Followers

Friday, August 20, 2010

Kau Untukku dan Kau Yang Satu


Ya, Kau Untukku dan Kau Yang Satu. Ini tajuk novel eh, tidak refer kepada sesiapa. Hehe.

Dalam masa seminggu ini, sempat juga saya mengisi masa terluang dengan membaca 2 buah novel, Kau Untukku karya Aisya Sofea dan Kau Yang Satu karya Nia Azalea.




Novel ini novel lama, diterbitkan sejak saya sekolah lagi. Roommate asyik promote baca novel-novel ini, jadi saya pun layankanlah since saya pun tengah tak ada kerja (sindrome observe dah selesai..hehe).

Apa yang saya dapat summarizekan, kedua-dua novel ini best. Kedua-dua novel ini mempamerkan watak lelaki yang bersungguh-sungguh berusaha menambat hati wanita yang mereka dambakan sebagai seorang isteri. Pergh! Ayat nak macam ayat novel juga. Haha.

Saya tahu, mesti ramai yang sudah membaca novel ini tapi tak kisahlah, tetap nak share! Bagi mereka yang belum baca lagi, silalah..

P/s : Lelaki tak perlu jiwang karat berlebihan untuk menambat hati wanita.

Monday, August 16, 2010

Rakan Praktikum Yang Awesome!

      Lately ni ramai benar yang suka guna perkataan 'awesome'. Jadi, saya pun nak guna juga perkataan 'awesome' khas untuk rakan-rakan sepraktikumku Syahira, Zulaiha dan Athalia. Kamu bertiga memang awesome!



      Praktikum kali ini lebih meriah dengan adanya mereka. Haha. Haruslah gelak besar nak tunjuk rasa meriah tu. Walaupun kadang-kadang memang ada rasa tension tapi dengan adanya rakan-rakan sepraktikum yang awesome ini hilanglah sedikit rasa tension. Mereka banyak membantu memeriahkan suasana. Ececeh. Tapi itulah hakikat. Sekarang saya admit, 'The more, the merrier' is sooooo true! 

      Now kami ada less than a week untuk menghabiskan masa di Sek. Keb. Taman Damai Jaya. Banyak kenangan kami dalam sekolah ini baik pahit baik juga yang manis. Jadi untuk tidak melepaskan kenangan kami pergi macam itu je, kami sempat preserved some of the moments in the pictures. Here some of our moments...



Persembahan khas dari kami..nasib baik ada 2 orang penyanyi maktab

Hasil contengan kami khas untuk bilik Matematik

Hidup dengan nombor


Hasil kerja kami



Lagi hasil kami



P/s : Buat Atha dan Lea yang bakal menghadapi final observes minggu ini, wishing both of you all the best!


Thursday, August 12, 2010

Final Observes, Done!

      Hari ini umpama hari terakhir saya berpraktikal. Ok, highlight word umpama disitu. Umpama sahaja. Hakikatnya, saya ada lagi seminggu atau lebih tepat tak sampai seminggu pun. Kemudian, selamat tinggal Sek.Keb. Taman Damai Jaya.


      Apa yang menyebabkan saya berkata umpama hari terakhir saya berpraktikal ialah saya sudah selesai dicerap (bak kata ayah) atau kata nama lainnya di observe oleh pensyarah dan guru pembimbing. Minggu yang saya rasakan entah boleh dilalui atau tidak telah selamat saya lalui. Mana taknya, dalam minggu ini ada 2 kali final observe, satu untuk subjek minor, Pend.Jasmani dan satu lagi untuk subjek major,Matematik. Dengan keadaan diri yang kurang sihat ini memang menambahkan lagi rasa kurang keyakinan diri.

     Tapi alhamdulillah, semuanya telah selesai. Markah atau gred yang tinggi bukan matlamat saya tetapi pengalaman bersama murid-murid yang pelbagai karenah ini yang dicari. Saya tak bagus tetapi saya belajar dan masih belajar untuk menjadi bagus.

      Terima kasih En.Azhari dan En.Hisham selaku pensyarah pembimbing yang banyak membantu saya dan partner saya, Syahira Shukri. Tunjuk ajar dan tips yang diberikan banyak membantu kami.

     Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah, saya sangat lega. Akhirnya 2 bulan praktikal ini hampir berlalu. Saya akan cuba buat yang lebih baik untuk praktikal semester hadapan kelak.

P/s : Cepat sungguh waktu berlalu. Subhanallah.

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa 1431H


Alhamdulillah, hari ini, 1 Ramadhan saya masih dipanjangkan umur untuk terus bersama-sama berpuasa di bulan Ramadhan. Terima kasih ya Allah.

Sekadar ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas. InsyaAllah.



Selamat Hari Raya

Tuesday, August 10, 2010

Nur Malam - Saujana

Renungi alam ini rasa kesangsian,
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan 
Di malam kelam
Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku 
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap tuhan
Baru ku sedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding yang Esa
Terharu terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku, dan ampunkan dosa-dosaku.

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Allah yang satu.

Ku akhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Ku harap terimalah taubat

Rahmat Mu ku harapkan
Ya Allah
Rahmat dari Mu


P/s : Lirik lagu ini sangat touching. ya Allah ya Rabbi.

Tabahlah Wahai Sahabat


Baru-baru ini, rakan sekelas saya, Lizah diduga sekali lagi apabila abangnya meninggal dunia. Semester lepas dia baru sahaja kehilangan abang keduanya. Belum sempat hilang kesedihan itu, dia diuji lagi apabila abang sulungnya pula meninggal. Dalam jangka masa yang singkat ini, dia kehilangan dua orang abang. Ya Allah, betapa besarnya dugaanMu. Al-Fatihah.

Lizah, bersabarlah.

Sejujurnya saya sangat kagum dengan ketabahan Lizah. Lizah nampak sangat tenang tetapi jauh di lubuk hati dia, hanya Allah yang tahu apa yang dia rasa. 

"Dan ingatlah setiap sesuatu yang berlaku adalah mengikut kehendak Allah, setiap kehendak Allah itu pasti akan berlaku, dan kehendak Allah berkait dengan hikmah yang mutlak, hikmah yang mutlak itu pula berhubung rapat dengan kebaikan yang mutlak."