Followers

Tuesday, August 10, 2010

Tabahlah Wahai Sahabat


Baru-baru ini, rakan sekelas saya, Lizah diduga sekali lagi apabila abangnya meninggal dunia. Semester lepas dia baru sahaja kehilangan abang keduanya. Belum sempat hilang kesedihan itu, dia diuji lagi apabila abang sulungnya pula meninggal. Dalam jangka masa yang singkat ini, dia kehilangan dua orang abang. Ya Allah, betapa besarnya dugaanMu. Al-Fatihah.

Lizah, bersabarlah.

Sejujurnya saya sangat kagum dengan ketabahan Lizah. Lizah nampak sangat tenang tetapi jauh di lubuk hati dia, hanya Allah yang tahu apa yang dia rasa. 

"Dan ingatlah setiap sesuatu yang berlaku adalah mengikut kehendak Allah, setiap kehendak Allah itu pasti akan berlaku, dan kehendak Allah berkait dengan hikmah yang mutlak, hikmah yang mutlak itu pula berhubung rapat dengan kebaikan yang mutlak."

2 comments:

Munirah Ismail said...

sampaikan salam takziah :( semoga kawan phoebe tabah..

Ila Aqilah said...

insyaAllah choi..sedekah alFatihah untuk arwah abang2 dia eh..huhu