima Kasih. Dan saya rasa orang yang menerima perkataan ini juga pasti suka untuk mendengarnya.Terima Kasih.

Oh ya sebelum meneruskan entri kali ini, rasanya tak terlewat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat seluruh umat Islam di dunia ini. Selamat Hari Raya =).

Pastinya entri kali ini berkaitan dengan tajuknya. Terima Kasih. Hehe. Saya nak ucapkan terima kasih kepada En.Dzulfadli sebab sudi tumpangkan saya balik (agak skema kan? haha). Tak lambat kan qilah ucap terima kasih? hehe. Terima kasih gak sebab bawa kami sarapan bersama. Sarapan terakhir sebelum meninggalkan IPG tercinta untuk tahun 2010. Sarapan bersama-sama Cik Zaila, Cik Athalia, Cik Dekyah, Cik Hazwani dan Cik Diyana. Terima kasih kalian.

Tahun 2010 merupakan tahun terakhir buat senior kami di IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Saya nak ucapkan terima kasih buat mereka. Sebab tanpa mereka, belum tentu kami lepas MQA. Hehe. Kalian benchmark kami. Kalian juga penggerak kami. Kalian juga pembimbing kami. Eceh. Terima kasih. Tak lupa special thanks buat Kak Ha dan Kak Nadia yang sponsor barang dapur Zaila dan saya untuk tahun depan. Haha. Terima Kasih. Moga murah rezeki kalian semua.

Last but not least, terima kasih khas daripada saya untuk my dearest roommate, Zaila. Terima kasih Zaila. Mesej daripada kamu buat saya touching tapi honestly, qilah tak pernah rasa bengang atau marah dengan kamu. Hei, qilah mengalah bukan bererti qilah kalah bertekak dengan kamu. Haha. Tak kisahlah siapa yang suka cari gaduh kan, tapi qilah memang suka gaduh dengan kamu. =)


P/s : Dah mula rasa bahang perpisahan bila tengok senior pergi.Isk. =(

Saturday, November 6, 2010

Emak, Selamat Hari Lahir!

6 November (tahun dirahsiakan atas permintaan empunya diri) lahirlah seorang bayi comel ke dunia ini. Hehe. Bayi ini telah diberi nama Arba'yah. Beliau emak saya.

Apa yang menarik tentang mak saya ialah dia ngaku dia cantik tapi dia kata anak-anak dia semua tak cantik macam dia. Haha. Tapi kan ramai orang kata muka saya macam mak saya. Malangnya, mak tak ngaku hal ini. Isk..fine..Tak kisahlah kalau mak tak nak ngaku muka Ila macam muka mak, Ila tetap percaya memang Ila ada muka mak. Haha.


Ok, stop menceceh. Saya cuma nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir mak. You are the greatest mom in the world. Kalau ada MQA observe mak, memang mak terbaiklah! *tak tau kenapa mesti MQA*

Moga mak dipanjangkan umur, dipelihara kesihatannya, dimurahkan rezeki, dan pelbagai lagilah. Tak lupa, berbahagia selalu di samping en.suami tercinta iaitu ayah saya dan anak-anak yang sedikit nakal iaitu saya dan adik-adik. Hehe.

P/s : Saya sayang emak saya.

Tuesday, November 2, 2010

Terung Masak Pecel

Lagi sekali nak post masakan Jawa. Hehe. Macam biasa menu masakan Jawa ni nenek yang ajar. Dia nak sangat makan terung masak pecel. Jadi saya yang tak tahu langsung resepi ni masakkan untuk dia. Nenek guide dari jauh tu. Jom layan!

Bahan-bahan:
1 biji terung
5 biji kencor
8 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Sedikit belacan
1 biji lada besar
8 biji cili
Sedikit kelapa parut
Garam
Gula

Cara Memasak :
  1. Gorengkan belacan, bawang merah dan putih. lada besar, lada cili dan kencor sekaliharung (tak perlu dihiris).
  2. Tumbukkan bahan-bahan yang sudah digoreng (di atas) dan garam serta gula sehingga lumat (jangan terlalu lumat).
  3. Kemudian, gorengkan terung.
  4. Terung yang sudah digoreng ditoskan minyaknya.
  5. Sementara itu rendamkan kelapa parut dengan air panas.
  6. Selepas itu masukkan terung yang sudah digoreng ke dalam mangkuk dan digaul dengan bahan-bahan yang sudah ditumbuk.
  7. Selesai digaul, perahkan kelapa parut terus ke terung yang siap digaul.
  8. Gaulkan ia hingga sebati dengan bumbu terung tersebut.
  9. Siap untuk dihidang.
P/s : Nenek tak complaint! Berjaya la kiranya resepi ni..hehe..

Posting----->Johor.

Beberapa hari lepas saya sudah mengisi borang posting. Kebiasaannya tahun terakhir baru nak isi borang posting, tapi tahun ini diawalkan. Mungkin bagi memudahkan pengurusan kot. 

Sebelum isi borang posting, saya ada bincang dengan mak dan kawan-kawan. Topik perbincangan mestilah berkaitan dengan negeri mana yang menjadi pilihan serta kesan dan akibat memilih negeri tersebut. Hehe. Selepas berfikir dan berbincang saya nak pilih Johor sebagai pilihan pertama (itu sudah tentulah), kemudian Melaka dan akhir sekali Selangor.

Malam nak isi borang posting itu, saya tukar pilihan. Saya hanya letak Johor sebagai pilihan pertama dan tunggal. Ok, full stop. Tiada pilihan lain. Thee..last minute tukar. Kenapa? Tanya dia. Hehe.

Bila dah isi borang posting ini rasa macam cuak pula. Life sebagai pelajar dah nak abis, lepas itu kita akan melangkah keluar menjalani hidup masing-masing. Serius, saya pasti akan merindui kehidupan kat sini. Sangat!

P/s : Harap dipermudahkan segala urusan..amin..